Meh sini aku nak buat review buku lagi. Hihi. Sekarang aku cuba nak siapkan semua review buku yang masih dalam senarai. Ada banyak sebenarnya tapi aku hanya akan buat review buku yang menjadi pilihan saja.
Disebabkan entri sebelum ni dah panjang sangatttt, entri kali ni aku cuba singkatkan 😀
Ohh ya. Novel ini adalah terbitan Prolog Media.
SYNOPSIS
![]() |
Baca kulit buku belakang untuk sinopsis. Sinopsis yang akan membuatkan korang terus rasa nak baca buku ni 😀 |
MY THOUGHTS
Daebak!! Haa itulah kesimpulan untuk review buku ini 😆
Bagi Ed, melukis adalah jiwanya. Hidup Ed tiba-tiba menjadi huru-hara apabila lukisannya “hidup” dan membuatkan orang lain takut padanya. Takut untuk berada dalam lukisan Ed kerana takut bakal menjadi mangsa.
Lukisan Ed mengerikan. Imaginasi Ed yang diterjemahkan dalam lukisan seperti penyiasat persendirian. Macam pembunuh bersiri pun ada.
Bagi Kara, hidupnya sempurna dan bahagia bersama ayahnya, kekasih hatinya Alzam dan dua sahabat baiknya, Zea dan Lisa. Sayangnya, kehidupan Kara tiba-tiba berubah dan ketika inilah Kara mula mengenali sikap manusia yang sebenar.
Kisah hidup Ed dan Kara bertemu kerana satu tragedi. Tragedi yang menjadi misteri. Dan misteri itu bakal membongkar semua yang tersirat.
Sebagai pembaca, aku suka akan penulis yang bijak mengatur setiap babak dalam novel ini. Setiap babak berkaitan dan bersambung antara satu sama lain. Pendek kata, aku tak pening baca. Hii.
Flow cerita juga membuatkan aku membaca buku ini berterusan sebab aku tidak suka berada dalam keadaan tinggal tanda tanya. Cepatkan pembacaan kerana aku nak sangat tahu kisah sebenar yang melibatkan Ed, Kara, dan orang sekeliling mereka.
Novel ini mempunyai lima bahagian. Di muka surat pertama setiap bahagian, ada ditulis quote mengenai cinta beserta soalan yang akan membuatkan korang bertanya pada diri sendiri dan mahukan jawapannya.
Aku ada berkongsi mengenai quotes dalam novel ini di #instastory aku. Tak tahu korang perasan atau tidak?
Bahagian Ⅰ – “If love is a mystery, would you risk your heart trying to solve it?”
Bahagian Ⅱ – “If love is a memory, would you go back in time just to feel it again?”
Bahagian Ⅲ – “If love is a waterfall, would you climb it and make it to the top?”
Bahagian Ⅳ – “If love is a weapon, would you use it to fight the battles and win the war?”
Bahagian Ⅴ – “If love is the answer, would you seek the questions and complete the puzzled?”
Dear followers/readers,
If you have a lot of time, would you like to answer above questions?
A simple answer – YES | NO
RATING AND RECOMMENDATION
Rating: ★★★★★
Pertama kali aku baca hasil karya Ayumi dan kesimpulannya aku akan baca karya beliau yang lain juga. Dah jatuh cinta dengan penulisan Ayumi nampaknya. Senang sungguh aku jatuh cinta dengan penulisan seseorang. Hihi.
Novel yang mempunyai jalan cerita yang berlainan daripada novel lain dan menjadi sebab utama untuk aku rekomen novel ini.
Yes. Unpredictable storyline and I’m satisfied with the ending 😉
People see what they want to see. Even if I do show it to them, those who don’t want to see just won’t
Semua orang punya rahsia. Sama ada rahsia yang kecil atau rahsia yang mampu mengubah seluruh hidup, ia tetap rahsia. Pernah ke kita terfikir, sejauh mana kita kenal seseorang dalam hidup kita? Dan apabila satu rahsia terbongkar, mampukah kita untuk terus pandang seseorang itu dengan cara yang sama?
Happy reading ^_^
Write later,