Setelah sekian lama tidak bersiaran di sini, aku rajinkan lah juga diri untuk update sesuatu di sini. Sebenarnya boleh je nak update cuma malas berganda. Apabila malas melanda, semua kerja tak menjadi.
Sejujurnya, aku baru saja mengenali penulis ini daripada rakan pembaca di Twitter. Melihat buku ini lalu di timeline Twitter buatkan diri ini tertarik untuk membacanya. Aku pula sudah lama tidak membaca novel Melayu. Mungkin, sudah tiba masanya untuk aku kembali membaca novel Melayu bertema cinta pula.
Makanya, dengan semangat juang yang tinggi, reruai Manes Wordworks adalah reruai pertama yang aku singgah untuk membeli novel terbitan mereka. Sayangnya, hanya Buah Hati Nafeesa saja yang masih ada stok. Untuk novel Chef’s Cuisine sudah out of stock dan terpaksa menanti reprint selepas PBAKL. Takpe, aku sanggup menanti π
Sudah cerita panjang mengenai novel ini dan PBAKL segala, mari teruskan dengan reviu novel Buah Hati Nafeesa.

Title: Buah Hati Nafeesa
Author: Nirrosette
Pages: 380
Publisher/Publication Date: Manes Wordworks / January 2022
Genre: Romantik
Source: PBAKL2022 / Booth Manes Wordworks
REVIEW
Nafeesa atau nama panggilan Naf, seorang gadis yang mempunyai perwatakan yang disukai oleh diri aku. Hii. Nafeesa, orangnya cantik, pandai masak, suka mengembara (jadi dia berdikari sampai buat orang lain risau kat dia), dan tak tahu multi-task. Perwatakan Nafeesa yang paling aku suka adalah daripada sudut fesyen di mana dia akan menggayakan outfit daripada watak-watak wanita dalam filem. Mula-mula aku ingatkan fairy tale je, rupanya ada juga watak daripada filem The Hunger Games. Suka betul aku membayangkan outfit Naf dan juga walk-in wardrobe! Impian lah nak ada walk-in wardrobe dengan koleksi yang banyak!
Ciri perwatakan Naf yang kedua yang aku rasakan patut ada dalam setiap wanita adalah mengenai soal bakal imam dalam hidupnya. Bukan setakat tahu mengajar mengenai agama saja, perkara lain juga perlu dititikberatkan. Seperti Naf yang berkemahuan lelaki yang mempunyai ciri seperti di bawah.
I love to engage in meaningful conversations.
Buah Hati Nafeesa namanya Khalil π€ Siapa saja yang mampu menolak Khalil? Dari luaran, Khalil cukup segalanya. Seorang arkitek, kacak, dan memiliki rumah di Vancouver. Dia menetap di Kanada selama 14 tahun dan selama ini juga dia tidak pernah pulang ke negara asalnya, Singapura. Kenapa?
Kisah silam Khalil membuatkan dia membawa diri ke Kanada. Malah, ia juga menjadikan Khalil seorang lelaki yang tidak mudah untuk melafaz cinta walau perasaan itu sudah mula tumbuh dalam hatinya. Dia memilih untuk tidak menyiram perasaan itu dengan baja dengan harapan perasaan itu layu, tapi adakah tindakannya itu berjaya?
Aku suka apabila penulis menjadikan Khalil sebagai satu watak yang tenang juga memerlukan masa untuk menentukan keinginannya. Aku sangat percaya bahawa masa amat diperlukan buat seseorang untuk berdamai dengan masa silam. Jadi, aku sungguh bersetuju dengan tindakan Khalil yang tidak beriya menerima cinta lain selagi dia tidak menyelesaikan hal dalam hidupnya.
Sesungguhnya, kita perlu berdamai dengan masa silam terlebih dahulu supaya perjalanan hidup seterusnya menjadi lebih kuat dan menyenangkan.
Selain daripada Nafeesa dan Khalil, watak sampingan juga terbaik! Papa dan Mama, Najwan (abang Nafeesa), dan The Lit Gang. Suka babak Naf bersama Najwan dan juga kekecohan The Lit Gang! Kata-kata papa Naf sebelum Naf berkahwin pun mampu buat aku π₯Ί
Merujuk kepada gaya penulisan, pertama kali aku membaca karya penulis dan aku sukakannya. Gaya olahan cerita juga tidak meleret.
Sekarang tiba masa nak berkata mengenai ahhhh π₯°π₯°π₯° Novel ni boleh buat rama-rama hadir bukan setakat dalam perut Naf, tapi dalam perut pembaca juga tau! Tiadalah banyak babak sweet comel cute , cuma mana yang ada pun dah buat aku suka!! Cara Khalil confess his feeling to Naf sangatlah π₯°β€οΈπ₯°β€οΈ Pasti semua pembaca menyukainya. Hihi.
Secara keseluruhan, aku suka dengan novel ni. Berbaloi beli di PBAKL2022 π€© Disebabkan aku suka, jadi aku syorkan novel ini buat mereka yang suka membaca novel romantik. Sebuah karya yang sesuai untuk bacaan santai. Konflik pun tidak berat. Seronok membacanya. Sedar-sedar je dah habis π
Pilihan ayat-ayat menarik daripada novel ini:
Because this time when you left, you brought my heart with you. And I’m coming over to claim it back.
It’s okay. I signed up for this. I signed up for you.
Kita nak pasangan kita terima kekurangan kita, kita nak pasangan kita terima kita seadanya. But are we willing to do the same to them?
A marriage is a lifetime commitment. You don’t have the option to love your partner tomorrow and then unlove them the following day. You love them on their best days. And you love even more on their worst days.
My rating: 4/5 π