Assalamualaikum dan hello semua π
Baru sebentar tadi habis menonton filem #AADC2 Semua mesti tahu mengenai kewujudan filem Ada Apa Dengan Cinta pada tahun 2002 yang cukup popular dan merupakan filem Indonesia yang menjadi bualan orang ramai. #AADC2 adalah kesinambungan daripada filem AADC selepas 14 tahun.

Paling suka bab menari dalam AADC dulu. Comel sangat. Suka sampai menghafal step tarian π

Review aku mengenai filem ini
Persahabatan
Aku sangat kagum dengan persahabatan lima sahabat iaitu Cinta, Karmen, Alya, Maura, dan Milly. Selepas 14 tahun, mereka masih bersama. Seronok sangat tengok mereka bercuti bersama. Walaupun ada perselisihan pendapat, masih tetap faham dan support each other.
Percintaan
Kisah Cinta dan Rangga bertemu kembali selepas 14 tahun. Ada juga bibit-bibit cinta berputik kembali. Sweet juga lah cuma aku tak berapa gemar sebab Cinta sudah bertunang. Makanya, dah jadi bab curang lah kan? Aku cukup pantang kalau bab main kayu tiga, empat, lima.
OST
Lagu dalam AADC yang dulu jauh lebih best daripada AADC2. Mungkin kerana AADC1, mereka masih muda remaja, lagu comel je. Selepas 14 tahun, genre muzik haruslah sudah berubah. Aku lebih teruja dengar lagu Bimbang dan Suara Hati Seorang Kekasih daripada AADC dulu yang diberi nafas baru dalam filem AADC2.
Keseluruhan Jalan Cerita
Bagi aku, biasa je. Tiada apa yang menarik sangat. Banyak kisah pertemuan semula Cinta dan Rangga selama 1 hari bersama. Walaupun tempat mereka pergi cantik terutama masa tengok sunrise, bagi aku masih biasa. Scenery lawa, cuma bagi aku tak cukup scene yang ada. Aku tak tahu apa yang aku nak, cuma yang pasti aku tak puas bila menonton filem ni. I want more!

View sunrise dari Punthuk Setumbu Bukit yang dijadikan lokasi pengambaran kisah Rangga dan Cinta. Lawa! Rasa nak beli tiket ke Jogyakarta sekarang! Hihi. *image google*
Point di atas hanyalah pandangan aku saja. Mungkin korang ada pandangan yang berbeza. Boleh kongsi di sini π
Sesiapa yang belum menonton, bolehlah pergi menonton. Lepaskan rindu pada filem yang digemari masa zaman muda remaja dulu. Hihi. Yang paling kuat mendorong aku tengok filem ni adalah pelakon AADC. Teruja nak tahu kisah mereka selepas 14 tahun.
Apapun,
Aku bagi lima bintang untuk tahap kecomelan Milly!!!
(-βΏβ¦) Dan, Dian cantiknyaaaaaa…
Thank you for reading,
Love,
SiQaH