
Ada rahsia di sebalik MESEJ untuk anda bongkar? Berani?
Pertama kali aku mengenali penulis Anna Lee. Terpikat untuk baca hasil penulisan beliau selepas baca review mengenai novel ini. Salah satu novel yang aku beli online semasa #MyCyberSale2016 dan aku habis baca buku nie dalam masa tiga hari saja. Makanya, dah boleh agak kan best ke tak? =D
SINOPSIS
Hidup Aria menjadi huru-hara apabila rumah sewanya berhantu. Tetapi sebenarnya bukan berhantu. Pertemuan antara Aria dan Jason sangat pelik. Tidak tercapai dek akal fikiran manusia. Namun pertemuan itu telah membawa keduanya menjelajah dunia cinta yang luar biasa.
Aria di KL dalam tahun 2014 dapat berhubung dengan Jason di Paris dalam tahun 2004. Kisah cinta yang berunsurkan time travel yang dipisahkan oleh time frame selama 10 tahun. Satu kenyataan yang sangat payah untuk dipercayai. Namun itulah hakikatnya. Fenomena pelik dan mustahil, namun ianya terjadi. Hukum alam yang tiada sesiapa mampu menjawabnya.
REVIEW
I’m so in love! Interesting storyline. Menarik! Sesuatu yang luar biasa dan berbeza yang cuba disampaikan oleh Anna Lee dan dia berjaya melakukannya dengan sempurna.
Penulisan kisah cinta yang tidak meleret, penggunaan bahasa yang santai dan teratur.
Kisah percintaan Aria dan Jason yang tidak masuk akal. Pelik tapi sweet. Akal manusia terbatas untuk memikirkan perkara seperti time-travel. Aku rasa time travel ini tidak wujud tapi itulah dikatakan novel. Hehe. Walaupun jalan cerita tak logik, masih aku baca kerana aku suka akan kelainan yang disampaikan.
Siapa sangka lukisan di dinding yang menjadi warisan keluarga Jason menjadi perantara yang menghubungkan Aria dan Jason. My first instinct bahawa Nik dalam tahun 2014 adalah Jason dan yeayy my first instinct is true cuma tidak pernah terlintas di fikiran aku bahawa sebenarnya Nik mempunyai split-personality. Watak Nik domain daripada watak Jason.
Bijak Anna Lee mengatur kisah pertemuan dan percintaan antara Aria, Jason, dan Nik. Jason yang sedar bahawa dia dan Aria akan terpisah selama 10 tahun. Aria yang setia menanti dan Jason yang setia mencintai. Nik yang hadir dalam hidup Aria dan mencintai Aria sepenuh hati.
I love the cover. Bila dah habis baca, baru sedar dan faham kenapa cover novel ini begitu. Aria yang obses untuk melihat KLCC daripada rumahnya dan Jason yang tinggal di Paris dan boleh nampak Menara Eiffel daripada rumahnya.
Novel yang membawa aku untuk tidak memperlekehkan Menara Eiffel. Aku mendengar kisah mereka yang pernah ke sana dan bila balik dari melancong ke Paris, pasti akan cakap Menara Eiffel tu biasa je, besi buruk je pun, tiada istimewa, tak cantik, dan sebagainya.
Benar apa yang dikatakan oleh Anna Lee. Walaupun Menara Eiffel sekarang hanya besi buruk dan tak cantik dan istimewa daripada mata kasar, tapi cuba kita ingat kembali dan kaji kenapa Menara Eiffel menjadi kebanggaan Paris. Menara ini telah dibina pada 118 tahun yang lalu dan masih kekal utuh sehingga ke hari ini. Macam mana orang yang tiada ilmu pengetahuan dan teknologi, dapat membina Menara Eiffel. Pasti banyak kisah suka duka selama 118 tahun Menara Eiffel wujud.
Jadi, kalau ada peluang, aku nak juga ke Paris. Dapat tengok sekali pun jadilah. Nak tengok Menara Eiffel pada waktu malam. Pasti cantik dengan lampu warna warni =). Simpan angan-angan :p
Seperti biasa, aku suka ambil quotes atau kata-kata yang menarik daripada setiap buku yang aku baca.
Favourite quotes from this book:
“Bila kita mencintai seseorang kita tak akan memaksa dia mencintai kita. Cintailah seseorang itu seikhlasnya. Kerana cinta tak semestinya dibalas dengan cinta.”
“Dunia ini penuh fantasi. Realiti kita di alam sana. So, apa yang nak dihairankan dengan fantasi. Dan dunia ini pun penuh dengan misteri. Penuh dengan kisah ghaib yang kita sendiri kadang-kadang memilih untuk tidak percaya, walau hakikatnya ghaib itu wujud. Hanya yang terpilih saja akan mengalaminya.”
“Train your mind to see the good in every situation.”
“The worst part of life is waiting. The best part of life is having someone worth waiting for.”
“I love you. Can you please love me too?”
Bila baca kisah yang lain daripada lain, mengingatkan aku pada novel karya Ramlee Awang Murshid. Kelainan yang ditonjolkan oleh Anna Lee membuatkan aku terpikat untuk membaca semua hasil karya beliau.
Sayangnya, novel Anna Lee sudah tiada stok di MPH. Dengan itu, aku dengan jayanya dah email Prolog Media team untuk bertanya mengenai novel Anna Lee. Aku harap aku dapat berita gembira daripada pihak di sana nanti. Fingers crossed!
Kalau korang mahukan kelainan dari segi penceritaan, boleh cuba baca novel nie. Harap korang jatuh cinta juga 🙂