Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini, aku bersama kawan-kawan pergi bercuti ke Pulau Redang selama 3 hari 2 malam dari 29 April – 1 May 2017. Hanya pada masa cuti buruh saja kami dapat bercuti sekali dan sesungguhnya mesti seronok menanti hari nak pergi bercuti.
Dan ini juga adalah percutian pertama aku dalam tahun ini. Pasti seronok berganda kan? =D
Dalam entri ini, aku akan berkongsi mengenai pakej, jadual, penginapan dan perbelanjaan kami untuk percutian ini. Rasanya empat info ini adalah yang paling penting setiap kali untuk cadangan percutian. Betul tak? ^_^
PACKAGE & ITINERARY
Hanis telah bertanya mengenai pakej dan penginapan di Pulau Redang pada beberapa resort dan akhirnya kami sepakat memilih untuk mengambil pakej penginapan di Redang Mutiara Beach Resort.
![]() |
Details of Package |
Kami mengambil Package 3D2N seperti di atas dan kami memilih untuk berkongsi satu bilik semuanya.
Makanya, pakej yang kami ambil di Redang Mutiara Beach Resort berharga RM350/pax.
Korang boleh visit laman web rasmi Redang Mutiara Beach Resort for further details ya.
![]() |
Full Itinerary |
ACCOMMODATION
Kami bergerak pada jam 1 pagi 29 April 2017 dan tiba di Jeti Merang pada jam 8.30 pagi. Awal dan mengikut pada jadual yang diberi, bot yang membawa kami ke Pulau Redang adalah pada jam 9.30 pagi.
Tapi memandangkan ramai orang, jadi, pihak pengurusan memberitahu yang kami akan terus dibawa ke Pulau Redang bersama dengan mereka yang telah sampai dahulu. Yes!! Sampai awal ke Pulau Redang, lagi seronok kan!!
Tidak lama menunggu, kami dibawa ke Pulau Redang dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 50 minit. Lama! Bertabahlah ye kepada mereka yang mabuk laut.
Seawal jam 10 pagi, kami sudah tiba di jeti Redang Mutiara Beach Resort. Setiap resort di Pulau Redang mempunyai satu jeti yang terus menghubungkan laut dengan resort. Tidak perlu berjalan jauh untuk mencari resort. Ini yang aku bagi lebih point pada Pulau Redang. Hihi.
Apabila sampai saja di Jeti Redang Mutiara Beach Resort, mata dah meliar melihat sekeliling. Cantik sangat!!! Serius cantik! Air laut sangat jernih. Dari dalam bot lagi dah tak sabar rasanya nak mandi manda di laut. Hihi.
Jeti Redang Mutiara Beach Resort
![]() |
Jeti |
![]() |
Resort warna oren adalah Redang Mutiara Beach Resort. Senang tepi jeti je 🙂 |
![]() |
Subhanallah. Cantik sangat <3 |
![]() |
Ahhhh! CANTIK!! Air laut jernih!! <3 |
![]() |
Lihat jambatan itu? Jambatan untuk pergi ke Wisana Village Resort. |
Cantik! 😍 Pemandangan dari jeti pun sudah cukup untuk membuatkan aku terkesima. Indah sangat! Sambil kaki melangkah ke resort, sambil itu jugalah tangan tidak putus merakam gambar dan video keindahan laut dan pantai. Sambil mulut asyik berkata, “cantiknyaaaaaaaaa”.
![]() |
Pemandangan dari depan bilik.. Bilik kami yang warna coklat di belakang. |
![]() |
Bilik kami, D1. |
![]() |
Dalam bilik. Maafkan pada katil aku yang paling berselerak itu 😀 |
![]() |
View dari bilik menuju ke arah laut dan pantai |
![]() |
Indah sangat <3 Boleh seharian duduk di tepi pantai 🙂 |
Aku berpuas hati dengan bilik kami. Okaylah. Berpatutan dengan harga. Tidak terlalu kecil, muat untuk letak semua beg dan solat. Cuma bilik air terlalu kecil dan tidak ada shower. Boleh je mandi menggunakan paip yang ada, saja je nak jugak shower. Hihi.
Di sini, tidak ada kedai makan ye. Hanya ada kafe resort saja. Kafe resort hanya menyediakan makanan untuk sarapan, lunch, dan dinner. Selain itu, ada disediakan roti, pembakar roti, nescafe, teh, susu, dan air panas. Jadi, kalau lapar, bolehlah buat sendiri.
Punah harapan nak minum teh tarik di tepi pantai. Teringat teh tarik di Pulau Perhentian yang sedap 😀
Dinasihatkan agar bawa bekalan makanan ke sini. Nanti korang lapar. Serius. Tambah lagi selepas mandi / snorkeling. Confirm lapar punya!
![]() |
Bekalan makanan kami berlima. Banyak kan? Haha. Ada tiga bekas Samyang di sebalik Mamee itu ye 😀 |
BUDGET
Sekarang dah sampai ke point terakhir dalam entri ini. Berkongsi mengenai full budget kami pula. Kami pergi berlima maka semuanya berkongsi. Dan mungkin perbelanjaan kami agak murah sebab ramai orang. Lagi ramai orang dalam satu kumpulan, lagi murah harganya.
Jumlah perbelanjaan / pax ke Pulau Redang:
Pakej dan penginapan = RM350
Tiket Marine park = RM5
Life Jacket & Mask = RM20
Add on minyak, tol, dan makanan = RM100
Jumlah = RM475 / pax
Done sharing mengenai pakej, jadual, penginapan, dan jumlah perbelanjaan kami ^_^
Harap entri ini sedikit sebanyak memberi info kepada kawan-kawan yang bercadang untuk bercuti ke Pulau Redang. Jika ada kekurangan, maaf ye.
Jika ada yang hendak bertanya dengan lebih lanjut, boleh drop komen atau email okay =)
Entri seterusnya, aku akan ceritakan mengenai aktiviti kami di sana pula. Snorkeling, mandi manda, dan sesi mengambil gambar 😊
Stay tuned. Hihi.
Note: all pictures are from us all. Sharing via AirDrop 🙂