Akhirnya aku tiba juga di entri terakhir dalam Pulau Redang Holiday Trip. Aku mesti terus up entri terakhir sebab kalau ditangguhkan aku akan lupa. Seperti aku lupa akan entri terakhir dalam Geng Makan ke Pulau Perhentian tahun lepas.
Baru perasan yang aku tak up entri tersebut minggu lepas, sebelum ke Pulau Redang. Aduhai. Mungkin aku akan up juga entri terakhir untuk Pulau Perhentian walaupun kejadian itu berlaku pada tahun lepas. Tak kisahlah kan. Asalkan berkongsi juga cerita di blog buat kenangan abadi =)
GOODBYE PULAU REDANGΒ
Hari terakhir kami di Pulau Redang. Sedih sebab terpaksa tinggalkan pulau cantik ini. Rasa tak nak balik rumah tapi haha, jangan cari pasal. Kau tinggalkan suami kau kat rumah, Siqah oii. Ingat suami okay π«
Dengan hati yang berat, mulalah aku berkemas untuk pulang di pagi hari ketiga. Sambil mata melirik-lirik ke arah luar tingkap melihat pantai. Boleh nyanyi satu lagu, “matanya lirik lirik selalu..rupanya manis-manis ayu”. Okay, mengarut. Haha.
![]() |
Morning view on last day here |
![]() |
Sementara tunggu yang lain siap. Sempat selfie. Hihi. Biadap sungguh jerawat itu T_T Kulit gelap T_T |
Kami bergerak ke arah jeti dan Hanis minta tolong seorang staf di sini untuk ambilkan gambar kami sebagai kenangan. Walaupun dia macam malas melayan, tapi dia ambilkan juga gambar kami. Dari 10 gambar, mujur ada satu yang cantik haa. Terima kasih ye.
![]() |
Lakar Kenangan Indah di sini. TQ Redang ^_^ |
Hihi. Kami memang plan untuk pakai baju putih semasa pulang. Hanya Nadia pakai baju pink sebab dia tak selesa nak pakai baju putih yang dia bawak. Kalau tak selesa, tak boleh nak buat apa lah kan. Layan ~
![]() |
Menuju ke arah jeti. Really goodbye Redang T_T |
Selain baju putih, aku, Nadia, dan Tasha bercadang untuk pakai our new KL City Duckscarves. Aku dan Tasha pakai KL City Duckscarves in Cream color dan Nadia pakai KL City Duckscarves in Rose Pink color. Kami berdua nak juga KL City in Rose Pink tapi kalah battle π Nak order kat PS tapi mahalnya!
Kami plan nak ambil gambar bersama tapi entah kenapa tiada gambar kami bertiga. Bila balik duk tengok phone baru perasan tiada gambar kami bertiga. Plan sebenarnya nak ambil gambar di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu tapi tak ambil juga.
Jadi, gambar kami bersama KL City Duckscarves jadi berasingan. Gigih tau nak juga bawa KL City dUCk ke Pulau Redang. Aku siap letak dUCk dalam plastic tudung lagi. Konon nak menjaga dengan baik. Hihi.
![]() |
Tasha with her first dUCk <3 |
![]() |
That KLCC <3 |
![]() |
Love the color <3 |
Menunggu bot hampir 30 minit dan lebih kurang jam 12 pm, kami tiba di Jeti Merang. Sedih!! Nak balik dah!! GOODBYE REDANG! Sehingga kita berjumpa lagi (nak stay di resort lain pula =D).
FOOD HUNTING IN TERENGGANU
Dalam perjalanan pulang, kalau boleh kami nak singgah di setiap kedai makan di tepi jalan. Haha. Kami ada singgah di kedai menjual akok, kuih bakar, dan bahulu.
Kemudian, singgah pula di kedai jual satar. Kat kedai menjual satar, bukan setakat beli satar, beli teh ais sekali. Hii. Teringin sebab tak dapat teh ais di Pulau Redang =D Aku hanya minum teh ais saja sebab aku tak suka satar.
Tiada gambar untuk dikongsi di sini π
Celup TepungΒ
Kami bergerak lagi mencari makanan tengahari. Wei lapar! Hanis dan Syira bawa kami ke Warung Pok Nong, warung popular di Terengganu untuk makanan celup tepung tapi sayangnya Warung Pok Nong dibuka pada jam 3 petang.
Jadi, kami makan di kedai yang terletak di seberang jalan Warung Pok Nong.
![]() |
Warung Adik Beradik Celup Tepung Pantai Kolam |
![]() |
Celup tepung Ikan, Udang, Sotong, Sosej. |
Kegemaran aku semestinya SOTONG!! Hihi. Okaylah makanannya. Celup tepung je. Hanis kata rasanya lebih kurang je dengan Warung Pok Nong. Layankan jela. Haa dorang cakap, sosej tak sedap. Aku terus tak makan. Hihi.
Keropok Lekor B.T.B 2209
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan untuk mencari keropok lekor pula. Makanan wajib dimakan dan dibawa pulang jika ke Terengganu. Tak pergi Terengganu lah kalau tak bawa pulang keropok lekor beb π
Kami bukan sebarang singgah kedai mana-mana untuk beli kerepok lekor. Kena pergi kedai terbaik punya! Dan pilihan kami adalah based on Hanis’s recommendation iaitu Kerepok Lekor Bukit Tok Beng 2209 di Kuala Terengganu.
Kedai ni terbaik beb! Sebab apa? Siap kena ambil nombor giliran kalau nak bungkus keropok lekor. Nombor giliran wei! Masa kami sampai, tak silap aku, nombor giliran Hanis 1185 dan masa tu nombor sekarang adalah 1145. Lebih kurang camtu lah range nombornya.
Keropok lekor di sini special sebab mereka rebus guna kayu api. Agaknya itulah rahsia mereka ditambah pula dengan ramuan keropok lekor.
Gila lama tunggu. Usah bosan. Di sini juga turut disediakan sebuah kafe yang menjual keropok goreng tanpa rebus. Kedai sebelah je. Jadi sementara menunggu nombor giliran, bolehlah lepak makan kepok dulu.
![]() |
Keropok Goreng Tanpa Rebus. Perisa: Black Pepper, Cheese, dan Biasa. Aku suka cheese π |
Maaf ye. Tiada gambar kedai. Kerana semasa berada di sini, aku sedang mengarang entriΒ Panggilan Pulau Redang 2017. π Punyalah lama tunggu nombor giliran dipanggil, sampai siap jugaklah entri aku tu. Hihi.
Professor Cendol
Ini adalah kedai makan yang tiba-tiba je kami singgah. Haha. Tertarik dengan signboard besar kedai berwarna merah dengan slogan Makan Sampai Kenyang. Nampak RM2 pun menarik perhatian jugak dan satu lagi banyak kereta depan kedai makan ni.
Kami percaya kalau banyak kereta means ramai orang dan kedai tu mesti sedap. Hihi.
Jadi, Hanis terus melencong ke kiri dan parking.
![]() |
Menarik kan signboard kedai ni? Seperti memanggil-manggil untuk singgah |
![]() |
Antara menu yang ada |
Kedai makan ini menggunakan konsep layan diri. Kita beratur dan bayar dulu kemudian beratur pula untuk ambil makanan. Makanan semuanya murah di sini.
Apa yang menarik di Professor Cendol ini adalah setiap kali kita menambah minuman atau cendol, kita tidak akan dikenakan bayaran. Percuma saja. Bertepatan dengan slogan kedai, “Makan Sampai Kenyang”. Menarik kan?
![]() |
Pilihan makanan kami. Cendol pulut, cendol biasa, laksa dan rojak. |
Bagi aku, rasa makanan kedai ni biasa je. Tidaklah wow! Malah, aku order cendol pulut tapi aku tak nampak pulut pun. Takpelah. Okaylah sebab murah juga. Layan ~
BUAIAN ALA LOMBOK DI PANTAI BATU BURUK, KUALA TERENGGANU
Ini adalah tempat persinggahan kami sebelum ke Professor Cendol. Dah ramai orang ke sini. Viral dah pun tempat ni. Tengok gambar di Instagram dan bolehlah singgah sekali dah alang-alang ke Terengganu. Nak pergi Terengganu lagi entah bila.
Sampai je sini, kami terus mencari tandas awam. Dan di sinilah yang aku bebel pasal tandas awam nanye. Merujuk kepada entri aku mengenai review buku Mat Cleaner UK. Dahlah tandas berbayar, tapi tak bersih. Hmm.
Okay. Lupakan tandas. Kaki terus melangkah ke arah pantai. Ohh pantai lagi π
![]() |
Antara aktiviti di sini adalah main layang-layang dan naik kereta kuda. Tak ambil gambar kereta kuda comel ala Cinderella itu. |
![]() |
Inilah buaian ala lombok yang viral tu π |
Ramai orang. Dah kata tempat ni viral, confirm ramai orang. Kami sampai sana lebih kurang jam 4.20 pm. Rasanya belah petang, ramai orang kat sini. Kalau pergi masa matahari tegak atas kepala, mungkin tak ramai orang. Kalau aku, pilih yang matahari tegak atas kepala. Hihi.
Apabila orang ramai, ambil giliran lah ye nak bergambar di buaian ala lombok ni. Jangan potong barisan pula. Ambil gambar pun kena beratur tau. Mujur takde angka giliran je. Haha.
![]() |
Ambil giliran ambil gambar berdua |
![]() |
Minta tolong seseorang ambilkan gambar kami berlima di sini. Ini adalah gambar terbaik yang ada. Walaupun tak ready lagi. Bolehlah dari tiada =) |
Dah habis tempat persinggahan, kami meneruskan perjalanan pulang ke Subang. Kami lalu jalan Lebuh Raya Pantai Timur.
Agak-agak jam pukul 8 malam, aku dah start lapar. Dah start pedih perut sebab aku tak makan nasi langsung seharian. Aku ni orangnya jenis yang kena makan nasi sekurang-kurangnya sekali sehari. Kalau tidak, memang perut aku buat hal. Huhu.
Kami baru sampai di area Cherating pada masa itu dan Hanis kata di R&R Temerloh nanti baru ada kedai makan. Makanya, kami terus melencong mengikut susur keluar ke Cherating. Boleh pengsan aku kalau nak tunggu sampai di Temerloh. Jauh lagi oii!
Ingatkan bila ikut susur keluar Cherating, teruslah sampai Cherating. Tapi rupanya tidak. Katanya Cherating lagi 750 meter tapi rasanya dah beribu meter kami bergerak tapi masih tak jumpa signboard Cherating.
Kami singgah je di kedai makan tepi jalan. Kedai makan kami singgah tu siap ada karaoke okay. Bayar tau, satu lagu RM1 atau RM2. Tak ingat pula.
![]() |
Makan besar =D Makan sambil ditemani nyanyian karaoke yang “merdu”. Menghiburkan hati kami, sungguh =D |
Alhamdullilah. Kenyang. Terima kasih korang sebab singgah makan dulu π Selepas makan, baru aku rasa bertenaga semula dan boleh meneruskan perjalanan duduk dalam kereta dengan selesa. Hihi.
Lebih kurang jam 1 pagi, kami tiba di Subang dan encik suami datang ambil aku. Alhamdullilah selamat sampai π
Berakhirlah kisah percutian kami Geng Makan di Pulau Redang selama 3 hari 2 malam. Pengalaman yang dibawa balik sangat indah. Bercuti bersama geng satu kepala dan pergi pula bercuti di tempat yang sangat cantik menjadikan percutian kami sangat bermakna dan seronok sekali π
Kalau ada pemandangan sunrise dan sunset, it would be marvelous. Hihi. Sebab aku suka tengok golden hour di tepi pantai =D
Terima kasih Geng Makan untuk percutian ini. Insyallah. Ada masa kita bercuti bersama lagi lima orang ye ππ
Terima kasih juga readers sebab stay here sehingga entri terakhir ini πLengkap Pulau Redang Holiday Trip entries! Yeayy!
Link kepada entri Pulau Redang:Β
Pulau Redang Holiday Trip : Part 1 – Package, Itinerary, Accommodation and Budget
Pulau Redang Holiday Trip : Part 2 – Snorkelling Points in Pulau Redang
Pulau Redang Holiday Trip : Part 3 – Leisure Hour – Relaxing and Photography Session
Thank you for reading ^_^