Aku begitu gemar akan karya Anna Lee. Sentiasa ternanti-nanti karya baru beliau. Setiap kali beliau menghasilkan buku baru, diri ini pastinya tidak sabar untuk memiliki buku tersebut.
Baru-baru ini, Anna Lee ada menerbitkan buku baru berjudul Sesuatu Yang Hilang. Aku order daripada Shopee Prolog Media cuma sehingga entri ini ditulis, masih tidak dapat parcel buku itu bersama dua buku Prolog Media yang lain. Maklumlah, masa PKP ni, delivery lambat sungguh. Aku sabar menanti asal buku sampai dalam keadaaan elok je sudah memadai.
Jadi, sementara menanti buku itu, aku membeli juga ebook Anna Lee bertajuk Cinta Itu Gila. Baca ebook dululah, masih sama, Anna Lee juga. Hihi

Title: Cinta Itu Gila
Author: Anna Lee
Pages: 139
Publisher: Prolog Media
Publication Date: Mei 2020 : Ebook
REVIEW
Cerita pendek yang hanya mempunyai 139 halaman tapi boleh menembak tepat ke hati ini. Dari awal cerita, aku sering bertanya kenapa Nisa begitu? Kenapa Nisa tidak mempunyai impian yang sama dengan suaminya, Yusof? Tidak dapat aku hadam sebab musababnya kerana bagiku setiap perkahwinan pasti mahu kehadiran cahaya mata.
Plot cerita disusun teratur oleh penulis. Diselitkan cerita masa kini iaitu masa PKP, ada throwback ketika mereka mula berkenalan dan kenangan indah bersama. Ada kisah yang mencuit hati. Kelakar betul perangai si Nisa 😂
Luluh hati aku di kala mendapat tahu reason di sebalik setiap tindakan Nisa. Tidak diberikan rezeki lagi dengan tidak akan pernah berlaku sama sekali sangat berbeza. Namun begitu aku memahami perasaan betapa kecewanya seorang isteri apabila masih tidak mampu menunaikan apa yang dihajati.
Cinta itu bermaksud berani memiliki dan berani juga melepaskan.
Cerita ini telah membuatkan aku menangis bercucuran air mata jam 2 pagi. Sedih sangat. Luluh dan remuk hati membaca pengorbanan seorang isteri demi melihat suami bahagia 😭
Benarlah. Perancangan Allah paling terbaik dan tidak pernah salah. Allah tahu apa yang kita lalui. Duka sekarang Inshallah akan manis di akhirnya. Hikmah ada tersembunyi dalam setiap kejadian. Cuma lambat atau cepat untuk kita mengetahui hikmah tersebut.
Semoga Allah menunaikan hajat kita untuk memiliki apa yang kita hajati. Namun begitu, jika tidak diizinkan lagi, sentiasa beringat bahawa tidak ada istilah terlambat atau cepat di dunia ini kerana Allah sudah memberi kita yang terbaik pada waktu yang tepat menurutNya.
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: 5/5 🌟
Cerita pendek ini membawa kisah sepasang suami isteri yang berkongsi kehidupan selama 9 tahun yang pasti meruntun hati pembaca. Bacalah di saat kamu sedang berseorangan agar lebih memahami dan beremosi, gitu. Dan juga tidak segan menangis seorang diri 😅
Menangis dan tersenyum gembira di pengakhiran cerita. Aku juga turut mengucapkan syukur dalam hati untuk watak fiksyen ini. Hii.
Kesimpulannya, walaupun jalan cerita ringkas (139 halaman saja) tapi aku tetap sukakannya dan kerana itu 5 🌟 untuk karya ini.
Tahniah, Anna Lee 👍🏻 Boleh dapatkan ebook Cinta Itu Gila daripada Prolog Media.
Cinta itu memang gila. Mereka yang mencintai sanggup melakukan apa saja demi untuk orang yang dicintainya. Anda sanggup?