Ramadan ialah tetamu yang dirindui oleh umat Islam dan kedatangannya diraikan pada setiap tahun. Apabila tiba saja bulan Ramadan, pastinya untuk seseorang yang bergelar pencinta buku akan mempunyai senarai buku yang mahu dibaca sepanjang bulan Ramadan yang penuh berkah ini. Dan, aku adalah salah seorang insan itu.
Kebiasaannya, aku memilih bahan bacaan bukan fiksyen dan Islamik dalam bulan Ramadan. Namun begitu, pastinya aku tidak boleh juga meninggalkan genre kegemaran fiksyen kesayangan, maka, akan diselitkan juga beberapa buku fiksyen untuk dibaca.

I took this photo in early April in the hope of sharing about my April and Ramadan reads before Ramadan arrived. But unfortunately, I did not have the opportunity to do so. So I managed only to post it today; therefore, the title change to #RamadanHopefuls reads.
Here are some of my #RamadanHopefuls that I wish to read this Ramadan:

Secrets of Divine Love by A. Helwa
Buku ini seringkali direkomen oleh ramai bookstagrammers di Malaysia. Pada mulanya, aku hanya terpikat dengan design kulit buku yang sangat cantik, namun aku terus membelinya selepas membaca beberapa ulasan buku yang mengatakan betapa tingginya darjah kesukaan mereka pada buku ini.
I’m not planning to finish read this book this Ramadan as I think this book requires my full attention and time. I only hope that I can start read this book this Ramadan and continue read it after Ramadan as well.

Reviving the Spirit of Ramadan | Beyond Do’s & Don’ts by Hasrizal Abdul Jamil (English Translation by Aqtar Mohamed Ummar
Buku ini adalah dalam versi terjemahan English yang naskhah awalnya bertajuk Transformasi Ramadan 2.0. Aku tidak mengetahui akan kewujudan buku ini sehingga Safa berkongsi mengenainya dalam bulan Mac 2021 dan langsung mengajak kami (aku, Aliyah, dan Faraa) untuk buddy read buku ini. Makanya, aku pun membeli buku ini dan sekarang in a middle of reading it.
As what I have read now, this book gave me a deeper understanding about Ramadan, and the true meaning of Eid Mubarak. Kompilasi cerita pendek mengenai kisah pada bulan Ramadan dan Syawal. Sangat sesuai untuk dibaca sebelum Ramadan, I would suggest.

Allah Tahu Kamu Mampu – Kang Ihsan
Kang Ihsan adalah salah satu daripada penulis Indonesia kegemaran walaupun aku hanya telah membaca satu judul saja daripada beliau bertajuk Sesekali Kita Butuh Sepi. Terlalu istimewa buku itu di hatiku. Buku yang sangat indah dan membuatkan aku tenggelam dengan kata penulis yang sangat memujuk kita untuk berlapang dada. Sampai sayanglah rasa nak habiskan baca.
Moga aku ketemu dengan perasaan yang sama ketika membaca buku Allah Tahu Kamu Mampu.

Hikmah Saintifik | Mengapa Malam untuk Tidur & Siang untuk Kerja by Robiatul Adawiyah Mohd P.HD & Ku Mastura Ku Mohd Noor P.HD
Aku tertarik nak baca buku ini sejak nampak perkongsian Faraa. Sekian lama mencari di Kinokuniya (sebab Faraa beli buku ini di Kinokuniya) sehinggalah aku bertemu buku ini di Bookxcess. Lorrr ~ Tak pernah terfikir pula yang buku ini ada dijual di Bookxcess. Frankly, aku tak pernah cari buku Melayu di Bookxcess. Mana nak jumpa kalau tak cari kan?
Alhamdullilah. Berhasil mendapatkan buku ini bulan lepas dan terus mahu membacanya dalam bulan April ini. Bukunya nipis saja jadi InshaAllah boleh dihabiskan pembacaannya. Aku telah baca buku lain mengenai tidur secara saintifik bertajuk Why We Sleep by Matthew Walker dan kali ini mahu membaca kisah mengenai tidur dari sudut saintifik dan Islam pula.

Saints and Misfits by S. K. Ali
Buku fiksyen daripada penulis Muslim yang aku mahu selitkan juga dalam Ramadan reads. Aku pernah membaca buku Love From A to Z daripada penulis S. K. Ali dan aku menyukainya. Hope the same for this Young Adult book. This book was chosen by my buddy read, Aliyah, for this month 🙂 Bought this book from Bookxcess juga.
Let Me Lie by Clare Mackintosh (mystery/thriller) adalah bacaan awal April. Buku ini dipilih oleh aku pula untuk dibaca bersama Aliyah. I have finished reading Let Me Lie a few days ago and yet to share my review.

I do not put high hopes for a lot of reading in Ramadan. So only five books that I plan to read this Ramadan. If there is a surplus of time, maybe I’ll choose short or light books, or come back to mystery/thriller books.
That’s all for the stories about my #RamadanHopefuls. Here, I would like to take the opportunity to wish a Happy Ramadan to all Muslims. Happy fasting and stay bookish! 💕