Hello semua! 🙂 Lamanya tak bersiaran dari dunia blogging. Hampir sebulan! Hanya bersiaran di Instagram, Twitter dan Facebook saja. Cuma blog saja sering ditinggalkan, tergantung sepi. Hihi.
Sekian lama dipendam dan kini baru nak berkongsi mengenai produk baru yang aku sedang cuba sekarang. Sehingga ke hari ini, aku masih mencuba produk yang aku senaraikan dalam entri ini.
Sebenarnya gambar dalam entri ini telah diambil sebulan yang lepas. Draft sudah dibuat dan hanya letak gambar saja. Malam ini, tiba-tiba mood datang menjelma untuk siapkan entri mengenai topik ini.
Jangan disia-siakan mood blogging yang datang tiba-tiba. Marilah siapkan satu entri. Entri pertama dalam bulan Disember 😀
Aku mengalami masalah jerawat dan darkspot kesan daripada jerawat. Sejak umur berganjak ke 30-an, masalah ini semakin berleluasa di muka aku. Tak tahulah kenapa.
Dulu, jerawat hanya ada ketika PMS saja. Biasalah tarikh mendekati ke arah bendera merah kan, tapi kini jerawat aku tumbuh tak kira masa dan di mana saja di muka ini. Bukan setakat itu, siap meninggalkan kesan lagi.
Muka aku tak pernah ada darkspot tapi kini dah ada kesan daripada jerawat. Sedih rasanya. Comot je rasa muka aku sekarang 😑
Tenangkan hati dan fikiran, dan aku cuba produk muka yang baru. Based on good review from others.
INNISFREE JEJU VOLCANIC PORE CLEANSING FOAM
Pada mulanya, aku pakai Green Tea Cleansing Foam dan bertukar kepada Jeju Volcanic Pore Cleansing Foam. Bila baca review, rasa yakin nak cuba produk ini. It smells nice! This product is good for pore minimizing but I don’t really see the effect on my skin. Atau aku yang tak perasan. Confuse dengan diri sendiri.
INNISFREE GREEN TEA SKIN CARE SET, BIJA CICA BALM, & PERFECT UV PROTECTION CREAM
![]() |
Green – All Green Tea Skin Care Set
White – Innisfree Bija Cica Balm Yellow – Perfect UV Protection Cream |
Green tea sesuai untuk semua jenis kulit dan aku beli green tea set ini tanpa perasaan ragu-ragu. Sebab aku yakin yang tiada kesan tidak elok pada muka kerana bahan yang digunakan adalah 100% green tea.
Ada empat produk dalam skin care set ini iaitu:
1) Green Tea Cleansing Foam (not in picture)
2) The Green Tea Seed Serum
3) The Green Tea Seed Cream
4) Green Tea Fresh Skin (toner)
Aku suka semua produk cuma paling aku suka adalah The Green Tea Seed Serum. It absorbs quickly and has a nice smell. Rasa best je tiap kali pakai serum ni.
Tapi, dengan muka aku yang asyik tumbuh jerawat sekarang, adakah aku perlu hentikan penggunaan produk ini? Mungkin tidak sesuai dengan aku? Hmm. Masih berfikir sebenarnya.
INNISFREE BIJA CICA BALM
Sebenarnya, ini adalah produk pertama Innisfree yang aku nak cuba. Sangat sesuai untuk mereka yang ada jerawat macam aku. Based on good review juga lah kiranya ni.
Produk kedua yang aku paling suka dalam Innisfree. Aku pernah pakai di jerawat dan dalam masa 4 hari, jerawat hilang tanpa meninggalkan kesan. Mula lah rasa happy gila masa tu!
Tapi sayangnya, aku menggunakan produk ini di jerawat yang lain tapi kesannya tidak sama seperti pertama kali aku gunakannya. Jerawat mengecut cuma meninggalkan kesan darkspot di muka. Ahhhhhhhhh stress!!
Aku masih menggunakan produk ini sehingga sekarang. Tengoklah kalau dah habis nanti, dan masih tidak berkurang darkspot, aku mungkin akan bertukar kepada produk lain.
Any recommendation products for acne problem? Please share with me. Thank you in advance!
INNISFREE PERFECT UV PROTECTION CREAM
Kina Omar ada berkongsi mengenai kepentingan sunblock yang mempunyai SPF 50+. Katanya, orang Korea pakai sunblock lebih daripada dua kali sehari. Pelik juga sebab negara mereka tidaklah panas seperti negara kita.
Lepas tu, ada juga Kina Omar berkongsi review mereka yang mengamalkan pemakaian sunblock SPF 50+. Rasa tertarik dan terus beli sunblock. Haha. Mudah sungguh terkesan dengan review kan? 😅
Biasanya pakai sunblock masa ke pulau saja. Masalahnya aku ni, pergi pulau pun tak pakai sunblock. Ada pengalaman buruk masa kali pertama aku pakai sunblock lima tahun lepas. Sampai muka aku berubah teruk kerana sunblock.
Sejak itu, aku tidak pernah pakai sunblock walaupun aku ke pulau. Pulau Perhentian dan Pulau Redang. Selamba je tak pakai sunblock. Hanya pakai krim biasa saja. Takut kejadian lama berulang kembali.
Dan kini, aku telah berubah. Haha. Aku pakai sunblock Innisfree ini setiap hari. Water-resistance jadinya pakai sekali saja. Malas nak banyak kali bersihkan muka sebelum solat. Ada lagi sindrom malas aku. Hii.
INNISFREE SUPER VOLCANIC PORE CLAY MASK & IT’S REAL SQUEEZE MASK
Love this products! Tegang kulit muka selepas pakai Super Volcanic Pore Clay Mask. Suami aku pun join juga pakai produk ini. Semangat pula sampai dia yang mengingatkan aku untuk pakai produk ini dua kali seminggu.
It’s Real Squeeze Mask pula aku pakai di hari yang lain. Aku pernah pakai mask yang lain juga. Mana-mana mask yang ada di Watson. Aku rasa mask Innisfree ini lagi moisture daripada mask lain yang pernah aku pakai sebelum ni.
GUARDIAN ALOE VERA GEL
Beli pula produk ini selepas tengok #instastory Erin 😀 Aku tiada pokok aloe vera di rumah jadinya cubalah produk Guardian ini. Contains 100% pure aloe vera. Percaya dan mari cuba.
Aku guna produk ini di malam hari sebelum tidur. Selepas sapu Aloe Vera Gel, aku pastikan pakai Innisfree Bija Cica Balm.
HIMALAYA ANTI-HAIR FALL HAIR OIL
Beralih kepada produk rambut pula. Aku ada masalah keguguran rambut. Itu juga menjadi punca aku sentiasa berambut pendek. Masa rambut panjang dulu, lagilah banyak rambut aku gugur.
Aku baru cuba produk ini selama seminggu. Tak nampak kesan lagi. Harap produk ini berkesan untuk aku. Sakit hati setiap kali menyapu di rumah. Geram je tengok rambut bertaburan di lantai.
********
Ini saja produk baru yang aku sedang cuba sekarang. Mungkin akan berubah produknya. Tak tahu lagi. Sekarang aku masih dalam proses cubaan, jadi jangan cepat mengalah. Cuba sampai produk ini habis. Jika tiada kesan, barulah fikir untuk cuba produk seterusnya.
Susah sebenarnya untuk jumpa produk yang sesuai dengan kita. Kadang-kadang, produk itu sesuai untuk orang lain tapi bila kita cuba, tidak sesuai pula.
Pendek kata kena cuba juga dan baru boleh tahu sama ada sesuai atau tidak.
Kalau korang ada produk yang bagus untuk masalah jerawat, sila kongsi dengan aku ye. Any drugstore products.
Thank you all for reading ^_^