Yes. You read it right. Aku telah dikunci di luar rumah oleh encik suami. Kami tak gaduh tau. Haha.
Kisahnya begini.
Suami aku pergi kerja pada hari Jumaat pagi dan balik pada hari Sabtu malam tanpa tidur yang cukup. Pendek kata suami tak tidur selama dua hari itu. Jumaat malam ada majlis jamuan hari raya bersambung pula dengan jamuan hari raya pada hari Sabtu.
Sabtu malam suami balik dengan muka yang sangat mengantuk dan masih mengigihkan diri untuk teman aku pergi basuh baju di kedai dobi 24 jam. Berdegil sangat nak suruh tunggu dia balik kerja. Sedangkan aku boleh je pergi basuh baju sorang-sorang Sabtu pagi.
Dah habis basuh baju, kami pulang ke rumah, dan aku suruh suami naik ke rumah dulu sementara aku parking kereta.
Dan ketika itulah kejadian ini berlaku. Tak sampai 5 minit masanya.
Aku sampai je depan rumah, pagar gril telah dikunci!!! Aduhh! Aku dahlah tak pernah bawa kunci kalau keluar bersama. Suami pun pasti dalam keadaan yang tidak dapat dikawal. Terus kunci pintu tanpa sedar.
Masa kejadian, jam 1.30 pagi 😩
Aku call suami dan call rumah tapi tidak berangkat. Aku dah agak suami pasti terus masuk bilik tidur dan tidur lena dalam masa 5 minit itu.
Nak marah masa tu tapi memikirkan suami yang tidak cukup tidur, penat kerja, aku jadi tak sampai hati nak marah. Tahu yang dia penat.
Tapi geram jugaklah sebenarnya 😅
Makanya, dengan beg plastik mengandungi dua kotak besar susu HL dan bahan-bahan untuk buat kek batik, aku melangkah kembali ke kereta.
Aku hanya ada RM20, tanpa lesen kereta dan kad pengenalan.
Ketika itu, aku sangat bersyukur sebab rumah Ayah aku hanya 5 minit dari rumah aku. Makanya aku boleh tidur di sana. Mujur juga aku ada kunci rumah Ayah.
Dijadikan cerita, bila sampai je rumah Ayah, aku kena parking kereta di hujung lorong rumah. Ada pulak anjing kat situ. Aduhh! Aku duduk dalam kereta adalah lebih kurang 30 minit semata-mata nak tunggu anjing pergi dari tempat itu.
Aku pernah dikejar anjing dan sangat takut dengan anjing. Huhu. Jangan cari pasal weii. Dahlah sekarang ada virus anjing gila pulak.
Yakin anjing sudah tiada berkeliaran, aku keluar dari kereta dan jalan laju-laju ke rumah Ayah.
Anjing dalam rumah jiran pula yang menyalak! Aku jadi takut kalau anjing yang berkeliaran di luar datang semula sebab dengar kawan baik dia menyalak.
Berjalan pantas aku ke rumah Ayah dan tangan mengigil buka kunci manga pagar.
Nampak macam pencuri pun ada. Jam 2.30 pagi masuk rumah diam-diam.
Sampai je dalam rumah, aku terus bentang toto dan tidur dalam bilik. Fuh lega.
Sebelum tidur, aku sudah memaafkan suami aku yang telah kunci aku di luar rumah. Takpelah. Aku tahu dia tak sengaja.
Jam 5 pagi, dapat mesej minta maaf daripada encik suami. Bila balik rumah dan jumpa dia pada hari Ahad pagi, aku saja buat marah dan merajuk. Nak suruh dia pujuk nanye. Padan muka dia dan padan muka aku jugak. Haha.
Ayah dan Mama for sure gelak bila aku cerita. Dorang pun terkejut bila bangun pagi dan tengok barang aku ada di rumah. Hihi.
Bila sekali dah jadi, mestilah aku kena fikir langkah berjaga-jaga. Betul tak?
Mitigation plan:
► Buat satu kunci set rumah dan letak di rumah Ayah atau dalam kereta. Kalau jadi lagi perkara begini, boleh cool dan relax je. Dah ada jalan penyelesaiannya. Hihi.
► Sentiasa bawa bersama dompet yang ada kad pengenalan, lesen, duit, kad dan sebagainya.
Sekian saja cerita aku.
Thank you for reading.
Korang pernah kena kunci?