Cetakan pada roadtax kereta aku kabur. Langsung tak nampak tarikh. Sebelum aku ditahan oleh polis atau JPJ, baik aku selesaikan masalah ini. Hehe. *setelahdisuruholehenciksuamiberkalikali*
Ada dua sebab untuk kita print kembali roadtax / cukai jalan iaitu sama ada roadtax kita hilang atau rosak (cetakan pudar, kabur).Β
Cara Untuk Print Kembali Roadtax / Cukai Jalan
1. Pergi ke cawangan JPJ berdekatan.
2. Bawa bersama roadtax yang rosak (jika ada) dan satu salinan kad pengenalan.
3. Ambil borang K7 daripada pegawai JPJ yang bertugas.
4. Isi borang dan ambil nombor giliran.
5. Tunggu sehingga nombor giliran dipanggil. Jangan potong barisan.
6. Bayaran denda: RM50 untuk kereta dan RM20 untuk motosikal.
Nota Penting:Β
Sila bawa bersama roadtax yang rosak supaya tidak dikenakan bayaran denda.
Senang je caranya. Nak re-print roadtax pun boleh ambil masa berjam. Biasalah kalau berurusan dengan JPJ. Orang ramai je. Tak tahu bila JPJ tak ramai orang.
Apa pun, yang penting, apabila roadtax siap, sila tampal terus di kereta. Jangan letak merata-rata nanti hilang pula ^_^
Fakta Menarik:
Roadtax aku tamat seminggu sebelum hari raya Aidilfitri. Berganda nampaknya keperluan duit untuk hari raya tahun ni ππ
Apa pun, Have a nice weekend, all ~ π