Merajinkan diri untuk update blog sekarang. Tetiba rasa semangat pulak nak update blog. Sejak suka dengan aplikasi WordPress yang sangat bagus ππ» Rasanya view di laptop/pc pun okay. Gambar besar dan centre.
Hobi aku adalah membaca, mestilah korang dah tahu kan? Hii. Dalam blog ni pun korang boleh nampak buku saja. Banyak cerita buku daripada yang lain. Bukan tak nak cerita benda lain, cuma nanti-nantilah. Malas jugak nak update pasal life. Eh, buku dan membaca merupakan salah satu daripada life update jugak π

Antara buku-buku yang dibaca dalam bulan September 2019. Alhamdullilah, berkat cuti Malaysia pada dua minggu berturut-turut (aku juga ambil cuti pada hari Isnin), aku menghabiskan masa dengan membaca. Sangat suka kalau duduk dalam bilik bacaan di rumah. Bilik ni agak sejuk berbanding bilik yang lain. Kalau suami kerja, aku suka lepak dalam bilik bacaan daripada lepak di ruang tamu π
Aku telah membaca 9 buku dalam bulan September yang datangnya daripada pelbagai genre iaitu non-fiction (selp-help & illustrations) , fiksyen, dan cinta.
Senarai buku yang aku baca dalam bulan September 2019 adalah:
- Fortune Favors the Brave (3/5π)
- Parut – Ada Haris (4/5π)
- Falsafah Ketuhanan – Hamka (5/5π)
- 100 Hari Mengenal Cinta – Syu Ariani (4/5π)
- Simple Secrets: 7 Principles to Inspire Success (3.8/5π)
- Sang Pemimpi – Andrea Hirata (5/5π)
- Love for Imperfect Things – Haemin Sunim (4/5π)
- Pesan Hamka kepada Pendidik (4/5π)
- Love What Matters (5/5π)
My most favorite books are Sang Pemimpi, Falsafah Ketuhanan and Love What Matters. Tiga buku yang aku tidak teragak-agak untuk beri full π. Aku dah siap menulis review untuk beberapa buku dan posted on my bookstagram acc @siriusiqa . Untuk buku yang lain, nanti aku buat review ye. Ambil masa lama lah sebenarnya nak siapkan review. Tambah lagi dalam keadaan sekarang yang hari-hari lambat balik kerja.
Nak berkongsi beberapa review buku di sini. Review pendek saja, if korang nak tahu lebih lanjut mengenai buku berkenaan, boleh pergi ke bookstagram aku @siriusiqa . Kebiasaannya, aku akan update review buku di Instagram dan barulah review yang sama akan diletakkan di Goodreads.

Buku paling aku suka dalam September 2019!! Sang Pemimpi adalah buku kedua dalam tetralogi Laskar Pelangi by Andrea Hirata. Korang tahu tak Laskar Pelangi? Filem Indonesia yang hebat diperkatakan dan merupakan adaptasi buku Laskar Pelangi. Sang Pemimpi best sungguh! Pelbagai emosi ada dalam diri sepanjang baca buku ni. Persahabatan dan kisah tiga sekawan iaitu Ikal, Arai dan Jimbron sangat meruntun dan membuai jiwa.
Buku yang sangat sesuai dibaca buat mereka yang mengejar mimpi dan hampir berputus asa. Kalau baca buku ni, rasa macam ujian yang berlaku pada kita tidaklah hebat mana jika dibandingkan dengan mereka.
Review Sang Pemimpi – Andrea Hirata

Aku berminat untuk membaca karya Hamka cuma masih tidak beli bukunya. Alhamdullilah, buku ini diberi oleh Jejak Tarbiah sebagai pertukaran untuk review. Aku pun menerimanya dengan hati yang terbuka memandangkan memang teringin nak baca karya Hamka.
Personally, aku sangat suka akan buku Falsafah Ketuhanan. Hamka sangat bijak menerangkan mengenai konsep ketuhanan dengan jelas dan mudah difahami. Baca penulisan Hamka bagaikan aku mendengar sang ayah sedang bercerita kepada anak-anaknya. Aku rekomen buku ini untuk semua. Berbaloi untuk dibaca. Serius.
Review Falsafah Ketuhanan – Hamka

Syu Ariani adalah salah seorang novelis kegemaran di Malaysia. Aku start baca novel Anastasia dan sejak itulah, aku menjadi peminat karya Syu Ariani.
100 Hari Mengenal Cinta merupakan novel pertama Syu Ariani tapi aku baru baca. Susah nak cari novel ni sekarang. Aku beli novel ini yang tinggal hanya satu copy di Popular IPC Shopping Centre. Ada aku share cerita dalam ENTRI INI.
Novel ni best! Walaupun jalan ceritanya agak cliche, tapi cara olahan Syu menarik. Aku habiskan baca novel ni dalam sehari. Kebetulan suami kerja weekend tu. So aku duduk rumah membaca sajalah π
Kalau korang suka novel cinta tempatan, boleh cuba baca novel ini okay π
Review 100 Hari Mengenal Cinta – Syu Ariani

Buku Fixi ada memberikan 3 ebook percuma sempena Hari Merdeka yang lepas. Aku download ketiga-tiga ebook tersebut dan baca Parut by Ada Haris. Berminat nak baca buku ni lepas baca sinopsis.
Ceritanya menarik bagi aku, cuma cara pengolahan penulis dari segi jalan cerita mungkin terlalu mudah. Macam cliche jugaklah semua benda dah boleh diagak. Tapi overall, menarik dan tahniah kepada penulis atas penerbitan buku sulung beliau. Bakal diterbitkan sebagai buku fizikal dalam tahun ini.

Buku ini bukan secara terus ditulis oleh Hamka. Namun begitu, penulis buku ini bijak dalam menggabungkan kisah sejarah Islam dan Hamka dalam menerangkan pesanan dalam pendidikan. Banyak mutiara nasihat dalam kisah hidup Hamka yang boleh dijadikan teladan.
Penceritaan lebih kepada pendidikan namun topik yang dinyatakan adalah umum dan senang diterima. Kita juga merupakan pendidik kepada diri kita sendiri. Jadi tak salah untuk baca buku ini walaupun kita bukanlah pendidik yang bergelar guru/pensyarah dan yang berkaitan.
Review Pesan Hamka Kepada Pendidik

Buku ini dalam kategori self-help yang dibahagikan dalam 8 bab, antaranya ialah self-care, family, relationships and courage. A nice book that you can finish read in one sitting. Personally, aku rasa buku ini lebih kurang sama dengan buku self-help yang lain. Cuma buku ini senang untuk disukai dengan gabungan cerita ringkas daripada penulis bersama ilustrasi dan quotes dalam setiap bab.
Review Love for Imperfect Things
Sekian saja cerita Reading Wrap Up in Sept 2019 bersama review pendek buku-buku yang telah di-review di bookstagram. 3 buku yang lain masih pending untuk review. Mungkin dalam bulan Oktober, aku akan up review di bookstagram. Not so sure lah, depend on mood jugak. Hihi.
Thanks for reading, dear readers! Jumpa lagi di wrap up Oktober! Hopefully aku masih rajin untuk update blog pada ketika itu π