Smile. It’s Friday. Salam Jumaat 😊
Pekerjaan adalah satu ibadah sekiranya kita memulakan kerja dengan niat yang baik, dikerjakan dengan cara yang baik, dan tidak melupakan ibadah wajib.
Dalam pekerjaan, sifat amanah dan tanggungjawab juga perlu diterapkan dalam setiap individu untuk memastikan kualiti kerja kita menepati piawaian yang ditetapkan oleh syarikat tempat kita bekerja.
Kita perlu cuba sedaya upaya untuk menyiapkan semua kerja dengan lengkap dan teratur setiap hari. Agar kita merasa tenang apabila pulang ke rumah. Tidak perlu memikirkan hal kerja sebab kita sudah buat yang terbaik semasa bekerja.
Kita juga pasti akan rasa puas jika kita melakukan kerja dengan sebaik mungkin. Kalau ada kerja tak siap buat atau buat sambil lewa, pasti kerja itu akan datang kembali kepada kita. Terpaksa buat kerja yang sama sekali lagi. Rework. Not good.
Tak seronok kan begitu? Dengan kerja yang kita ada sekarang, ditambah dengan kerja rework. Boleh stress beb.
Belum tambah lagi dengan orang lain yang menambahkan stress. Mood boleh bertukar 360 darjah secara automatik!!
Okay. Tenangkan hati dan fikiran. Hihi.
Aku nak berkongsi ayat daripada buku Pena & Picagari berkaitan amanah dan tanggungjawab dalam pekerjaan. Aku setuju sangat dengan apa yang disampaikan. Siap aku tunjuk kepada manager. Siap ambil gambar bagai. Haha.
Jangan kerana kita, rakan sekerja terbeban. Semoga menjadi peringatan kepada kita semua. Tak salah kalau nak MC atau EL. Setiap insan ada sihat dan sakit. Faham semua benda tu. Sebab diri kita pun bukan selamanya sihat. Tiba-tiba Allah bagi sakit, kita harus terima.
Cuma jangan jadikan sakit itu sebagai alasan untuk kita MC lebih daripada jumlah hari yang sepatutnya. Wajib ada sifat tanggungjawab dan ownership terhadap kerja kita. Jika sifat itu ada dalam diri, kita tidak akan sesuka hati untuk mengambil MC berlebihan. Betul tak?
Aku tahu susah payah team aku kalau salah seorang tiada. Kalau seorang cuti, dah rasa sedikit huru hara. Apatah lagi kami bekerja dalam sektor perbankan yang tidak boleh ada backlog. Semua kerja wajib siap pada hari yang sama. WAJIB.
Kalau melibatkan duit, orang boleh jadi HULK beb kalau marah. Hehe.
Aku sayang rakan sekerja aku. Aku sayang team aku. Sayang sangat. They are the best people to be working with. Thank you for being such a good, understanding, helpful, and fun colleagues! ❤
STAY STRONG TOGETHER! Yeehaaa ~ Kung Fu Waaa-Chaaa. Haha.
Happy Employee Appreciation Day!
*nak wish juga walaupun aku pun makan gaji* :p
Hey,
You’re Awesome!!