Laskar Pelangi.. Takkan terikat waktu.. Jangan berhenti mewarnai.. Jutaan mimpi di bumi..
Membaca tajuk Laskar Pelangi pasti akan membuatkan kita menyanyikan lagu Laskar Pelangi yang didendangkan oleh Nidji. Betul tak? π
Aku sering mendengar kehebatan buku Laskar Pelangi yang telah diterjemahkan ke 40 bahasa asing dan diedarkan di lebih 130 buah negara. Wow! Bukan mudah untuk satu buku diterjemahkan dan dipasarkan secara meluas sebegini. Semestinya buku ini sangat hebat sehingga boleh pergi ke tahap tertinggi.
Aku berminat untuk membaca buku Laskar Pelangi by Andrea Hirata cuma masih tidak membeli buku ini sampai sudah. Banyak sangat buku nak dibeli nanye. Hihi. Kebetulan, kawan sepejabat, Ain, ada menyatakan keinginan untuk membaca buku Andrea Hirata. Jadi, aku tolong belikan buku ini di Kinokuniya dan aku pinjam buku ni daripada Ain π
Laskar Pelangi adalah buku kedua daripada Andrea Hirata yang aku baca selepas Ayah. InshaAllah, aku akan review buku Ayah di blog juga pada masa akan datang. For now, you can read book review of Ayah on my bookstagram acc @siriusiqa .

Title: Laskar Pelangi
Author: Andrea Hirata
Pages: 529
Publisher: Bentang Pustaka
Publication Date: 2008
Genre: Fiction, Indonesian Literature
SYNOPSIS
Begitu banyak hal menakjubkan yang terjadi dalam masa kecil para anggota Laskar Pelangi. Sebelas orang anak Melayu Belitong yang luar biasa ini tak menyerah walau keadaan tak bersimpati pada mereka.
Mereka begitu bersemangat dalam menjalani hidup dan berjuang meraih cita-cita. Selami ironisnya kehidupan mereka, kejujuran pemikiran mereka, dan temukan diri anda tertawa, menangis, dan tersentuh saat membaca setiap lembarnya.
Buku ini dipersembahkan buat mereka yang meyakini the magic of childhood memories, dan khususnya juga buat siapa saja yang masih meyakini adanya pintu keajaiban lain untuk mengubah dunia iaitu PENDIDIKAN.
REVIEW
Well done untuk penulis! ππ»ππ»
Novel ini cukup segala rencahnya. Tidak pernah aku baca novel sebegini. Kisah 11 orang kanak-kanak yang digelar Laskar Pelangi kerana kesukaan mereka kepada pelangi. Bagi mereka, pelangi adalah lukisan alam yang sangat cantik dan mereka adalah lapisan-lapisan pelangi terindah yang pernah diciptakan Tuhan. Ya, itu benar sekali. Kamu semua adalah lapisan pelangi π
Mereka adalah tipikal orang yang sederhana namun bahagia dalam kesederhanaan itu. Ikatan persahabatan Laskar Pelangi sangat indah dan kekal begitu sehingga lebih 20 tahun. Walau ada perangai menjengkelkan, mereka tetap bersama dan melayan saja kawan sebegitu. Watak Mahar sangat lawak, gila perdukunan, sangat taksub dengan benda ghaib π
Kisah suka-duka mereka membawa satu cerita tersirat mengenai kepentingan pendidikan. Kehadiran cikgu luar biasa, Bu Mus, yang sangat dedikasi memberikan perubahan positif kepada anak muridnya.
Belajar adalah hiburan yang membuatnya lupa pada seluruh penat dan kesulitan hidup. Buku baginya adalah obat dan sumur kehidupan yang airnya selalu memberi kekuatan baru agar ia mampu mengayuh peda menantang angin setiap hari. – Lintang
Kisah mereka membuatkan aku lebih menghargai kehidupan. Semangat ingin belajar mereka walau dalam serba kedaifan buatkan aku termalu sendiri akan masa lalu di alam persekolahan.
Betapa susahnya mereka untuk bersekolah, betapa senangnya aku ke sekolah. Jangan sesekali take for granted apa yang kita miliki. Sangat berbeza dan sangat terkesan dengan cerita persekolahan mereka. Pendidikan mereka mengambil masa bertahun-tahun.
Mereka ketinggalan dalam semua perkara namun mereka tetap bersungguh belajar demi mencapai impian yang mungkin boleh mengubah kehidupan mereka.
Seseorang yang lelah berusaha menunggu takdir akan mengubah nasibnya. Sebaliknya, seseorang yang enggan membanting tulang menerima saja nasibnya yang menurutnya tak kan berubah kerana semua telah ditakdirkan.
Namun begitu, nasib, usaha dan takdir bagaikan tiga bukit biru samar-samar yang memeluk manusia dalam lena. Nasib yang begitu aneh melanda kehidupan Lintang. Sedih sangat baca kisah Lintang. Mengalir air mata π
Aku suka dengan cara penulisan Andrea dan dengan buku ini, lebih meyakinkan aku bahawa sesungguhnya Andrea suka menerangkan setiap kisah dan watak seseorang dengan sangat terperinci. Cara penulisan sebegitu menjadikan aku faham benar dengan apa yang disampaikan seterusnya membuakkan rasa ingin tahu mengenai apa yang bakal terjadi. Pelbagai kisah diceritakan yang menjadikan emosi pembaca berubah seiring dengan kisah itu.
Sungguhpun demikian, aku membaca buku ini dengan pace yang perlahan. Ayat-ayat Indonesia dalam buku ini agak sukar difahami berbanding Ayah. Banyak juga perkataan Indonesia yang aku perlu rujuk kamus Google.
Buku ini memperkenalkan aku kepada Belitung, Indonesia. Pernah dengar Belitung, salah satu tempat menarik untuk dilawati di Indonesia, tapi takdelah beriya sangat nak pergi. Tapi selepas baca buku ni, Belitung telah aku masukkan dalam salah satu tempat untuk dikunjungi. InshaAllah, jika ada rezeki, aku juga mahu ke Belitung melihat keindahan alam di sana juga melawat Museum Kata Andrea Hirata.
Beberapa quote selain di atas yang ingin aku kongsikan di sini:
Hidup bisa demikian bahagia dalam keterbatasan jika dimaknai dengan keikhlasan berkorban untuk sesama. Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak-banyaknya.
Kita dapat menjadi orang yang skeptis, selalu curiga dan tak gampang percaya karena satu orang pernah menipu kita. Tapi ternyata dengan satu kasih yang tulus lebih dari cukup untuk mengubah seluruh persepsi tentang cinta. Paling tidak, itu terjadi padaku. – Ikal
Memegang amanah sebagai pemimpin memang berat tapi jangan khawatir, banyak orang yang akan mendoakan… Memegang amanah sebagai pemimpin dan Al-Quran mengingatkan bahawa kepimpinan seseorang akan dipertanggungjawabkan nanti di akhirat. – Bu Mus
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: 4.5/5 π
A page-turner book. Membaca buku ini sambil membayangkan kelakuan mereka buatkan aku tertawa dan sedih sendiri. It also makes me more grateful for my life.
Buku yang sangat indah dengan kisah yang sangat berbeza dan based on a true story (+ fiction). Semangat yang ditunjukkan oleh 11 orang para anggota Laskar Pelangi dalam mengharungi pelbagai dugaan demi pendidikan.
Everyone should read this book. You wonβt regret it ππ»ππ»
