My first haul post on my blog. Niat untuk berkongsi apa yang aku beli di sini dan untuk mengingatkan aku pada benda yang menyebabkan aku perabih duit :p
Aku lihat ada juga rakan blogger yang buat post begini. Seronok baca post korang! Macam-macam barang ek korang beli. Ada barang yang aku tak pernah tahu kewujudan juga. Biasanya aku lembap bab barang update ni. Itulah bagusnya dunia blogging. Boleh berkongsi anything with readers =)
Secara rasminya aku katakan, my 2017 Resolutions about saving money is failed in January 2017. Totally failed! Apabila nafsu shopping dan keinginan memiliki sesuatu barang melebihi akal fikiran. Haih.
Tabiat suka shopping adalah salah satu tabiat yang sukar hendak dilepaskan. Setuju? Sama juga seperti tabiat suka makan. Hahaha.
Sama tapi tidak serupa. Cuba cari perbezaan antara gambar pertama dan gambar kedua. Hihi. Ada lagi barang aku lupa. I will story about it later.
DUCKSCARVES
I’ve been dUCked! Haha. Semuanya terjadi apabila aku pergi ke FashionValet di Bangsar Village. Niat di hati untuk melihat dan rasa sendiri all materials for Premium Basic Duck Scarves. Setahu aku ada empat materials iaitu Satin Silk, Mixed Crepe, Georgette, dan Matte Satin Silk.
Aku suka pada material Duck Scarves Matte Satin Silk dan Satin Silk walaupun ianya agak licin. Satin Silk lebih licin berbanding Matte Satin Silk. Kalau Mixed Crepe, kainnya agak sedikit keras manakala Georgette pula, aku suka cuma kainnya agak jarang dan tidak berbaloi beli tudung mahal kalau jarang kan?.
![]() |
Kiri: Midnight Glow Kanan: Strawberry Bon-Bon |
Aku paling jatuh cinta dengan material Matte Satin Silk. Tak licin sangat dan senang dibentuk. My heart said yes, but my head said no and I followed my heart at the end. I’ve bought two Matte Satin Silk Scarf in Midnight Glow and Strawberry Bon-Bon ❤
I have two KL City Duck Scarves in Ash Blue and Grey. I just added two more Duck Scarves in my collection. I’m a happy girl =)
BOOKS
Aku beli tiga buah buku dalam bulan Januari. Aku dah habis baca All The Bright Places dan SHE. Nanti aku buat review buku kemudian ye. Aku berkenan dengan buku Siput Yang Mengubah Sejarah kerana kulit muka buku yang seakan sama dengan buku daripada Ahmad Damha. Same publication. Aku terus beli apabila baca ada sedikit isi kandungan yang menyentuh kisah sejarah negara kita, Malaysia. I would love to read about Malaysia’s history again.
NOTEBOOK & BOOKMARKS
Aku beli notebook Genius di kedai buku Popular. Ada saiz besar dan kecil. Menyesal pula ambil saiz kecil. Patut ambil saiz besar, baru puas hati menulis. Basically, my notebook only consists of the summary, characters, and new English words from books I’ve read. Senang nanti nak buat review. Hehe.
Plan nak jadikan notebook sebagai blog planner tapi dah lain jadinya. Mungkin aku add on jela nanti. Tulis terabur je yang penting aku faham apa yang aku tulis =D
Aku saja menambah koleksi penanda buku. Hihi. Walaupun aku penggemar penanda buku, tapi sebenarnya pertama kali aku jumpa fancy magnetic bookmarks. Aku kan ketinggalan orangnya. Haha. Terus beli sebab cantik dan lagi mudah digunakan =)
SIMPLE SKINCARE
Aku nak cuba produk Simple. Katanya produk ini menggunakan simple ingredients saja sesuai dengan namanya. Cuma yang aku tidak pasti, adakah produk Simple tidak mempunyai Day Cream yang ada SPF? Jenuh aku cari siap google dan masih tidak jumpa. Mohon pencerahan kepada rakan blogger yang menggunakan produk ini.
Aku harap produk ini sesuai dengan kulit muka aku. Sensitive skin sekarang. Huhu. Bila dah 3 series, macam-macam pula yang tumbuh di muka =(
BAWAL PRINTED & BEG KAIT
Aku beli dua bawal printed dengan harga RM25. Murah dan aku suka barang murah. Hihi. Beli semasa aku ke satu karnival membeli belah di Muar. Seronok apabila MIL nak pergi karnival. Aku tumpang dua kaki. Haha. Encik suami dan FIL hanya mengelengkan kepala. Muahaha.
Beg Kait pula aku beli di GM Klang. Aku memang suka beg kait. Dah lama perhati cuma baru beli minggu lepas. Siapa suka pergi GM Klang? Best kan? Hihi. Banyak gila barang kat sana. Itu adalah salah satu tempat best untuk shopping. Kalau hari raya, lagi ramai orang kat sana. Pandai-pandailah bawa diri ye 😀
That’s all for January 2017 Haul. Saving money is failed in January but I love all the things I bought! So it’s okay. Sedapkan hati. Hihi.
What have you bought recently? Let’s share the story behind it ^_^