Tanpa dirancang, semalam, aku, Hanis dan Tasha pergi mencemar duli di dUCk Cosmetics Pavilion. Hihi. Mulanya kami tiada plan nak ke sana. Tapi memandangkan semalam, US on Public Holiday, payments tak banyak dan kami habis kerja tepat jam 6 PM. Disebabkan awal sangat, masing-masing setuju untuk ke dUCk Cosmetics.
Memang niat kami nak ke sana untuk melihat dan rasa sendiri semua dUCk Cosmetics yang ada.
Tak dinafikan, ada sedikit perasaan teruja bila dUCk keluarkan their own dUCk Cosmetics. Macam-macam idea tau! Hebat betul akal fikiran dorang berfikir pasal bisnes! Fuhhh!
Kalau nak beli barang mekap, semestinya nak rasa sendiri barang tersebut. Tak nak terus beli online. Nanti kang, takut tak puas hati pulak.
Dahlah dUCk Cosmetics boleh tahan mahal harganya!
Ini adalah pendapat aku mengenai dUCk Cosmetics. Perlu diingatkan bahawa aku tak beli tau. Aku pergi tengok barang je π
![]() |
#NO FILTER MAKE-UP REMOVER IN BRIGHTENING, HYDRATING and REFRESHING RM100 |
Ini adalah produk yang paling aku suka! Pada mulanya tengok harga RM100, awat mahal sangat pulak make-up remover. Make-up remover JE kot!! Kenapa perlu harga sampai ratusan. Tambah RM30 dapat Premium Basic dUCk. Baik aku beli dUCk. Hihi.
Tapi serius korang, make-up remover ni best! Ada triple action iaitu ia bukan setakat bertindak sebagai Make-Up Remover, dalam masa yang sama, ia turut boleh digunakan sebagai Cleanser dan Toner. Cool kan?
Sesuai untuk mereka yang suka mekap dan malas ambil beberapa langkah untuk cuci muka sebelum tidur.
Kalau untuk orang yang macam aku ni, buang mekap hanya guna tisu basah Watsons je. Hihi.
Namun begitu, aku paling berkenan dengan #No Filter Make-Up Remover in Brightening. Bukan sebab aku nak mencerahkan kulit muka ye. Hihi. Alhamdullilah aku bersyukur dengan kulit muka aku yang tidaklah cerah mana, takpe, asalkan kulit muka aku masih okay dan tidak teruk.
Yang membuatkan aku berkenan dengan Brightening apabila aku baca ayat ini “say goodbye to your makeup along with your dark spots and blemishes with dUCk’s Brightening Makeup Remover”.Β
Apa kata kunci untuk ayat di atas? DARK SPOTS!! Weii, aku pantang betul dengar produk yang boleh menghilangkan dark spots. Rasa nak cuba semua. Geram dengan dark spots yang bertempek di muka ini π
Sampai ada kawan tegur, “semak tengok muka Siqah banyak kesan hitam kecil“. ππ Sedih tau.
Jadi ini adalah produk dUCk Cosmetics yang pertama berkemungkinan untuk aku beli π
![]() |
All-Eye-Ask Eyeshadow Palette in Nude and Smokey RM135 |
Aku berkenan dengan kedua-dua palette ini. Warnanya cantik. Dan disebabkan aku bukan orang yang suka mekap, jadi aku tengok bab cantik jela. Hihi. Aku lebih suka Palette in Nude.
Untuk orang yang tak mekap macam aku, tak perlulah kot nak beli produk dUCk ini. Kalau kau jenis mekap hari-hari, haa silakan beli. Hii. Palette yang aku ada pun masih tak guna secara berleluasa. Pakai hanya masa pergi kenduri saja. Haha.
![]() |
LipstickWithU RM70 |
Untuk LipstickWithU, aku nak tengok warna sebenar untuk Bubbly Carol tapi sayangnya dah tiada stok. Pinky Phoebe cantik jugak! Aku suka warna light je. Packaging untuk lipstick ini best. Ada magnetic. Sure tertutup rapi.
![]() |
Gossip Girl Lip Gloss RM60 |
Bukan pengemar Lip Gloss cuma semua warna menarik. Kira warna yang tengah in sekarang. Bila sampai kat area lip gloss ni, aku bukan sibuk nak cuba.
Aku sibuk perhatikan nama lip gloss yang diambil daripada TV Show Gossip Girl. Basic Blair? Basic je ke Blair? Macam tak je. Hihi.
![]() |
Matte Decisions Lip Cream RM75 |
Matte! Matte! Aku paling suka material Matte for lipstick. Aku suka dengan beberapa warna dalam Matte Decisions ini tapi bila cuba semalam, aku rasa macam materialnya agak pekat. Jadi cepat mengering. Mungkin sebab bibir aku pun kering semalam.
Nampak tak kekotoran dalam gambar di atas? Senang kotor kalau kau jenis tak pakai cermat. Minus point lagi untuk produk ini.
Done cerita pasal dUCk Cosmetics. Kesimpulannya, dalam banyak produk yang dikeluarkan, aku berkenan dengan #No Filter Make-Up Remover dan LipstickWithU π
Aku suka konsep kedai dUCk Cosmetics. Rasa best dan tertarik dengan hiasan kedai ni. Taklah meriah sangat. Simple dan just nice. Warna putih dan ungu je banyaknya π
![]() |
Coming Soon ~ Syampu? Serum? |
![]() |
Flatlay dUCk sentiasa cantik tau <3 |
![]() |
Boleh main mekap di sini π |
![]() |
Hanis. Aku. Tasha. Cermin dUCk ini pun aku suka jugak π |
Selepas habis melawat kawasan di dUCk Cosmetics, kami menyinggah pula di dUCk yang terletak di hadapan dUCk Cosmetics. Dah alang-alang pergi Pavilion, mesti singgah semua kedai yang menarik tertarik kau memang de-boom! Selama ni hanya pergi FashionValet Bangsar je.
Dan biasalah aku, mesti ambil gambar kedai. Hihi. Sebenarnya, tak ramai orang kat dUCk. So takdelah segan sangat nak ambil gambar π
Kalau ramai orang, aku sorok phone dalam beg π
![]() |
Cantik pulak Mixed ni haa π |
![]() |
dUCK’s Limited Edition |
![]() |
Yes. I Am. Hasil tangkapan semalam. MSS in Hibiscus π |
Hanis kata penat pergi Pavilion kalau tak beli apa-apa. Wajib beli sorang satu. Haha. Ngeng ~
Sekian saja post ini. Tujuan asal nak cerita mengenai dUCk Cosmetics yang banyak kena hentam di Twitter. HAHA.
Dan nak bagitahu yang aku pergi Pavilion semalam. Bukan senang weii nak ke sana! Setahun sekali je. Dan ini adalah kali pertama untuk tahun ini. Hihi.
Nak pergi lagi ke? Tunggu tahun depan pulak π Itupun kalau boleh ikut kawan pergi sana sebab suami aku memang tidaklah melayan ke Pavilion ππ»