Aku harap aku boleh siapkan entri ini sebelum jam 12 pagi, 1 February 2017 ^_^
Seperti biasa, aku masih meneruskan Month Wrap Up untuk tahun ni. Disebabkan aku dah post entri mengenai What Went Well Today dan What Went Well Today | Week #1 , makanya tidak banyak kisah untuk diceritakan dalam January Wrap Up ^_^
About What Went Well Today series, I’m struggling to do the series due to time constraint. Jadi, aku berfikir untuk mansuhkan saja series itu atau aku akan update from time to time (ikut mood dan masa) atau terus ke Month Wrap Up saja.
Whatever it is, I will try my best to update my blog constantly =)
PERSONAL
1. Kulit muka aku paling teruk dalam bulan ni sepanjang aku hidup selama 31 tahun. Huhu. Serius! Jerawat tumbuh sampai lima biji. Lima biji weiiii! Bukan satu tau. Lagi haru bila jerawat tumbuh sehari sebelum majlis perkahwinan keluarga sebelah arwah Mak di Melaka 🙁 Jerawat tak bekerjasama dengan baik kali ni. Haih, sedih dan malu 🙁
2. Sehingga saat entri ini ditulis, lima biji jerawat ini masih ada di muka aku. Malu nak menghadap orang 🙁 Macam mana esok nak pergi kerja 🙁
3. Aku boleh katakan yang dua daripada my 2017 Resolutions failed! Healthy lifestyle and saving money.
4. Why healthy lifestyle failed? Aku masih malas untuk bersenam (hanya sekali Sunday Morning Run) dan aku masih makan dan minum segala apa yang aku nak! Tanpa rasa bersalah!
5. Why saving money failed? Apabila nafsu shopping mengatasi akal fikiran. Hmm. Aku akan cerita mengenainya dalam January Haul 2017 post.
FAMILY
6. Mama has been admitted to PPUM. Mama mengalami jangkitan kuman pada luka di ibu jari kanan dan itu menyebabkan ibu jari kanan Mama telah dipotong 🙁 Doktor cuba untuk potong hanya sebahagian saja tapi kerana takut jangkitan kuman merebak, maka dipotong seluruh ibu jari kanan 🙁 Sayu hati kami melihat. Takpelah ye Mama. Asalkan sekarang Mama dah boleh berjalan seperti biasa. Semoga Mama cepat sembuh.
BOOKS
7. My reading challenge 2017 is going well in January. Aku habis baca empat buah buku dan dua daripadanya adalah komik. Currently reading adalah novel bertajuk All The Bright Places. Aku dah buat review buku untuk dua komik (POST and POST) dan novel Klik! Pengantin Musim Salju. Pending review adalah novel bertajuk SHE.
8. Mengingatkan aku pada 3 lagi buku yang masih pending untuk ditulis review.
FOOD
9. I love to eat! Susah orang yang suka makan macam aku untuk mula makan healthy food. Sangat susah! Huhu. Badan dah makin berkembang dan sebelum ia berkembang pesat, baik mulakan langkah mengawal pemakanan. Easy said, hard to do.
10. Dan…aku masih nak bercerita mengenai makanan. Hihi.
![]() |
Wondermama! We love Wondermama! Makanan sedap, big portion, and reasonable prices! Kami makan di Wondermama Bangsar Village. Really recommend! |
![]() |
Magnum Pink Pomegranate: First time cuba dan aku tak suka. Masimo Chiffon Cup Pandan Coconut: Sedap! Love it! |
KOREAN DRAMA
11. Pasti ada dalam list month wrap up. Hehe. Bulan ni aku dah habis tengok Goblin dan Legend of the Blue Sea. Sejujurnya aku lebih meminati Goblin. Dah buat entri mengenai Goblin >> 7 Reasons Why Goblin is a Must Watch Korean Drama. ❤
12. Currently watching hanyalah Hwarang: The Poet Warrior Youth. Aku suka drama ni. Semua watak comel! 😀 #teamsunwooahro ❤
13. Looking forward to watch Defendant (Ji Sung ) and Tomorrow With You (Shin Min Ah).
Sebagai penutup, aku sertakan gambar yang diambil di Hotel Ritz Carlton. Hihi. Ada 2 gambar saja. Segan nak ambil gambar di setiap sudut sebab rasa macam aku je yang jakun. Haha.
![]() |
Lif pun jadi 😀 |
![]() Di salah satu pintu di level bilik training 😀 |
Done January Wrap Up 2017! Hope you enjoy this post =)
|
How’s your January? Do you love 2017 so far?