
Aku mengambil masa yang sangat lama untuk siapkan review novel ini. Berbulan-bulan berada dalam draft dan hari ni aku nak siapkan review novel ini agar Mak Lang aku tidak ternanti-nanti akan kehadiran novel ini di rumahnya. Haha.
Sebab selagi aku tak siapkan review novel ni, selagi itulah aku tak pos novel ni kepada Mak Lang. Maaf Mak Lang. Macam biasalah anak saudaramu ini, slow 😆
Novel yang bagi aku sangat best makanya nak buat review itu agak susah. Hihi. Sama juga seperti aku mengambil masa yang lama untuk siapkan review novel pertama Sara Aisha yang aku baca bertajuk Salju Kyoto.
Salju Kyoto telah menjadikan Sara Aisha sebagai salah seorang penulis kegemaran aku dan ini membuatkan aku terus baca Aku Lelakimu.
Title: Aku Lelakimu
Author: Sara Aisha
Pages: 743
Publisher: Karya Seni
Publication Date: September 1st, 2017
SYNOPSIS
Watak utama:
Alexander Aryan (Alex) : “Fear is the greatest gift of all. Be happy that you have it in you”. Kata-kata daripada seorang lelaki yang menghidap Urbach-Wiethe disease, an extremely rare genetic condition berpunca daripada kerosakan pada bahagian otak iaitu bilateral amygdala. Ini membuatkan Alex hilang perasaan takut, tidak pernah curiga pada orang lain, tidak ada emosi negatif dalam diri dia hingga tidak gentar untuk melakukan apa saja. Dia juga tends to get too close to other people dan mempunyai perasaan empati yang tinggi.
Alex juga seorang penulis novel jenayah yang amat diminati oleh Tihani Rose. Lelaki yang bertahun-tahun ingin ditemui. Lelaki yang banyak mengajar Tihani tentang kekejaman dunia. Lelaki yang membuka mata Tihani tentang jiwa-jiwa zalim dan juga lelaki yang memberi Tihani harapan dalam penulisannya.
Tihani Rose (Tia) : Seorang wartawan jenayah yang bersusah payah mencari berita hingga sanggup membahayakan diri sendiri. Sanggup pergi ke tempat jenayah untuk mendapatkan info demi berita yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Wanita yang menjadi pemula kepada segalanya yang berlaku.
Rafael Lee : He is cool, sweet, charming, intelligent, looks normal but he is the psycho-killer. He is the monster. Lelaki yang tiada langsung perasaan belas kasihan pada orang lain. “Waiting for the most perfect cut for the most perfect target”. Baginya, tiada yang lebih agung daripada perasaan membunuh manusia yang cuba melawan. Dan ini membuatkan dia mahu menjadikan Tihani Rose sebagai his masterpiece.
REVIEW
This book definitely deserve a 5 star!!
“Don’t judge a book by its cover” sangat sesuai digunakan untuk novel ni. Tolong jangan tertipu dengan tajuk yang cliche dan cover yang simple itu. Sampai sekarang aku masih tertanya-tanya siapa lelaki yang ada pada cover novel ini. Semak tengok janggut dia 😅
Aku Lelakimu adalah sebuah novel bertemakan romantic-thriller. Thriller have always been my favourite genre in English novel dan ada satu perasaan gembira bila aku dapat baca genre yang sama dalam Malay novel. Tak banyak Malay novel yang mempunyai tema ini.
Baca novel ni seperti menonton filem thriller atau drama Korea (teringat drama Korea bertajuk Voice). Suspen!! Pelbagai emosi wujud. Marah, takut, geram, sakit hati, suka, cinta, sedih, segalanya ada dalam novel ini. Novel yang berjaya buat aku berterusan membacanya tanpa sedikit perasaan bosan. Hanyut dalam ketebalan 743 muka surat.
Romantik 30%, thriller 70%. Tak ada langsung pasal cinta meleret, perkahwinan paksa semua. Cinta itu ada tapi hanya sebagai pelengkap rasa. Alex dan Tihani tidak menunjukkan perasaan cinta mereka tapi mereka kekal bersama dan yes, action speaks louder than words. Alex masih mampu memberikan kesan “butterflies in my stomach”. Hihi.
Story line semakin menarik setiap kali bertukar muka surat. Adrenalin meningkat naik dan itulah yang menyebabkan aku bawa novel ini ke mana saja aku pergi. Tak boleh tinggal lama. Terbayang-bayang dan berfikir-fikir apa jadi seterusnya.
Kalau Salju Kyoto membuatkan aku mengkaji mengenai yakuza di Jepun, Aku Lelakimu pula buatkan aku mengkaji mengenai kisah serial killer dan perkaitan dengan penyakit Alex. Di Malaysia, mungkin psikopat adalah sesuatu benda yang baru tapi tidak di negara luar seperti Amerika. Dan aku suka dengan penulis yang bawa isu psikopat dalam novel di Malaysia.
Dalam otak psikopat, ada tiga bahagian yang rosak. Pertama, bilateral amyglada yang bertanggungjawab atas rasa takut dan kecemasan manusia. Kedua, hippocampus yang bertanggungjawab untuk menyimpan memori perasaan manusia. Ketiga, temporal pole yang membolehkan kita baca emosi orang lain.
Psikopat wujud dan sangat berbahaya jika tidak mendapat rawatan di peringkat awal. Pelbagai perkara boleh menjadi pencetus kepada sifat psikopat ini. Mereka kelihatan normal dari luaran tapi bijak menyembunyikan sikap sebenar dalam diri. Terbayang muka Rafael Lee yang kacak bergaya tapi psikopat rupanya. Huh. Membunuh dengan kejam!!
Cyberstalking. Zaman kini yang bahaya kadangkala bukan datang dari fizikal tetapi secara diam dan halus. Melalui teknologi masa kini. Melalui laman sosial.
Rafael Lee yang tahu kisah Tia hanya melalui laman sosial. Niat kita okay untuk berkongsi suka duka di laman sosial cuma biarlah berpada agar tidak menjadi mangsa cyberstalking. Menakutkan juga sebenarnya!!
Moonlight Sonata. One of the most famous Beethoven piano sonata, dikatakan dicipta oleh Beethoven selepas dia berjumpa dengan seorang budak perempuan buta. That blind girl was his muse.
Sedar akan kewujudan Moonlight Sonata dan Beethoven cuma tidak ambil tahu sangat. Hihi. Dan novel ini membuatkan aku terus buka You Tube dan dengar Moonlight Sonata. Piano instrumental yang menjadi kegemaran aku adalah daripada OST KBS Drama Winter Sonata 😍
Menurut kepercayaan orang Jepun, manusia mempunyai tiga rupa. Pertama, rupa yang ditunjuk kepada dunia. Kedua, rupa yang ditunjuk kepada orang-orang yang rapat. Ketiga, rupa yang tidak pernah ditayang kepada orang lain. Itulah refleksi sebenar seseorang.
Aku setuju dengan kepercayaan orang Jepun ini kerana aku juga mempunyai tiga rupa. Hihi. Rupa yang ketiga adalah rupa yang hanya ditayang ketika bersendirian. Aku rasa semua orang begini juga kan? 🤔
Perasaan sedih dalam novel ini bukan hanya diberikan untuk Alex dan Tia, malah untuk Rafael Lee juga. Bukan nak back up penjahat tapi serius lah Rafael Lee menyedihkan sebenarnya. Trauma daripada kejadian lepas menjadi punca segalanya. Kasihan tengok dia.
Haa pesanan. Dah habis baca novel ni, sila baca juga part Trivia ye. Untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan salute dengan penulis yang buat research sebelum terhasilnya novel ini.
Quotes kegemaran yang ada aku ambil daripada novel ini adalah:
Caring for someone is not only about protecting her. It is also about empowering her.
When it rains, look for rainbows. When it’s dark, look for stars.
Having zero empathy makes you a psychopath. Having too much empathy makes you a victim.
The prettiest smile hide the deepest secrets. The prettiest eyes have cried the most tears. And the kindest hearts have felt the most pain.
Ini mungkin kedengaran kasar, tapi itulah kehidupan, Tia. Dunia memang macam tu. Kita takkan ingat orang yang tak ada kaitan dengan kita. Ya, Kita baca berita mereka. Kita bersimpati untuk beberapa ketika. Lepas tu, mereka hilang dari ingatan. You can’t blame people for that. It is just the way it is.
Masa ialah musuh terbesar manusia. Masa sangat berkuasa, menentukan sama ada kita akan hidup dalam penyesalan ataupun tidak. Sekali berlalu, takkan berputar lagi. Tapi masa juga ialah sesuatu yang kita ambil endah tak endah. Something that we always take for granted.
Everyone comes with a baggage. And that baggage comes with two options. Pertama, untuk kita tukar beban tu jadi pendukung. Memaksa kita untuk jadi lebih kuat dan akhirnya beban itu jadi hikmah. Kedua, untuk terus gantung beban itu di bahu. Terus-terusan memasung setiap pergerakan kita, sampaikan kita tak boleh bergerak. Tak boleh move on. Dan akhirnya kita jadi orang kalah yang menyalahkan takdir.
Love is happiness. But love that cannot be spoken is a punishment.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★★
Sebuah karya yang sangat best! Aku gembira sangat bila ada penulis Malaysia yang sudah keluar daripada kisah cliche kahwin paksa dan cintan cintun meleret.
Aku sangat rekomen novel ini buat peminat novel thriller. Unexpected story line from Malay writers. Totally different and you will like it.

Kesimpulannya, Aku Lelakimu is a good romantic-thriller novel. You should give this novel a chance.
Aku suka kedua-dua novel Sara Aisha, Salju Kyoto dan Aku Lelakimu dan aku tidak boleh memilih antara kedua-duanya jika disuruh buat pilihan yang mana lagi best. So, for me, both novels are your masterpiece, Cik Sara Aisha 😊👍
Looking forward to read your next novel, I’m Not A Monster yang awal diterbitkan sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 yang bakal berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2018.
Happy reading and shopping, eh? 😀
p/s: Psikopat (lakonan Kim Jae Wook) dalam Voice (Korean Drama) mengingatkan aku pada Rafael Lee. Menakutkan tengok dia sampai aku terasa macam ada orang perhatikan aku je 😱