Aku sangat suka akan phone case. Ke mana saja aku pergi, kalau ada nampak kedai phone case, kaki senang sungguh berjalan ke arah kedai tersebut. Biasanya ditahan oleh encik suami. Bila selalu sangat beli. Hihi.
Terbaru, aku suka akan design pastel marble phone case. Cantik je nampak. Aku cuba tengok di kedai Ustaz di Kota Damansara tapi tiada. Kedai Ustaz tak berapa up-to-date sangat phone case mereka. Jadi, aku tengok di laman web EZBUY (selepas baca entri Fatina) dan akhirnya aku beli di SHOPEE MY (selepas Nadiah beli).
Aku terus buka aplikasi SHOPEE MY yang telah sekian lama aku download. Tujuan utama download SHOPEE MY adalah untuk jual barang terpakai yang aku ada. Preloved baju, tudung, dan beg. Tapi sayangnya, sampai sekarang, tujuan itu masih tidak dilaksanakan. Aku malas nak ambil gambar untuk setiap barang yang aku nak jual.
Dalam masa yang sama, terfikir juga ada ke orang nak beli? Atau aku boleh jual preloved di blog saja?
Okay. Cukup dengan persoalan itu. Mari aku teruskan dengan tujuan post ini ditulis. Hihi.
Aku nak share pastel marble phone case aku dengan korang!! Ahhh semua cantik!!! Dan semua satu tone color. Haha.
Aku beli empat phone case. Please jangan cakap aku membazir. Pleaseeeeee. Aku janji tak beli phone case selama setahun. Sebab tahun depan nak tukar phone. Eh? Hahaha :p
Aku beli semua phone case di atas daripada penjual SHOPEE MY iaitu KOEMI_21.
Koemi_21 adalah seorang penjual yang cepat respon pada pertanyaan aku. Sebagai pelanggan, semestinya aku suka bila penjual cepat bagi respon pada soalan aku. Dia pun baik je melayan semuanya walaupun aku tanya soalan yang sudah jelas tertulis di detail produk.
Contohnya, material phone case. Hahaha.
Ada beberapa kategori untuk phone case dalam Koemi_21. Aku beli empat phone case yang berada dalam kategori di bawah:
1. PASTEL / WATER COLORS PHONE CASE
2. MARBLE PHONE CASE
Disebabkan aku mencari pastel marble phone case. Jadi aku cari yang dalam kategori di atas saja. Banyak lagi pilihan phone case yang cantik. Serius ahh, untuk orang yang gila phone case macam aku, boleh jadi rambang mata beb tengok semua pilihan phone case yang Koemi_21 ada.
Aku screenshot beberapa design phone case yang lain. Mana tahu ada yang korang berkenan ke nanti. Hihi.
Cantik dan comel tak semuanya? Hii. Kalau korang suka, bolehlah cuba terjah di SHOPEE MY.
Kalau tak nak beli online, aku ada jumpa satu kedai yang jual phone case cantik dan comel di AEON Shah Alam. Kedai diberi nama GADGET HUB. Di level sama dengan Popular. Kalau korang berdiri menghadap Popular, kedai ini di sebelah kiri korang. Haa level berapa, sumpah aku tak tahu. Level 1 kot. Hihi.
Korang selalu beli phone case di mana? Suka design yang bagaimana?