Hello everyone ~ 🤗 Setelah berbulan lamanya aku tak update blog, di petang hari yang bising ini (bangunan sebelah sedang ada construction), tergerak hati pula untuk buka WordPress app dan update sesuatu.
Disebabkan esok kita bakal melangkah ke bulan baru iaitu November, makanya mestilah pilihan topik untuk aku update adalah:
My Reading Wrap Up in October 2020
Haha! Apa takde topik lain ek? Dahlah lama menghilang, update lah cerita mengenai diri sendiri. Ini pasal buku pulak. Tapi kan, to be honest, aku tak minat sangat cerita mengenai diri sendiri. Hihi. Nantilah jika ada keinginan nak bercerita, aku ceritalah sedikit sebanyak apa yang jadi pada diriku 😁
For now, kita cerita mengenai buku okay 🙄🤣

Alhamdullilah. Despite of my busy work schedule, I managed to read 10 books in October 2020. Lima buku fizikal dan lima ebooks.

Here are the books I read in October 2020 with my personal ratings:
5 stars:
📖 A Good Girl’s Guide to Murder – Holly Jackson
📖 It’s Okay. You’re Okay – Iffah Nizar
📖 It’s Okay. Really. It’s Okay – Iffah Nizar
4 stars:
📖 Why We Read – Ellen Surrey
📖 A Dark and Secret Place – Jen Williams. ARC from Netgalley. Published 8 Jun 2021.
📖 The Shadow Man – Helen Fields. ARC from Netgalley. Published 4 Feb 2021.
3 stars:
📖 Rough Diamond – Norhafsah Hamid
📖 She Lies Alone – Laura Wolfe. ARC from Netgalley. Published 9 Nov 2020.
📖 Happiness is.. 500 ways to be in the Moment – Lisa Swerling.
2.5 stars:
📖 Earthlings – Sayaka Murata. Copy from Netgalley. Published 1 Oct 2020.
My favorite read in October 2020 adalah buku yang aku beri 5 stars. A Good Girl’s Guide to Murder jatuh dalam kategori Mystery and Young Adult manakala dua buku baru daripada Iffah Nizar. Iffah Nizar adalah penulis kegemaran aku sejak aku baca buku beliau bertajuk Dear Me. Comel sangat ilustrasi dan kata-kata beliau juga begitu positif dan memujuk jiwa. Tambah lagi dua buku baru beliau siri It’s Okay. Bertepatan dengan diri kita yang adakalanya terasa penat, lemah segala, dan tidak okay tapi memaksa diri untuk menjadi okay. It’s a big NO!
A Good Girls’s Guide to Murder merupakan the only book yang aku baca bersama my reading buddy, Aliyah. Kami bercadang untuk baca dua buku setiap bulan tapi sayangnya bulan ini aku dan Aliyah masing-masing sibuk, maka kami tunda buku kedua dalam duology ini ke bulan November 2020. Terima kasih Aliyah sudi jadi teman membaca akak. Bergerak jugak lah buku yang sudah dibeli lama gila, siap kuning dah 🤣
Buku paling worst yang dibaca bulan Oktober bertajuk Earthlings by Sayaka Murata. You can read my review here. Tak boleh brain sungguh jalan ceritanya 💆🏻♀️ Buku sebegini patut letak trigger warnings dalam sinopsis agar pembaca tahu apa yang bakal dihadap. Huhu.
Aku rasa bangga jugaklah dengan pencapaian membaca kali ni sebab hihi, aku habiskan baca 4 ebooks (3 ARCs) yang dapat daripada Netgalley!! Yeayy! 🥰 Ada lagi 2 ARCs yang perlu dibaca dalam bulan November. Padan muka kat aku lah, sekali request banyak lepas tu semua approved. Haha. Gasak! 🤣
You can read my short review for 3 ARCs via the link below: (all mystery/thriller)
Apa lagi nak tulis ni? Haa, Happiness is.. 500 ways to be in the Moment by Lisa Swerling pula aku baca on app Scribd. Aplikasi yang menyediakan banyak ebook untuk dibaca. Tetiba je semalam nak baca buku light. Makanya teruslah buka app Scribd dan baca salah satu buku yang dah saved 😊
Weiii!! Bahagianya dapat tulis panjang-panjang berjela panjang. Wahhhh!! Selama ni terhenti je bila kena ikut limit aksara di caption Instagram. Inilah sebab aku suka blogging agaknya! Aku suka membebel kan. Muahahaha.
Sekian saja lah penceritaan aku di petang hari ini. Dah habis taip pun, mesin construction kat sebelah ni masih tidak henti berfungsi. Takpelah. Cepat siap cepat diam eh.
Ohh lupa nak cakap sesuatu. Ini jela perkara mengenai diri sendiri yang aku nak update for now.
Aku dah mula BLOCK LEAVE (two weeks) bermula next week!! Weeee ~ 💃🏻💃🏻💃🏻 Walaupun tak boleh ke mana, aku masih bahagia duduk di rumah dan do nothing! Hihi.
Sehingga kita bertemu lagi di post akan datang. Jaga diri baik2 ye semua. Kalau keluar rumah, jangan lupa mask dan social distancing okay.
Have a nice weekend, and again, take care all ~ ❤️