Nampaknya tahun ni tiada rezeki nak makan ketupat daun palas. Insyallah jika panjang umur, ada rezeki pada tahun hadapan.
PERSONALΒ
Spring cleaning untuk pakaian, tudung, dan buku. Pakaian dan tudung sudah aku beri kepada sepupu dan kakak aku. Seronok bila tengok dorang pakai. Untunglah badan slim je π
Buku pula aku simpan dalam kotak. Masih berfikir nak buat apa dengan semua buku itu. Dah ada idea tapi tengok dulu sama ada aku mahu teruskan atau tidak π
3. Tertinggal laptop di pejabat.Β Pada 19 Jun 2017, aku tertinggal laptop di pejabat. Bila dah sampai rumah baru perasan sebab terasa beg laptop ringan. Mujur juga aku tergerak hati nak check beg laptop bila sampai di rumah. Kalau tidak, habislah wei kalau laptop hilang T_T
Alhamdullilah ada kawan sekerja yang masih berada di pejabat dan tolong simpankan laptop aku. Lega rasanya. Thank you ye! Malas nak sebut nama dia kat sini, nanti kang sampai ke sudah dia asyik berkata-kata. Haha. Menganggu ketenangan di pejabat pula nanti π
4. Hadiah Hari Raya daripada tuan rumah. Alhamdullilah. Tuan rumah aku baik orangnya. Tak pernah berkira dan sentiasa cepat selesaikan masalah rumah, kalau ada. Dan dua hari sebelum hari raya, Kak Rina datang rumah dan bagi hadiah hari raya katanya. Ini sudah jadi amalan dia setiap tahun. Moga dimurahkan rezeki akak.
![]() |
Hadiah Hari Raya |
BLOGGINGΒ
5. Featured di Jom Kita Lari Facebook. Abg Zaidi bagitahu yang entri blog aku, 10 KM FINISHER – STANDARD CHARTERED KL MARATHON 2017 STORY telah di-featured di laman page Jom Kita Lari. Aku tak tahu akan kewujudan laman page itu.
Kawan Abg Zaidi yang bagitahu sebab kawan dia pelik lalu bertanya, ‘bila masa kau lari pakai skirt tutu?’ . Hihi. Maaf ye Abg Zaidi π
6. New Blog Template.Β Korang perasan tak akan perubahan pada blog aku? Hii. Tiba-tiba pula rasa nak tukar blog template. Owner blog template aku masih orang yang sama, Kate. Dia sangat baik dan sabar melayan kerenah dan permintaan aku. I really like you Kate! π
Aku ada cerita mengenai Kate dan blog template daripada Etsy dalam dua entri di bawah. Boleh terjah kalau nak tahu lebih lanjut mengenai blog template =)
7. New Blog Header, Signature, & Watermark. Aku tempah semuanya daripada adik manis, Nurul. Aku approach dia lagi seminggu nak raya. Nurul buat kerja dengan pantas. Hii. Sempat siapkan sebelum raya. Maaflah akak kacau sebelum raya eh. Orang fikir baju raya bagai, aku fikir nak edit blog. Haha.8. Hadiah daripada blogger Kak Shikin.
Alhamdullilah. Dapat hadiah daripada Kak Shikin sempena nama tersenarai dalam Top Commentor Mei-Jun 2017. Kak Shikin sangat pemurah hati. Tiap bulan ada diberi hadiah kepada Top Commentor blog beliau. Terima kasih kak. Semoga murah rezeki akak.
![]() |
Novo. Double Color Lipstick. First time tahu kewujudan lipstick dalam dua tona warna. Cantik. Warna merah yang tak pekat sangat π |
FRIENDSHIP
9. Geng Makan berpisah. Kami dahulunya berlima (Siqah, Hanis, Tasha, Nadiah, dan Syira) di tempat kerja yang sama. Kini kami masih bekerja dalam satu syarikat yang sama cuma berpisah tempat kerja. Nadiah dan Syira (ITT MY team) telah berpindah ke WSC.
Kami masih berhubung melalui email dan whatsapp tapi lain kan daripada jumpa hari-hari. Sedih betul. Nak bercerita pun dah payah sekarang π
![]() |
Geng Makan yang kini sudah jarang bertemu T_T |
10. Majlis berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail. Alhamdullilah. Dapat kami berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Malam itu merupakan hari terakhir ITT MY team bersama kami.
11. Mood Republik di PWTC. Punyalah semangat nak raya kan? Haha. Kami berempat (kecuali Hanis) pergi ke Mood Republik di PWTC selepas majlis berbuka puasa di Restoran Rebung Chef Ismail.
Pada mulanya, aku tak nak join. Tapi bila tengok Fazura update kata dia dan Fattah akan ke sana pada jam 10 malam, terus bersungguh aku nak join. Haha. Dua kali semangat tak? π
Aku hanya beli selipar saja di sana. Terpaksa beli sebab kaki sakit (siapa suruh pakai heel). Dan jumpalah juga dengan Fazura dan Fattah Amin dalam kesesakan orang ramai. Hii.
![]() |
Gigih Syira tolong ambilkan gambar. Hihi. Fazura dan Fattah. Lagi cantik dan handsome in real life. |
Soalan cepu cemas. “Nak pergi lagi ke Mood Republik tahun depan?”. Jawapan: MESTILAH TIDAK!!! Tak sanggup dah. Sudah cukup sudah ~
READING
Β
12. Aku baca empat buku saja dalam bulan Jun 2017. Tiada banyak sangat masa untuk diberi kepada pembacaan bulan lepas.
Β
Review buku hanya telah dibuat untuk One of Us is Lying. Itu pun aku gabungkan sekali dengan tiga judul buku yang lain. Kalau berminat, korang boleh klik LINK INI.Β
Β
![]() |
Hidup Yang Aku Pilih – 4/5
Perang Melawan Mitos – 5/5 One Of Us Is Lying – 4/5 I Believe In A Thing Called Love – 3/5 |
Β
Β
WATCHING
Β
13. Malay Drama. Drama Andainya Takdir sangat bagus dan best! Cerita yang tidak cliche dan banyak pengajaran. Mengajar kita agar lebih berhati-hati memilih pasangan. Aku suka ending drama ni. Lakonan Shukri Yahya dan Nina Iskandar patut diberi pujian π
Β
14. Korean Drama. My Secret Romance adalahΒ satu-satunya drama Korea yang hanya mempunyai 13 episod saja. Aku agak sebab rating drama ni jatuh. Tu yang episod terus dipendekkan. Bagi aku, memang drama ni bosan pun bila dah akhir-akhir. Geram aku dengan perangai heroin. Kejap nak, kejap tak nak. Cepuk kang! Haha.Β
Β
Fight For My Way. Ohh drama ni comel, sweet, best gilaaaa!!! Haha. Baru je habis tengok final episode drama ni semalam dan aku berpuas hati dengan ending. Comel πΒ
Β
Lagi dua drama iaitu The Ruler: Master of the Mask dan Suspicious Partner juga bakal berakhir tidak lama lagi, Bosanlah nanti bila dah habis semua drama ni. Tak tahu nak tengok drama apa lagi. Any suggestion?
RANDOM PICTURES
Bila topik ini muncul, maksudnya entri ini bakal tiba pada titik noktah. Panjang dah rasanya ni. Banyak pula cerita bulan Jun 2017 ^_^
![]() |
Aku suka mural lukisan ni. Selalu perhati setiap kali lalu bulatan ni. Akhirnya, snap juga gambar masa kereta bergerak. Lokasi: Muar |
![]() |
As always, gambar langit mesti ada <3 Lokasi: depan rumah FIL, Muar |
![]() |
The best picture I snap in a moving car. Lokasi: Masjid Shah Alam. |
![]() |
Bukan setakat muka tak flawless, gigi pun tak cantik. Adoi. |
Sekian saja entri June 2017 Wrap Up. Tak tahu korang perasan atau tidak? Hihi. Entri ini tiada gambar makanan. Dah kata bulan puasa, gambar makanan tiada juga lah π
Harap kepada sesiapa yang baca entri ini, baik-baik saja ye =)
Thank you for reading.