Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah salah satu acara yang dinanti oleh penggemar buku di Malaysia. Siapa yang tak nak beli buku dengan harga yang murah kan? Kalau bernasib baik, boleh berjumpa dengan penulis buku lagi. Dapatkan autograf dan swafoto bersama. Pasti jadi kenangan terindah 😀
Aku tidak pernah berpeluang ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Ada keinginan untuk pergi tapi sayangnya ada aral melintang. Mungkin tahun ini aku boleh meluangkan masa ke sana. Setiap tahun perlu mencuba 😀
Bukan saja harga buku lebih rendah di PBAKL2018, ada juga beberapa buku baru yang diterbitkan dan dijual pertama kali di PBAKL2018. Maksudnya siapa yang beli buku baru di PBAKL merupakan antara orang pertama yang mendapatkan buku tersebut.
Pastinya aku sudah senaraikan buku-buku yang ingin aku beli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Senarai buku mungkin akan bertambah. Hihi.
NOVEL BARU TERBITAN PROLOG MEDIA
Siapa yang masih tidak kenal Prolog Media? Sesungguhnya anda tergolong dalam golongan yang rugi. Haha. Prolog Media adalah satu-satunya pihak penerbit yang aku sangat suka dan percaya.
Percaya di sini maksudnya aku akan beli semua novel terbitan Prolog Media sebab aku percaya Prolog Media tidak sesekali terbitkan novel yang tidak best. Novel terbitan Prolog Media mempunyai genre dan cerita yang lain daripada lain. Tidak sama konsep dan cerita bagi setiap novel yang diterbitkan.Aku mula jatuh cinta dengan Prolog Media selepas membaca dua novel daripada Anna Lee yang diterbitkan oleh Prolog Media bertajuk Mesej dan Hello It’s Me.Untuk PBAKL2018, Prolog Media bakal melancarkan beberapa novel baru. Setakat sekarang hanya ada dua buah judul novel baru saja yang telah dikongsi di Instagram Prolog Media. More to come katanya. I’m so happy!! 😀Terus semangat nak pergi PBAKL2018 😀
![]() |
Shhh.. Rahsia! by T Sea |
![]() |
Cempaka Melati by Zahida Zarkasi |
NOVEL TERBARU RAMLEE AWANG MURSHID
Ramlee Awang Murshid atau lebih dikenali sebagai RAM adalah penulis yang aku kagum dari dulu. Semua novel RAM telah aku baca dan pastinya aku tidak mahu ketinggalan untuk memiliki novel terbaru beliau bertajuk Banja Manggala yang bakal dilancarkan di PBAKL2018.
Kagum dengan penulisan RAM yang sangat di luar kotak akal fikiran. Semua novel RAM merupakan koleksi kesayangan aku. Novel beliau yang paling aku gemar adalah Trilogi Sunan. Bila baca novel Trilogi Sunan, bagaikan ianya satu kisah benar. Hihi.
![]() |
Banja Manggala by Ramlee Awang Murhsid |
NOVEL-NOVEL HADI FAYYADH
Aku sudah lama mendengar nama penulis Hadi Fayyadh yang terkenal dengan penulisan yang boleh menginsafkan para pembaca. Konsep penulisan beliau yang menggabungkan fiksyen dan pembalasan kepada setiap dosa dalam Islam.
Pendekatan novel beliau sangat baik. Aku berpeluang membaca novel terbaru beliau bertajuk Mengintai Aku Di Neraka dan sungguh seperti apa yang sering aku dengar dan baca review, novel beliau benar menginsafkan.
Maka timbullah keinginan untuk membaca tiga novel beliau yang popular iaitu Semusim di Barzakh, Ketika Azazil Berputus Asa, dan Semusim di Mahsyar.
Ini saja buku yang ingin dibeli di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Mungkin senarai buku akan bertambah. Ada sebulan lagi sebelum PBAKL2018 berlangsung. Mesti ada lagi buku baru yang bakal muncul dalam masa sebulan ni. Wait and see 😀
Bukan main lagi aku bercerita mengenai buku yang ingin dibeli tapi masih tak bagitahu tarikh PBAKL2018? Teruja cerita pasal buku sampai lupa nak bagitahu tarikh. Hihi.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 bakal berlangsung pada 27 April hingga 6 Mei 2018. Hari yang paling aku rasa sesuai untuk pergi ke sini pastinya ketika hari cuti hujung minggu dan hari cuti umum pada 1 Mei 2018.
Details untuk PBAKL2018 adalah seperti berikut:
Tarikh: 27 April – 6 Mei 2018.
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Masa: Isnin – Khamis (10 pagi – 7 malam) ; Jumaat – Ahad dan Cuti Umum (10 pagi – 9 malam)
Selain daripada membeli buku dan bertemu dengan penulis kesayangan di PBAKL2018, korang boleh juga menyertai Peraduan Bergambar dan Menang RM5000 (10 gambar terbaik x RM500). Banyak jugak jumlah wang tunai sebagai ganjaran 😉
Senang sangat nak menyertai peraduan ni. Hanya bergambar bersama poster PBAKL2018 di stesen LRT terpilih, upload gambar di Instagram, dan letakkan hashtag berkenaan. Mudah sangat!!
Ada satu lagi peraduan yang menarik perhatian aku iaitu Peraduan Komik Strip | Lerang Komik. Peraduan ini telah ditutup dan korang boleh baca komik semua peserta di Facebook page Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Menarik tau semua komik yang telah dipost. Cuba korang luangkan masa membaca komik strip dan dalam masa yang sama memberi sokongan pada para peserta. Ramai orang berbakat di Malaysia 👍
Selain dua peraduan yang diadakan sempena PBAKL2018, ada satu kempen yang aku tahu akan kewujudannya selepas melayari Facebook Page Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.
Kempen yang diberi nama KL BACA! Ini adalah satu kempen untuk membawa Kuala Lumpur ke Arah Ibu Kota Buku Dunia 2020. Semoga dapat merealisasikan kempen KL BACA! Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai kempen KL BACA, korang boleh melayari Facebook page rasmi KL BACA.
Simple je nama kempen kan? Senang nak ingat 🙂
Sebagai mengakhiri entri ini, sekali lagi aku ingatkan korang untuk tanda kalendar tarikh 27 April – 6 Mei 2018 untuk ke PBAKL2018 okay 👌 Jumpa di sana! 😀