Jika Kita Tak Pernah Baik-Baik Saja merupakan buku ketiga daripada Alvi Syahrin yang diterbitkan pada tahun 2020 dan mempunyai cetakan kedua pada tahun 2021. Murah rezekimu ya Alvi. Semoga semakin murah rezekimu kerana telah berkongsi dengan memberi hadiah buku ini buat diriku 🙂
Aku mengalami reading slump pada bulan lepas. Tidak membaca buku selama empat hari adalah satu tempoh yang panjang bagiku. Aku randomly picked up this book from my bookshelves, read it dan Alhamdullilah, berjaya juga aku keluar daripada fasa reading slump. Sekarang, aku tidak berada dalam fasa tersebut, cuma my reading pace agak perlahan kerana banyak hal lain perlu dibuat seperti tonton drama Korea. Haha.
Okay. Enough. Marilah diteruskan dengan ulasan buku ini sebelum aku melalut cerita pasal kisah lain pula. Hihi.

Title: Jika Kita Tak Pernah Baik-Baik Saja
Author: Alvi Syahrin
Pages: 203
Publisher/Publication Date: Gagas Media / Cetakan Pertama 2020
Genre: Pengembangan Diri
Source: Review Copy from the author, @alvisyhrn
REVIEW
Pada mulanya, sejujurnya, aku ingatkan buku ini adalah buku motivasi buat mereka yang patah hati kerana bab awalannya menjurus kepada perkara itu. Namun begitu, sangkaan aku meleset sama sekali. Buku ini bukan sekadar buku motivasi untuk mereka yang menangisi kesedihan dalam percintaan, malah buku ini ditujukan khas buat mereka yang ingin untuk melepaskan masa lalu dan mencintai diri sendiri dengan segala kekurangan dan berusaha untuk menjadi lebih baik.
Bab satu, subtopik bertajuk “Akhirnya, Kita Berpisah” yang aku sangka adalah tipikal kisah putus cinta dan kecewa namun ianya bukan sekadar kekecewaan. Aku begitu suka dengan perumpamaan yang diserapkan melalui penyampaian cerita penulis. Susunan kata-kata indah, ringkas dan kemas serta mempunyai maksud tersirat. Penutup subtopik yang amat bermakna berhasil membuatkan aku berterusan membaca buku ini. Dan inilah yang aku katakan bahawa buku ini berjaya buat aku keluar daripada reading slump.
Pernah diri ini dilukai dan membaca sebahagian halaman buku ini bagaikan mengimbau kembali kenangan itu but in a good way. Kisah yang tidak bisa dilupakan kerana setiap satu hal yang berlaku membentuk diriku.
Seringkali kita dengar akan ucapan mencintai diri sendiri. Malah, buku ini bukanlah buku pertama yang aku baca mengenai topik itu. Namun demikian, setiap buku ada penyampaian tersendiri yang buat kita sebagai pembaca membuka fikiran dan mata dengan meluas untuk memahami makna tersirat dalam setiap buku.
Buku ini juga tidak terkecuali dalam memberi makna tersirat itu. Aku sangat suka akan gaya bahasa dan pengolahan penulis dalam setiap cerita. Setiap aksara sungguh mendamaikan dan tepat ke hatiku serta disulamkan dengan kata-kata indah. Begitu lancar penceritaan penulis sehingga aku tidak sedar masa berlalu. Penyampaian unik dan aku memahami mesej yang disampaikan. Susunan topik juga teratur, cover cantik dan minimal juga halaman berlatarkan kertas berwarna biru bikin mataku segar membacanya.
Banyak dapatan daripada buku ini dan aku ingin kongsikan beberapa daripadanya di sini.
Bagian daripada proses penyembuhan memerlukan kita untuk memaafkan diri sendiri dan memohon ampun kepada Allah. Selain itu, kita harus memahami dan menyedari bahawa sebahagian luka berasal daripada diri kita sendiri.
Selalu lah mengucapkan terima kasih kepada diri sendiri kerana telah berjuang sehingga kini. Tidak kisah apa pun yang berlaku, kita perlu sentiasa baik-baik saja dan paling penting, tidak menyalahkan diri sendiri dan menerima keadaan seadanya.
Stay kind to yourself and for the people around you. Cause you matter. and the people who left you don’t.
Jangan kerana bilangan kecil insan yang melukakan hatimu, menjadikan dirimu bersikap dingin pada yang lain.
Karena ikhtiarmu adalah melakukan itu semua, tetapi yang bisa menghilangkan rasa sedih di hati.. hanyalah Allah yang Maha Lembut kepada hamba-hambaNya.
Jika kita berada dalam kekalutan jiwa, fokuskan diri pada hal-hal yang bisa buat kita senang dan jangan lupa doa di sepanjang prosesnya. Kerana yang menyembuhkan hanyalah Allah.
A little part of this world still needs you in a way you can never understand.
It’ okay to be sad, and it’s okay to cry, cuma jangan biarkan rasa sedih itu terlalu lama dalam dirimu sehingga memakan dirimu sendiri.
Karena tak ada satu pun hal di dunia ini yang pada suatu hari membahagiakanmu, melainkan di kemudian hari bisa membuatmu sedih.
Penulis mengingatkan kita bahawa bahagia juga punya risiko. Tidak ada kebahagiaan total di muka bumi ini kerana hidup penuh ujian. Penulis bukan mahu menakutkan kita, cuma berpesan mengenai realiti kehidupan yang kadang-kadang kita lupa apabila kita berada dalam kebahagiaan. Selalu juga perlu diingatkan bahawa kebahagiaan orang lain mungkin tidak sesuai dengan kita dan tidak perlu meletakkan standard kebahagiaan. Kita bahagia dengan cara kita sendiri.
Mari kita sama-sama belajar pengajaran hidup daripada buku ini. Taken as a self-reminder.
- Kebahagiaan hidup penuh risiko dan tidak kekal.
- Happy ending yang kita mahukan bukan di dunia ini.
- Balasan baik daripada Allah adakalanya tidak sesuai dengan harapan kita namun itulah yang terbaik buat kita. Bersangka baik dengan Allah.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ⭐⭐⭐⭐.5/5
Ini adalah buku ketiga daripada Alvi dan aku dapat simpulkan bahawa penulisan Alvi semakin matang, menarik, dan begitu lancar. Buku ini mengajak pembaca agar berdamai dengan masa lalu, mengenali erti kekecewaan dan mencintai diri sendiri. Gaya penyampaian penulis yang bijak dengan susunan kata-kata indah dan tersusun bisa menyentuh hati lantas menyuntik inspirasi kepada pembaca.
Aku rekomen buku ini untuk semua terutama buat mereka yang memerlukan sesuatu untuk dijadikan pemangkin agar bisa baik-baik saja. Seterusnya, bisa juga mengambil tindakan positif dalam kehidupan ini.
Last but not least, terima kasih Alvi kerana sudi mengirimkan buku ini terus dari Indonesia. Semoga terus berjaya dalam karya seterusnya. Ameen.
