
Korang ada baca entri aku sebelum ni? A short story mengenai #gengmakankeperhentian 🙂 Kalau belum lagi, boleh baca di sini.
Dalam entri kali ni, aku nak kongsi video pulak. Video percutian kami #gengmakan ke Pulau Perhentian. Video selama 23 saat saja 🙂
Video dibuat oleh encik suami. Rangka video aku buat pada mulanya. Hanya masukkan video, gambar dan lagu. Tapi bila tengok balik, macam tak menarik je. Tunjuk kat encik suami, dia hanya senyum sambil berkata, ‘takpe, nanti kejap lagi abang tolong edit‘. Haha! Terbukti nyata aku tak pandai buat video. Hihi.
Terus terang, aku tiada bakat dalam buat video. Kalau buat video biasa, masukkan video yang dirakam dan gambar bolehlah. Hii. Takpelah, tumpang video encik suami buat jela. Lagipun, aku malas sebenarnya nak habiskan masa untuk siapkan video. Hihi.
Jom korang, layan video di bawah. Selamat menonton, semua 🙂
Satu lagi video yang dibuat ala-ala video seram. Hanya gunakan satu trailer dalam iMovie. Boleh tengok video di bawah.
Hanya dua video saja untuk dikongsi dalam entri ni. Kisah percutian #gengmakankeperhentian akan aku kongsi nanti bila dah siap. Masih dalam draft.
Lambat betul rasanya nak siap. Tiada masa sangat sekarang. Setakat entri pendek begini bolehlah. Sibuk kerja dan ada aktiviti lain. Blogwalking pun tak sempat. Nanti Siqah terjah blog kawan semua ye 🙂
Thank you for reading,