Reader Problems Book Tag is originally created by Tiffany from AboutToRead dan aku jumpa tag ini di blog Fatina ❤
Aku berminat untuk buat apa saja tag mengenai buku. Hihi. Jadi, tanpa buang masa, mari menjawab soalan yang ada 😊
#1 You have 20,000 books on your TBR. How in the world do you decide what to read next?
Banyak sangat weii 20,000 books! Hihi. Sekarang aku ada lebih daripada 10 buku dalam TBR. Senang je cara untuk aku pilih buku untuk baca seterusnya. Ikut mood pada masa itu. Kalau rasa nak happy je tak nak fikir lebih, baca buku yang ringkas seperti fiction novel. Banyak fiction novel dalam TBR. Asalkan aku baca. Kalau boleh tak nak peram satu buku itu lebih setahun dalam TBR. Kalau bolehlah 😁
#2 You are halfway through a book and you’re just not loving it. Do you quit or committed?
Tengok pada keadaan dan apa perasaan aku semasa baca buku itu. Kalau aku tak suka langsung, aku akan terus berhenti baca. Kalau jalan cerita buku itu menarik cuma aku tak berapa suka akan cara penulisan pengarang, aku akan teruskan bacaan dan skip mana yang bagi aku tidak penting. Aku tak suka buang masa baca buku yang aku tidak suka. Masa itu emas kan? 😅
#3 The end of the year is coming and you’re so close, but so far away on your Goodreads reading challenge. Do you try to catch up and how?
Aku cabar diri aku untuk baca 25 buku tahun ini dan setakat hari ni, aku sudah baca 5 buku. Aku akan cuba catch up juga untuk pastikan my Goodreads reading challenge completed. Mungkin aku akan pilih buku yang nipis saja di akhir tahun. Hihi. Cuma aku akan cuba sedaya upaya untuk lengkapkan cabaran 😏
#4 The covers of a series you love do not match. How do you cope?
Aku okay je bab ni. Tak kisah kalau kulit muka depan buku tak menarik. OK, full disclosure: Haha. Sebenarnya, aku akan mengomel sikit. SIKIT JE. Biasalah manusia. Tak puas hati je walaupun hanya kerana kulit muka depan buku. Haha. Tapi serius, aku akan mengomel seorang diri. Akan dilupakan kisah itu jika isi kandungan buku itu menarik.
#5 Every one and their mother loves a book you really don’t like. Who do you bond with over shared feelings?
No one. Sedih betul rasanya. Haha. Disebabkan hanya aku seorang saja dalam keluarga yang suka akan buku. Orang lain tak layan. Cuma aku ada berkongsi cerita mengenai buku menarik dengan Nadia, salah seorang daripada #gengmakan. Mujur ada juga sorang kawan yang suka membaca.
#6 You’re reading a book and you are about to start crying in public. How do you deal?
Menangis tak pernah. Ketawa pernah. Hihi. Aku pernah ketawa sebab baca novel di pejabat. Haha. Serius terus tersembur tawa aku bila baca novel tu. My currently reading novel, My Not So Perfect Life by Sophie Kinsella. Lawak! Haha! Yang jadi mangsa untuk dengar apa yang lawak dalam buku tu adalah Hanisah, #gengmakan yang duduk sebelah aku di pejabat. Nasib kau lah. Hihi.
#7 A sequel of a book you loved just came out, but you’ve forgotten a lot from the prior novel. Will you re-read the book? Skip the sequel? Try to find a synopsis from Goodreads? Cry in frustration?
I will re-read the synopsis from Goodreads and also the review about the book on website. Sebab itu pentingnya buat review buku di blog, agar aku boleh recall cerita mengenai setiap buku dengan jayanya 😎
#8 You do not want anyone. ANYONE. Borrowing your books. How do you politely tell people nope when they ask?
Aku agak payah nak bagi orang pinjam buku aku. Sebab sebenarnya takut dorang tak pandai jaga buku dan satu lagi, nanti aku pula lupa buku apa yang dorang pinjam. Tapi aku akan bagi pinjam kepada orang yang aku yakin pandai jaga buku aku dengan baik. Bagi pinjam buku aku dengan warning words, “Jaga buku aku baik-baik”. Faham-faham jela eh. Hihi.
#9 Reading ADD. You’ve picked up and put down 5 books in the last month. How do you get over your reading slump?
Apa yang boleh aku buat adalah dengan baca blog rakan blogger yang juga a book lover dan juga buka aplikasi Goodreads untuk lihat sendiri betapa ramai rakan yang tidak putus membaca buku. Tengok dorang semangat membaca membuatkan aku turut ter-motivasi untuk membaca 😊
#10 There are so many new books coming out that you’re dying to read! How many do you actually buy?
I wish to buy all of them! Berdepan dengan realiti, semestinya tidak semua. Hihi. Mungkin 2,3 atau 4 buku sekaligus. Depend on harga juga. Kalau semua buku itu murah, mungkin aku akan beli banyak. Yang pasti, total harga buku tidak lebih daripada RM150 dalam masa sebulan.
#11 After you’ve bought the new books you can’t wait to get to, how long do they sit on your shelf before you get to them?
Oh! Soalan ini membuatkan aku teringat akan dua buah buku yang aku beli melalui MPH Online >> Books to Add to My 2017 Reading List. Malah aku ada buku yang dibeli tahun lepas dan masih susun cantik di rak buku. Aku akan baca satu hari nanti. Percayalah. How long? Not sure! 😂
Done! Aku tag sesiapa yang nak buat tag ini. I love to read yours 😍