Kurma bakal dilupakan apabila menjelang Aidilfitri kerana mata hanya nampak rendang, ketupat, lemang, ketupat daun palas dan lontong. (saja nak letak caption untuk flat lay di atas :D)
Malam ni adalah malam kedua terakhir dalam bulan Ramadhan. Alhamdullilah kita sama-sama bakal menuju hari kemenangan buat semua umat Islam.
Korang dapat cuti raya ke? Alhamdullilah, tahun ni aku dapat cuti pada hari raya pertama. Terima kasih pada rakan sekerja, Sheima yang sanggup menggantikan aku untuk bekerja pada tahun ini. Give me a chance to celebrate Aifilfitri this year 😍
As you all might already know, aku bekerja dan cuti mengikut cuti umum Hong Kong. Jadi, setiap tahun sebenarnya aku tak dapat cuti raya. Memang kena kerja jela. Dan tahun ini merupakan tahun pertama ada orang gantikan aku di hari raya pertama. Terima kasih sekali lagi Sheima 💕
Dengan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan blogger dan pembaca blog ini. Mohon maaf jika ada kesalahan yang dilakukan sepanjang perkenalan kita. Salam Kosong-Kosong tau 😊
Semoga gembira menyambut hari kemenangan bersama keluarga tercinta. Hati-hati di jalan raya. Ingat nyawa sendiri dan ingat juga nyawa orang lain. Sayangilah nyawa kita bersama.
![]() |
Gambar raya dua tahun lepas 😀 |