Dah lama aku perhatikan buku-buku terbitan Buku Fixi tapi aku tak pernah teringin nak beli. Mungkin masa tu macam pelik dengan tajuk buku yang ada satu patah perkataan je. Hihi. Mungkin masa tu aku lebih minat baca novel cinta.
Sehinggalah satu masa, aku ternampak hashtag #twtbukuappreciationday di Twitter. Hashtag ini bertujuan untuk menghargai penulis tempatan. Ramai yang tweet kata buku Nadia Khan best! Selain daripada Nadia Khan, Hlovate juga berada dalam kategori ramai peminat.
Bermula dari situ, aku baca review mengenai buku Nadia Khan di Goodreads dan semua buku beliau mendapat rating tinggi. Lagilah aku semangat nak baca.
Disebabkan buku-buku Nadia Khan mula diterbitkan dalam tahun 2011, jadi kebanyakan buku beliau sudah tiada di pasaran kecuali buku beliau yang terbaru bertajuk Gantung 2.
Kecewa pada mulanya sebab tak tahu di mana untuk cari buku Nadia Khan. Sampailah aku tahu mengenai kewujudan Buku Fixi dalam format E-Books. Terus aku beli E-Books.
Sesiapa yang berminat untuk beli Buku Fixi dalam format E-Books, boleh baca entri aku mengenainya >>> Cara Beli Online Buku Fixi Dan Novel Melayu Dalam Format E-Book.
Sejurus selepas aku beli E-Books Nadia Khan, aku terus baca semua karya beliau berturut-turut. Ada lima karya beliau iaitu Kelabu, Cerpen, Gantung, Pakar, dan Gantung 2.
Tapi aku hanya memilih untuk bagi review penuh untuk tiga karya beliau saja, Kelabu, Gantung dan Gantung 2. Kelabu dalam entri ini manakala Gantung dan Gantung 2 dalam entri yang lain.
SYNOPSIS
Senang kalau hidup dalam dunia hitam putih. Baik-buruk, betul-salah, cinta-benci, lelaki-perempuan. Apa jadi pada yang tengah-tengah? Apa jadi pada orang-orang macam aku?
Bila Jun datang pada aku, menawarkan posisi sebagai ‘boyfriend kontrak’, aku tak tolak. Salah aku ke kalau aku kata “ya” pada awek cun?
Aku Amir. Jemputlah masuk ke dunia aku, di mana hitam dan putihnya tak berapa jelas. Mungkin hanya lepas tu, korang akan faham macamana rasanya berada di dunia aku. Dunia KELABU.
MY THOUGHTS
Buku Fixi pertama yang aku baca 😃
Pada mulanya, aku turn off nak baca buku ini bila dapat tahu yang buku ini sebenarnya mengenai golongan yang aku tidak gemar iaitu LGBT.
Tapi disebabkan aku dah semangat beli (tanpa baca sinopsis di GR), aku teruskan juga baca buku ini. Tak nak membazir dan keinginan untuk tahu apa yang menarik sangat karya Nadia Khan sampai ramai sangat suka.
Aku pun mulakan pembacaan dan perghhhh, aku habiskan baca buku ini dalam dua hari! Tak boleh berhenti baca bila dah start. Baca dan baca lagi sampai tak sedar dah habis. Haha. 616 pages! Fuhh!
Aku suka gaya penulisan NK. Sempoi dan menarik. Tiada ayat jiwang macam novel cinta. Tiada juga ayat yang boleh dapat A+ dalam penulisan Bahasa Melayu 😂
Paling aku suka adalah monolog diri Amir/Amira. Lawak budak ni. Otak bergeliga, ada je idea dia. Sel-sel otak sentiasa berhubung. Haha.
Amira yang berada dalam dunia Kelabu menjadi seorang pengkid (Amir). Disebabkan kisah yang pernah berlaku dalam hidup dia.
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai) dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. – Surah Al Inshirah, Ayat 5-8
Amir mendapat hidayah dan berubah akhirnya (kalau tak berubah Si Amir, aku delete E-Book ni. Haha). Perubahan Amir membuatkan aku lebih meminati watak beliau. Aku suka akan Amir yang begitu peka akan tarikh. Amir adalah seorang photographer dan setiap gambar beliau akan diletakkan tarikh kerana baginya tarikh itu boleh menandakan turun-naik dan titik noktah sesuatu peristiwa dalam hidup (agree ~).
Faith is taking the first step even when you don’t see the whole staircase. – Martin Luther King, Jr.
Dalam hidup ni, kita semua pernah buat keputusan yang salah. Selalunya kita kena belajar untuk terus hidup je dengan kesalahan itu. Tapi kadang-kadang, kita diberi peluang untuk patah balik dan betulkan kesalahan itu. There’s no shame in turning back, not when living in regret and guilt is too hurtful.
If the first one went wrong, obviously there’s room for improvement. Itulah konsep peluang kedua. Kita dapat buat lebih baik sebab kita dah belajar daripada kesilapan kita.
You may not know that the path you chose will lead to happiness, but as long you know that what you want is happiness, you’ll have the courage to move forward.
Bahagia ini sebenarnya benda yang dah sedia ada pada diri kita. Kita tak payah nak cari. Bila kita dok sibuk cari, maksudnya kita tak cukup berpuas hati dengan apa yang ada pada kita.
Kita kena cukup seleasa dengan diri kita. Kita perlu kenal siapa diri kita yang sebenarnya. Tahu dan terima segala kekurangan dan kelebihan diri kita. Baru boleh jadi happy.
Cuma orang yang betul-betul sayang kat kita je yang tak pernah putus doanya untuk kita.
One mistake does not cancel out a lifetime of happiness you’ve given me, Abah.
Aku suka buku ini walaupun jalan cerita mengenai golongan LGBT. Apa yang salah tetap salah. Sentiasa berdoa agar mendapat hidayah untuk berubah ke arah yang benar dan tidak melanggar hukum manusia hidup berpasangan lelaki dan perempuan.
Aku rekomen buku ini untuk dibaca oleh mereka yang belum pernah baca Buku Fixi. Aku pasti bahawa semua peminat Buku Fixi di luar sana, Kelabu adalah buku mesti baca kan? Ke tak sebenarnya? 😅
Rating: 4/5
Thank you for reading ^_^