PERINGATAN: Semua pendapat dalam entri ini adalah pendapat peribadi aku. Dan aku terima pendapat yang berbeza daripada aku. Much 💓
My first dUCkscarve adalah KL City dUCk. Berkenan sebab pertama kali The DuckGroup keluarkan KL City dUCk dalam pelbagai warna.
Dan sejak itu. I’ve been dUCk-ed! 😅
Selain daripada Limited Edition (LE) dUCk, dUCk juga ada keluarkan plain scarfs yang diperbuat daripada material yang berbeza dan diberi nama Premium Basic scarf.
Ada pelbagai material iaitu Satin Silk, Matte Satin Silk, Chiffon, Georgette, Mixed Crepe, Jersey Cotton dan Fluff.
Kalau LE, aku tak ambil pusing mengenai material. Yakin je beli. Tapi kalau untuk Premium Scarf, ada pelbagai material dan aku mesti pergi merasa setiap material agar aku tidak menyesal beli online. Makanya, kaki pun melangkah ke FashionValet di Bangsar.
Pendapat aku, material Matte Satin Silk adalah yang terbaik dan berbaloi dengan harga sebab kain tak licin jika dibandingkan dengan Satin Silk, dan tidak jarang jika dibandingkan dengan semua material yang lain. Haa satu lagi, MSS nampak macam kain mahal. Hihi.
Baru-baru ini, The DuckGroup ada keluarkan pilihan warna baru untuk Matte Satin Silk. Aduh, rambang mata aku tengok 😍
Aku suka semua warna dan warna paling aku suka semestinya Froth. Tapi macam biasalah, tak dapat pun miliki warna itu sebab semestinya bila bangun tidur je, tengok warna Froth dah out of stock secara online 😓
Sudahnya, aku beli warna lain asalkan material MSS. Hihi. Suka sangat!
Sekarang, aku ada lima warna Matte Satin Silk iaitu Midnight Glow, Mango, Sea Breeze, Strawberry Bon-Bon dan Brazillian Grape 💓
Aku berkenan juga dengan material Mixed Crepe dan Georgette. Pilihan warna untuk kedua-dua jenis material ini lagi cantik weii! Tapi disebabkan kain jarang, aku masih tak beli. Rasa macam membazir pula beli tudung mahal tapi jarang.
Itu yang aku selalu fikirkan sebelum beli. Bukan apa, harga dUCk agak mahal, jadi mesti nak melabur duit untuk sesuatu yang aku anggap berbaloi. Tak nak lah rasa rugi dan tidak puas hati di akhir nanti.
Tapi, hihi, tak tahu sampai bila bertahan pemikiran begini 🙈 Serius, pilihan warna untuk Mixed Crepe dan Georgette cantik!
Material kain paling tak best adalah Fluff. I’m sorry to Fluff fans. Lagi aku pelik bila Fluff adalah satu-satunya Premium Basic Scarf yang berharga RM150 (the others cost RM130). Tak faham juga kenapa Fluff mahal daripada yang lain.
Kain Fluff macam kain bawal. 100% cotton. The plus point untuk Fluff adalah tidak memerlukan pin yang banyak. Tak payah pakai pin pun takpe. Takde nak mengelongsor tudung. Tiba-tiba tudung hilang bentuk, tiba-tiba tudung mengelongsor ke depan sampai tutup muka. Tidak akan jadi perkara begitu untuk Fluff.
The minus point untuk Fluff adalah material ini tidak flowy dan sangat jarang. Kalau dililit dua kali, okay lah. Tak jarang lah jadinya. Cuma mesti kena lilit dua kali. Lilit di kepala, bukan di leher.
![]() |
My flatlay for Brazillian Grape |
Pendek kata, beli Premium Scarf yang kita suka dan akan pakai saja. Jangan beli sebab orang lain beli. dUCk is one of a luxury brand dan kita sebagai penguna perlu memilih scarf yang worth the prize.
Unless kalau kau kaya, so kau boleh beli semua tanpa berfikir panjang. Hihi.
Aku tak kisah harga agak mahal asalkan aku puas hati dengan design dan material yang digunakan.
Dan satu pesanan aku,
Once you buy a dUCkscarves, you will very tempted to buy more (seriously, because it happened to me). Bila sekali beli dUCk, you’re officially been dUCk-ed! 😜
Tapi.. Haha.. Ada juga tapi kan. dUCk adalah satu-satunya brand yang boleh dijual sebagai pre-loved secara berleluasa. Confirm ada orang beli. Kalau pre-loved, jual murah sikit. Harga tak mahulah melampau ye. Buat naye kat orang je.
So,
Have you been dUCk-ed?
Let’s be dUCk-ed with the Matte Satin Silk Collection! ❤️