Hello semua 🙂
Entri kedua dalam bulan Disember. Loser gila rasanya aku sekarang. Aku rindu nak blogwalking, update blog tapi kekangan masa menyebabkan aku tak buat semua itu. Huhu.
Tak tengok dashboard, tak tengok email. Haih, menghilangkan diri dalam dunia blog tapi masih wujud di dunia laman sosial lain terutama #instastory. Hihi. Senang je nak update #instastory daripada siapkan satu entri blog post. Berbeza sangat masa yang diambil untuk buat dua aktiviti itu.
InshaAllah. Aku akan kembali aktif semula dalam tahun 2018. Eh, esok lah kan? 😉
Aku memilih untuk update blog mengenai planner 2018 memandangkan esok nak melangkah ke tahun baru. Hihi. Dah ambil gambar flatlay dari dua minggu lepas, tapi tu lah, blogging slump pulak.
Sedangkan masa ambil gambar flatlay hari tu, berkobar-kobar semangat nak update blog. Hati manusia cepat sangat berubah. Eh? 🙈
Aku tak pernah ada planner dalam hidup. Sejak mengenali rakan blogger yang selalu update pasal planner, aku jadi berkenan pula nak ada satu planner untuk tahun 2018. Rasa macam menarik jugak planner sebenarnya. Boleh catit semua plan dalam hidup kita.
Pendek kata, boleh letak semua dalam planner. Bagi mereka yang planner addict, rasanya kalau planner hilang diibaratkan seperti hidup hilang. Eh? Ada ke istilah begitu? Aku memandai je bagi istilah sendiri. Haha.
Aku memilih untuk memiliki dUCk planner 2018. Kalau korang dah lama follow aku, rasanya tahu yang aku salah seorang dUCkies. dUCkies yang plan untuk #duckrehab in 2018. Harapnya berjaya 😊
Ada lapan warna pilihan untuk dUCk planner 2018 dan semestinya aku memilih warna PINK. Hihi
Jom tengok isi kandungan dalam dUCk planner 2018 ^_^
![]() |
Tempat letak resit dan segala macam kertas lain. Hello! Tolong tulis nama. Nama masih tidak ditulis ketika entri ini ditaip 😀 |
![]() |
Public Holidays in Malaysia in 2018 and calendar 2018 |
![]() |
Kalendar 2019 dan bermulalah bulan pertama, January. |
![]() |
#goals untuk setiap bulan. |
Paling penting dalam planner. Kotak-kotak menunjukkan setiap hari dalam setiap bulan. Senang nak tengok apa yang bakal terjadi. Senang juga nak catat tarikh rakan sekerja cuti, agar tidak tertanya-tanya selalu. Maklumlah, aku ni pelupa orangnya. Hihi.
![]() |
Blank page |
![]() |
Diskaun dari January – June 2018 |
![]() |
Diskaun dari July – December 2018 |
Diskaun ini adalah perkara yang buat rasa nak beli dUCK planner. Walaupun diskaunnya takdelah banyak tapi asal nama diskaun. Hihi. Baru nak #duckrehab next year tapi dah ada diskaun pulak.
Tapi takpe, masih boleh kekal #duckrehab sebab diskaun setiap bulan adalah untuk barang dUCk yang berbeza. Jadi, aku akan guna diskaun untuk bulan yang aku nak barangnya saja. Bakal digunakan diskaun ini dalam bulan April. June, dan Disember 🙂
Ini saja isi kandungan dalam dUCk planner dan sama isi kandungan untuk setiap bulan. Aku paling suka akan cover planner yang keras dan pastinya tidak rabak sehingga hujung tahun. Hihi.
Dan warna pink! Dua kali suka! Hihi.
Orang kata bila dah ada planner mesti nak beli stickers kan? Jari jemari pun dah mula gatal untuk beli stickers agar planner nampak cantik. Nanti akan aku fikirkan mana nak cari stickers. Kat kedai buku ada ke? Maklumlah, tak pernah beli stickers, jadi tak tahu mana nak cari. Hihi.
dUCk ada jual stickers comel juga tapi agak mahal untuk aku beli. Ikutkan hati, aku nak beli je. Hihi. Tapi nantilah, nak cari jugak kalau ada jumpa stickers lain yang comel.
Pada sesiapa yang tahu kat mana nak cari stickers comel, tolong berkongsi di ruangan komen ye 🙂
Sebenarnya, aku ada beli satu lagi planner selepas aku beli dUCk planner ni. Berkenan pula dengan planner itu selepas tengok kawan aku, Tasha punya. Jadi aku beli satu untuk diri sendiri. Nanti InshaAllah, aku akan berkongsi pula isi kandungan dalam planner itu.
Rasanya, korang semua dah tahu planner apa yang aku maksudkan. Kan? Hihi.
Korang dah ada planner 2018? Beli yang mana? Kalau ada buat entri mengenai planner korang, boleh bagi link. Aku suka baca kisah planner 🙂
*****
Ini adalah entri terakhir dalam tahun 2017! Plan to do wrap up for 2017 cuma tengoklah nanti siap ke tak entri itu 😅
May the NEW YEAR 2018 bring joy, peace, and happiness for all of us. Let’s welcome the new year with a fresh mind and heart!
HAPPY NEW YEAR 2018 ~~ !!
Jumpa tahun depan! 😀