Melihat buku ini mengingatkan aku pada buku 88 Love Life. Buku grafik yang penuh dengan kata-kata dan berunsurkan motivasi. Aku suka membaca buku yang mengandungi kata-kata motivasi kerana diri ini kadang-kadang terbuai tanpa disedari dan perlu diingatkan kembali.
Buku ini berkisar tentang kehidupan yang diterjemahkan dalam catatan pendek yang ringkas.
Warna warni buku ini daripada kulit buku sehingga ke helaian terakhir membuatkan aku susah berhenti daripada berterusan membacanya. Penulis berjaya menginsafi aku dengan kata-kata yang indah dan ringkas. Buku yang membawa aku turut berfikir secara mendalam walaupun nampak ringan saja sesuatu topik yang diutarakan.
Sebahagian daripada topik itu, kita sudah sedia maklum cuma sebagai manusia, kita perlu diingatkan kembali. Tidak dinafikan.
Manusia. Ada seribu satu masalah dan setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. Hanya satu kuncinya iaitu kembali kepada Allah. Buku ini mengingatkan kita agar sentiasa mengingati Allah dan baik sangka kepadaNya walau apa pun yang terjadi dalam kehidupan kita.
Aku kongsi beberapa kata-kata dalam buku ini untuk tatapan semua.
![]() |
Cinta dan Hati |
![]() |
Memberi Manfaat |
![]() |
Kuasa Istighfar |
![]() |
You Are Special |
![]() |
Sunyi dan Be Patient |
![]() |
Ikhlas dan Pemalas |
![]() |
Menangislah dan Hikmah |
![]() |
Membangunkan Jiwa |
![]() |
Jodoh |
![]() |
Pelangi Bahagia |
![]() |
Allah Sentiasa Bersama Kita |
![]() |
Doa |
![]() |
Positif Minda |
Semoga semua yang membaca dapat mendalami catatan positif daripada buku ini. Buku ini sesuai dijadikan “buku wajib ada” untuk setiap orang. Buku yang comel dan padat dengan manfaat di dalamnya.
Catatan dari hati penulis akan turun ke hati pembaca. Terima kasih Dr. Nur Aisyah Zainordin untuk buku ini. Very inspiring!
