Blogging doesn’t always come easy.
Ada ketikanya aku buka laptop, merenung laptop dengan fikiran kosong. Niat di hati untuk update blog tapi tidak berhasil.
Cuba siapkan draft yang ada juga tidak berhasil.
Jujur aku rindu pada blog. Rindu untuk update blog, rindu untuk melawat blog kawan-kawan semua.
Tapi, kini blogging slump melanda diri.
Bagaikan tsunami, blogging slump datang dalam masa yang sekejap tapi mengambil masa lebih seminggu untuk aku pulih kembali. Dan kini, semangat blogging masih tidak seperti dulu. Ke mana menghilangnya semangat berkobar-kobar aku dulu agaknya ye?
Aku sendiri tertanya-tanya.
Tapi adakalanya, bagus juga untuk kita menjauhkan diri daripada blog. Kadang-kadang itu perlu agar kita kembali semula dengan semangat blogging yang tinggi seperti ketinggian KLCC. Dan perkara ini akan berulang lagi, tiada berkesudahan, pasti.
Biasalah manusia. Ada naik turunnya juga. Seperti berat badan yang naik dan turun. Eh, kalau kes aku, naik je, turun belum lagi. Haha.
Dengan ini, aku nak cakap yang aku tabik spring dengan rakan blogger yang berterusan untuk update blog. Tidak pernah jemu untuk update blog. Terbaiklah korang π
Sebenarnya rasa bersalah juga apabila aku mengabaikan blog sendiri dan blog kawan-kawan. Tapi itulah semua benda tak jadi kalau mood tiada.
DOWNLOAD E-BOOKSΒ
Ini adalah aktiviti utama aku. Haha. Kerja gila weii asyik download E-Books je sekarang. Bukan setakat gila download E-Books, aku juga gigih mencari E-Book.
Jenuh juga nak cari buku yang aku nak dalam versi E-Book. Faham-faham jela. Nak yang free jadinya bukan mudah nak jumpa. Penat jari jemari klik satu demi satu laman web di Google dan rasa puas hati sangat bila jumpa E-Book yang aku nak. Hihi.
Sebelum aku download E-Books, aku akan baca sinopsis dan tengok kategori dan review di Goodreads. Aku tak kisah sangat dengan review sebab bagi aku lain orang lain pendapatnya. Cuma aku agak memilih dalam kategori.
Aku tak akan download buku yang tergolong dalam kategori LGBT. Fuhhh, sumpah geli nak baca. Tak sanggup nak bayang.
LGBT – Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender
Aku akan terus download E-Books yang aku berkenan sebab link free E-Books boleh broken. Sebelum link broken, baik download dulu. Selamat. Hihi.
Sekarang, aku ada lebih daripada 300 E-Books. Ohh yes, you can call me CRAZY because I’m crazy. Haha.
Aku pun tak tahu bila boleh aku habiskan baca semua buku. Tamak pulak rasanya π
![]() |
Antara E-Books yang ada. Dah susun ikut mana nak baca dulu. Mungkin list ini akan berubah π |
READING
Aktiviti kedua aku. Hihi. Bila dah banyak buku (E-Books & Physical Books) yang hendak dibaca, aku pun mulakan proses membaca. Setakat sekarang, aku dah habis baca 11 buah buku.
Oppss…Jangan terkejut. Lebih setengah daripada jumlah buku tersebut adalah buku poem dan quotes saja. Haha. Jadinya cepatlah habis baca. Hihi. Nanti aku buat review buku yang telah aku baca ye. And please expect my delay, as usual π
Antara buku yang aku patut habiskan baca hujung bulan depan berdasarkan entri aku >> Books I Want To Read In Three Months. Aku hanya sudah habis baca buku Perang Melawan Mitos dan Hidup Yang Aku Pilih. Current reading adalah buku Arkitek Jalanan.
Aku baru saja habis tengok tiga drama Korea bertajuk Suspicious Partner, The Ruler: Owner of the Mask, dan Fight For My Way. Bersungguh tengok ketiga-tiga drama ni. Dan kini, bila semua drama tamat serentak, aku dah tak tahu nak tengok drama Korea yang mana.
Nak tengok Bride of the Water God tapi tak suka heroin. Tapi suka hero, Putera ke-14! Cadangnya aku nak marathon drama Korea Weightlifting Fairy Kim Bok Joo yang semua orang kata best! Tiada sorang pun aku jumpa yang kata drama ni tak best.
Jadi, mungkin itulah pilihan drama Korea yang bakal ditonton =D
Tidaklah aktif sangat sebenarnya π Sekarang aku suka akan TwitterΒ (mujur tak delete account Twitter dulu). Ramai orang menarik kat Twitter tau. Serius ramai. Haha. Ramai yang pandai berkata-kata dan sarcastic pun ada. Haha. Tapi aku suka.
Akaun yang paling aku suka tengok dalam Twitter adalah Bulu Bulu Kehidupan. Akaun yang berkongsi mengenai kucing comel bersama caption yang menarik dan kelakar. Hihi. Terhibur hati tengok kucing beraksi comel.
Instagram? Layan instastory lebih daripada timeline. Facebook? Bila teringat baru buka. Kena juga buka Facebook sebab sekarang semua orang update kat π©π termasuk keluarga.
Aku kemaskini entri lama. Bagi alignment sama, gambar jadikan center, dan padam (Love, SiQaH) di hujung setiap entri. Paling payah bab nak jadikan gambar center sebab gambar yang aku upload daripada aplikasi BlogTouch Pro tidak berada dalam saiz sebenar dan tidak center.
Nampak tak cantik tapi aku malas nak edit semua gambar dan upload kembali guna laptop. Sudahnya, aku hanya edit yang lain saja dulu.
SLEEP EARLYΒ
Jumlah masa dan kualiti tidur sangat penting bagi aku. Sekarang aku tidak lagi tidur lewat pada awal pagi. Aku akan tidur selewat-lewatnya sebelum jam 11.30 malam.
Agaknya umur makin meningkat, badan mudah rasa penat π
Ini juga sebab kenapa aku tidak update blog. Aku biasa siapkan entri blog di malam hari. Bila dah tidur awal, bila masa pula nak update?
Hari ni, rasa puas bila dapat up satu entri blog di awal pagi. Bangun tidur terus ada idea untuk tulis blog. Jadi terhasillah entri ini. Bolehlah dari takde kan? Hihi.
Thank you for reading.
Do you ever feel guilty about not posting any new blog post? What do you do when you’re having blogging slump?Β