Aku malu dan segan untuk buat entri ini. Rasa nak menyorok dalam almari. Niat di hati tak nak cerita tapi ini adalah blog peribadi dan ianya adalah satu perkara yang terjadi dan patut aku akui dan ingati. Walaupun kalau boleh nak lupakan π
Here we go!
Satu entri yang memalukan diri sendiri.
Seperti yang semua sedia maklum, jika korang adalah followers aku atau pernah baca mengenainya, aku ada join satu larian yang diberi nama Orchid Run and Ride 2016 pada 25 September 2016.
My T-shirt and Bid

Aku sangat excited masa daftar larian ini 2 bulan lepas. Sebab sangat teruja untuk lari selepas larian pertama aku dalam Standard Chartered KL Marathon 2016 pada bulan Ogos yang lalu.
Tapi sayangnya, keterujaan hanya semasa mendaftar. Huhu. Pada hari kejadian, aku tak habiskan larian.
Aku hanya lari 7KM instead of 12KM. Demotivated! Mungkin kerana aku sorang je berlari masa tu.
Sebab apa aku sorang? Aku lambat semasa flag off. Sepatutnya larian 12KM patut flag off pada jam 7 pagi. Tapi aku flag off pada jam 7.40 pagi.
Lambat. Sangat lambat. Disebabkan itu juga, aku sorang yang berlari. Kami berempat (aku, Syira, Nadiah, dan Nana) flag off sama tapi berlari ikut kemampuan masing-masing.
Obviously, aku paling lambat.
Dah lari 2KM, salah seorang crew kata “kalau tak larat boleh melencong di sini. Jadi awak tinggal 5KM saja untuk lari”.
Sedang aku berfikir, datang pula seorang polis. Dia agak menakutkan dan membuatkan motivasi aku down jugak. Katanya,“kami buka jalan jam 9.30 pagi, kalau awak tak boleh habiskan larian sebelum masa yang ditetapkan, kami masih buka jalan untuk umum. Hari ni Ahad tau dik”.
Aku terus terdiam. Masa tu, jam menunjukkan angka 8.30 pagi dan aku sedar kemampuan diri. Aku tak akan mungkin habiskan larian yang berbaki lagi 10KM sebelum 9.30 pagi.
Dan disebabkan itu, aku terus melencong dan ikut jalan yang hanya tinggal 5KM.
Dan aku menghabiskan larian pada jam 9.30 pagi.

Aku masih dapat finisher medal 12KM bersama bunga orkid. Tidak teruja dan gembira mendapat medal dan bunga orkid yang cantik.
Rasa down. Serius down! Sambil salahkan diri sendiri kenapa aku melencong? Sambil salahkan diri sendiri kenapa aku lambat flag off? Dan itu menyebabkan aku tidak bersama dengan mereka yang lari 12KM. Tidaklah lari sorang-sorang dan feel demotivated.
Kesimpulannya, lepas ni, aku berjanji dengan diri sendiri, bahawa aku akan sentiasa awal dan flag off mengikut masa yang ditetapkan.
Perkara berlalu biarkan berlalu. Jadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk masa akan datang.
Dah habis cerita mengenai kegagalan aku, jom layan gambar pulak.
Walaupun aku tak habis lari, gambar masih ambik beb! Hihi.

Kami adalah gadis yang sentiasa buat hal masa flag off. Haha. Tahniah korang sebab berjaya habiskan larian 12KM. Good job!
Disebabkan aku skip, makanya aku orang pertama sampai ke finish line. Orang kedua sampai adalah Syira. Dan sedang kami menunggu Nadiah dan Nana, tetiba terdengar suara Noh Salleh.
Terus berlari ke arah stage untuk melihat Noh Salleh. Yeayyy! Excited! Lupa terus pasal aku tak habis lari tadi. Hee.

Noh Salleh yang sedang menyanyi dalam hujan. Hihi.

Lepas habis satu lagu, Noh panggil audience untuk datang ke depan. Dan ini gambar aku snap setelah duduk di atas tangga. Dekat dengan Noh π
Suara Noh best sama macam yang didengar di radio. 6 lagu kot dia nyanyi hari tu. Noh pun mesra alam dan kelakar orangnya :p
Dah habis tengok persembahan Noh, kami berempat pergi sarapan di Subway KLCC. Konon lepas lari takkan nak hentam roti canai. Lagipun mana nak dapat roti canai dalam KLCC. Hehe. Lepas makan, pergi tapau apa yang patut, dan terus balik.
Jam 12.30 pm aku sampai rumah.

Barang Petronas yang semua runner 12KM dapat. Aku paling suka payung!
Aku tak sakit kaki kali ni. Sebab lari pun main-main je. Jadi tak payah nak urut kaki. Lega di situ. Sakit ooo urut!
Sekian saja cerita memalukan diri sendiri. Haha. Mungkin aku tak sertai larian lagi untuk tahun ini. Tahun depan, 2017, akan dimulakan kembali aktiviti berlari.
Dan moga tidak berlaku lagi kegagalan menghabiskan larian.
“Don’t Make The Same Mistake Twice”