Aku tidak bercadang untuk buat entri mengenai koleksi Ramadhan dUCk cuma dah terambil flaylays (mood datang tetiba :p) makanya meh lah aku up satu entri 😀
Aku bertahan daripada tidak beli The Lattice dUCk yang ramai kata reka bentuknya seperti permaidani dan wallpaper. Sebenarnya kalau pakai nampak cantik je, bila dah dibentangkan nampaklah macam permaidani atau wallpaper. Hihi.
Masih bertahan tak nak beli The Lattice dUCk sehingga The Duck Group keluarkan The Ramadhan Collection. Aku jatuh cinta hanya kerana lace 😍
Sebenarnya, lace adalah salah satu material yang aku nak sebagai shawl. Tapi tak tahu nak beli di mana. Jadi, bila dUCk keluarkan koleksi Ramadhan ini, semangat terus nak beli. #dontaskaboutmyduckrehab 🙈
Ada dua material dalam The Ramadhan Collection dUCk iaitu Chiffon dan Satin Silk. Aku lebih berkenan dengan lace di chiffon tapi aku lebih suka akan material satin silk.

Selepas berfikir, aku mengambil keputusan untuk memilih material daripada lace. Jadi, aku beli Satin Silk Lace in Black. Aku masih kekal dengan keputusan untuk memilih material kerana bagi aku, tidak berbaloi untuk beli tudung yang harganya mahal jika materialnya jarang. Material chiffon lebih jarang berbanding satin silk.

Review sikit mengenai The Ramadhan Collection – Lace. Aku tiada sebarang isu dengan material dUCk. Kalau ada isu dengan material dUCk, tidaklah aku jadi salah seorang dUCkies kan? Hii.
Jahitan lace pada shawl ini kemas dan sempurna. Nampak cantik je. dUCk charm juga lebih tebal dan berkualiti. Koleksi pertama dUCk yang menggunakan dUCk charm yang baru.
Satin Silk Lace in White sangat sesuai dan cantik jika dipakai ketika majlis pernikahan atau perkahwinan. Nampak sweet je. Gitu ~ Ke sebab Vivy kalau pakai apa pun nampak cantik je? 😂
Aku suka warna putih tapi disebabkan aku rasa warna hitam lebih sesuai, makanya tinggalkan warna putih. Kepada bride-to-be, boleh pertimbangkan untuk beli koleksi lace ini. Cantik 😍
The Ramadhan Collection ada dijual di laman web FashionValet, buat masa sekarang, hanya ada The Ramadhan Collection – Chiffon Lace in White saja. Boleh dapatkan juga koleksi ini di kedai Fashion Valet dan dUCk.
Aku suka beli tapi nak pakai bila pun tak tahu sebenarnya. Haha. Plan nak pakai masa raya tapi bayang baju raya pun tak nampak lagi. Mungkin nak kena nyanyi lagu Bayang by Khai Bahar baru boleh nampak baju raya? 😆 – tolong gelak!! Aku buat lawak ni. Hahaha.
Pendek kata, aku suka The Ramadhan Collection – Lace by dUCk. Serius suka sampai macam sayang pula nak pakai. Eh tiba-tiba bertukar pula. Tadi baru cakap nak pakai masa raya. Haha.
Manusia mudah berubah hati kan? 😜
Sekarang, aku menantikan LE Raya by dUCk dan beberapa jenama tudung yang lain. Harap semuanya tak lawa!! Selamat duit. Hihi.
***********************************************
p/s: Jemput join segmen dan giveaway yang sedang berlangsung di blog ini ^_^
Segmen: Making A Bloglist by Blog Siqahiqa
(mysterious gift waiting for you)
Letter of Happiness Giveaway by Blog Siqahiqa
(Matte Satin Silk dUCk in Love Letter, Love and Happiness book by Yasmin Mogahed, and Stuff-It Notebook by dUCk are waiting for you)