Tidak disangka wujud entri mengenai Big Bad Wolf 2018 Book Sale haul – Part 2 di blog ini 😁

Tanpa disangka juga aku pergi ke The Mines buat kali ketiga. Alhamdullilah aku adalah salah seorang pemenang untuk #BBWKLHAUL2018 . Dengan itu, aku dapat RM50 cash voucher daripada BBW. Ada rezeki sebab aku tahu mengenai kemenangan ini pada waktu petang sebelum aku bergerak ke Muar di malam hari Ahad. Kalau tahu lambat, tiada rezeki nak pergi ke The Mines lagi. Kalau dah kat Muar, memang tak melayanlah encik suami bawa pergi The Mines. Dahlah kami cuti Isnin dan Selasa. Hihi.
![]() |
#BBWKLHAUL2018 |
Mudah sangat untuk join contest #BBWKLHAUL2018 . Hanya post gambar di Instagram atau Facebook dan letak hashtag berkenaan. Aku menyertai pertandingan ini dengan gambar di atas yang aku pos di akaun Instagram flatlays/bookstagram aku @SIRIUSIQA.
Sebenarnya, gambar di atas diambil untuk blog post. Cuma dah alang-alang, aku pos juga di Instagram. Alhamdullilah, terpilih di antara 20 peserta yang lain. Mujur tak menang hadiah utama, haha, sebab aku tak baca Harry Potter. Rugilah kan. Hihi. Banyak gambar peserta di Instagram yang menarik dan kreatif dan yang menang koleksi Harry Potter pastinya gambar yang paling kreatif 👍 Aku hanya tahu ambil gambar flatlays je. Itu pun tak seberapa tapi tidak mengapa. Masuk saja pertandingan untuk memeriahkan lagi pertandingan tersebut.
Aku ingin berterima kasih pada Shemah yang tagged aku di insta-story beliau dan secara tak langsung beritahu aku mengenai kemenangan ini. Shemah pun terpilih sebagai pemenang untuk Book Haul Contest bertarikh 15 Dec dan Shemah juga menang hadiah utama, koleksi Harry Potter pada 16 Dec. Gambar Shemah memang kreatif 👍 Dan Shemah lah juga yang beritahu mengenai contest ini 😊
![]() |
RM50 Voucher Winners: no 5: @siriusiqa (IG) |
Terima kasih #BBWKL2018 dan terima kasih juga buat encik suami yang bawa aku ke The Mines sebelum kami pulang ke Muar pada hari Ahad lepas. Jam 12 malam tiba di The Mines dan jam 1.30 pagi, barulah keluar dari sana. Kalau pilih buku, pastinya lama. Hihi. Masa satu jam setengah sekali dengan beli supper di Cafe Wolf.
Forth Haul
Lima buku yang dibeli dengan menggunakan RM50 cash voucher. Add RM7 duit sendiri sebab terlebih juga harganya. Hihi. Gembira sebab aku jumpa Betrayal dan Proof of Lies yang berada dalam TBR list aku. Hari kedua pergi tak nampak pun buku-buku ini. Pastinya nampak buku berbeza tiap kali ke #BBWKL2018. Susah nak jumpa buku yang sama.
Aku pilih How Women Decide dan The Safest Lies sebab sinopsis dan review menarik manakala Miss You pula aku terpikat pada kulit buku yang cantik dan berwarna-warni. Mujur sinopsis dan review menarik dan aku terus ambil sebagai buku kelima yang menjadi pilihan pada malam itu.
Pilih lima buku ini saja ambil masa sejam. Suami redha tunggu dalam kereta. Call suruh beli sosej je. Bukan suruh cepatkan pembelian. Hihi.
Fifth Haul
Ingatkan dah habis membeli di #BBWKL2018. Rupanya tidak. Haha. Nadiah pergi ke sana pada hari terakhir BBW. Makanya aku pesan beberapa buku padanya dan tambah dengan buku yang Nadiah jumpa dan nampak menarik. Hihi. Daripada hanya dua buku yang dipesan dan tak jumpa pun sebenarnya, jadi tujuh buku yang dibeli sudahnya. Haha. Gila jauh berbeza bilangan 😄
Semua buku ini tidak ada dalam list TBR aku. Beli selepas baca sinopsis dan review yang memberangsangkan di Goodreads.
Jadi…
My complete haul for #BBWKL2018 bukanlah 29 buku seperti yang aku nyatakan dalam entri sebelum ini. Total buku yang dibeli adalah sebanyak 41 buku!! 🙈 Sesungguhnya sekali lagi aku cakap yang rak buku aku serius memang dah penuh. Terpaksa alihkan barang di bahagian rak lain untuk susun buku-buku ini. Hii.
Gembira dengan semua buku yang dibeli di #BBWKL2018. Maka dengan ini, selamat tinggal #BBWKL2018 dan kita jumpa lagi pada tahun 2019. Harap aku dapat habiskan baca sekurang-kurangnya 3/4 daripada jumlah buku yang dibeli tahun ini. Dan harap tahun depan, boleh tambah satu rak buku agar aku boleh beli buku lagi. Haha.
Big Bad Wolf 2018 Book Sale | Haul – Part 1
Write later,
Have a good day.