Novel yang aku beli kerana kulit muka depan yang menarik. Sekarang banyak kulit muka depan buku yang menarik. Janganlah aku mudah terpedaya dengan membeli semuanya. Hahaha.Β
Aku mempercepatkan penulisan review untuk buku ini kerana ada rakan blogger yang bertanya. Disebabkan aku sayang korang, jadi aku cepat-cepat siapkan review buku SHE yang sekian lama dalam draft π
Title: SHE : Antara Realiti Dan Fantasi
Author: Mesbo & Aishun Rafiq
Pages: 316
Publisher: SO Publishing
Publication Date: November 2015
SYNOPSIS
Shida atau lebih dikenali sebagai SHE. Dia adalah anak tunggal keluarga berada dan tinggal di bandar. SHE kemudian berpindah ke kampung di Perak apabila ayahnya dinaikkan pangkat. Dia tidak suka akan kampung kerana baginya suasana kampung itu pastinya mundur, jalan raya penuh lumpur, sekolah kecil, tiada internet, dan kemudahan serba serbi yang tidak lengkap.
Di tempat baru, SHE berkawan dengan Lyna dan Zay dan terus menjadi rakan akrabnya. Kisah bermula apabila SHE diganggu oleh makhluk halus dan dirasuk sehingga membawa SHE ke dunia bunian. Dunia bunian yang ada baik dan jahat. Siap ada peperangan dalam dunia bunian. SHE berkenalan dengan Putera Bageran. Putera yang keji dan zalim serta sangat mementingkan kekuasaan.
SHE mempunyai hubungan tidak langsung dengan Putera Bageran. Ini berlaku kerana ayah dan ibunya telah mengambil tangkal daripada bomoh yang merupakan mangsa hasutan Putera Bageran.
Tangkal itu bukan untuk dipakai. Ia disimpan di dalam sebuah kotak berwarna kuning. Tangkal itu adalah sebagai jaminan keselamatan terhadap SHE. Selain itu, ia juga untuk melariskan jualan dan menarik kekayaan.
REVIEW
Bunian memang wujud. Mereka di kalangan jin dan membuat jelmaan seperti manusia. Kalau sesiapa yang nampak bunian, itu anugerah daripada Allah. SHE adalah salah seorang yang memperoleh anugerah itu.
Sebuah buku yang menarik sebenarnya dengan kisah penceritaan yang berkisar mengenai hubungan antara dunia manusia dan dunia bunian.
Aku adalah pengemar novel Melayu dan telah baca banyak novel Melayu. Oleh itu, aku dapat rasakan tentang kekurangan novel ini dari semua sudut terutama sudut bahasa dan penulisan.
Gaya pengolahan idea, cara penulisan dan penyusunan plot tidak begitu menarik bagi aku. Mungkin kerana penulis baru saja menceburi bidang penulisan dan masih perlu banyak belajar. Ada ketikanya aku bagaikan “hilang” dalam pembacaan novel ini.
Aku tahu diri aku tidak layak untuk memperkatakan mengenai gaya penulisan orang lain memandangkan diri aku juga tidak begitu pandai bermain dengan kata-kata. Tapi masih mahu menulis blog ^_^
Aku juga sedar bahawa menulis itu bukan mudah. Nak siapkan satu entri blog pun cukup payah bagi aku, apatah lagi untuk menulis novel.
Namun begitu, aku sebagai pembaca perlu memberi review jujur terhadap novel yang aku baca. Jadi, aku mengharapkan agar penulis SHE boleh mengambil kata-kata aku ini sebagai komen positif dan kembali dengan novel yang lebih menarik dengan idea, bahasa, dan penyusunan plot yang lebih kemas =)
Beberapa kata-kata inspirasi dan indah dalam novel ini adalah:
Hidayah adalah petunjuk dari Allah. Petunjuk untuk kita berubah daripada perkara tidak baik kepada perkara yang baik.
Aku suka akan istilah kompas dan buku panduan dalam novel ini. Umpamanya, kita diarahkan untuk masuk ke hutan dan dibekalkan kompas dan buku panduan. Tapi kita hanya menggunakan kompas dan melupakan buku panduan. Kebarangkalian untuk kita sesat adalah tinggi.
Kompas diibaratkan sebagai hati kita manakala buku panduan adalah hidayah dan Al Quran. Ianya berkaitan antara satu sama lain. Kita tidak boleh hanya menggunakan hati semata-mata. Segalanya perlu dirujuk agar tidak menyimpang daripada agama.
Diam pada lelaki merupakan racun yang paling berbisa buat wanita. Hati wanita cukup halus. Sebab itu setiap perbuatan perlu ada penjelasan walaupun menyakitkan. Itu lebih baik buat wanita. (sangat setuju).
Hidup adalah untuk berjuang. Kalau hidup hanya untuk menikmati apa yang ada, tiada gunanya.
Puisi daripada Fynn Jamal yang menarik perhatian aku dalam novel ini.
Kalaulah
Kalaulah ada perkataan yang lebih cantik dari indah
Mau aku pinjam dan tampalkan di wajah
Β
Kalaulah
Dapat aku kisahkan dari hati yang bahagia
Rasa penuh, rasa sempurna dengan adanya mereka
Β
KalaulahΒ
Bisa difaham bahasa mata yang sedang berbual
Akan aku sekadar senyum, melambai selamat tinggal
Ini adalah review peribadi aku mengenai novel SHE : Antara Realiti dan Fantasi. Kemungkinan korang mempunyai pendapat yang berbeza. Boleh cuba baca novel ini dan aku bersedia membaca review dan pendapat korang pula ^_^