Ada empat penulis dalam buku ini iaitu Ummu Hani Abu Hassan, Norhayati Abu Bakar, Hanafi Sarif, dan Ahmaf Fouad. Empat penulis bersama empat kisah yang berlainan.
Fakta mengenai Korea yang diperoleh daripada buku ini adalah:
1. Ramai orang Korea yang memeluk Islam. Melalui Persatuan Muslim Korea, mereka menganjurkan kelas agama dan lawatan ke negara Islam termasuk Malaysia.
2. Budaya universiti untuk memanggil pensyarah mereka dengan panggilan profesor walaupun pensyarah itu belum bergelar doktor dan professor penuh.
3. Lain budaya, lain pemikirannya. Lagu puisi Permata Untuk Isteri yang dinyanyikan oleh Kopratasa dianggap ‘puisi kurang ajar’.
4.Korea amat mengkiblatkan Amerika Syarikat dan ianya merangkumi ideologi politik, ekonomi, sistem pendidikan malah cara kehidupan. Salah satu budaya yang kita nampak adalah bersedudukan sebelum kahwin.
5. Prinsip Keluarga Korea berasaskan Falsafah Confucious iaitu Berbakti Kepada Ibu Bapa, Kesetiaan Kepada Raja, Menghormati Orang Tua, Taat Kepada Suami, dan Kepercayaan Kepada Kawan.
6. Terdapat 270 jenis nama keluarga di Korea dan nama paling popular adalah Kim. Nama keluarga yang sama tidak bermakna mereka daripada keturunan yang sama. Namun, mereka tidak dibenarkan berkahwin sekiranya dua orang yang mempunyai nama keluarga Korea yang sama dan dari daerah yang sama kerana dianggap bersaudara walaupun tiada pertalian darah.
7. Secara tradisi, perkahwinan antara sepupu dilarang.
8. Ada dua peringkat umur yang penting dalam masyarakat Korea iaitu pada usia setahun dan 60 tahun. Semasa umur 60 tahun, mereka akan diraikan dalam majlis Hwanghap dan dipercayai telah melengkapkan kehidupannya dan perlu menerima hadiah serta ucapan yang baik daripada ahli keluarga.
9. Kempen dua anak untuk satu keluarga sejak 1970.
10. Undang-Undang Insuran Kesihatan Nasional. Rakyat Korea berhak mendapat perubatan terbaik dan percuma selepas membayar cukai kesihatan yang dipotong setiap bulan.
11. K-Pop bukan sekadar hiburan. Perkataan ‘K’ merujuk kepada Korea adalah salah satu cara promosi mereka ke serata dunia dan dijenamakan untuk pendapatan negara.
12. Subway Korea. Tren pertama mula beroperasi di Seoul pada 1974. 40 tahun selepasnya, tren yang dikenali sebagai Seoul Metropolitan Subway ini mempunyai 18 jalur merentasi lebih 350 stesen seluruh Seoul dan bandar sekitar kira-kira 983 km.
13. Stesen subway terbaik dengan mempunyai bilik khusus untuk ibu dan anak kecil serta WiFi percuma.
14. Larangan utama di Korea:
- Duduk di kerusi khusus dalam kenderaan awam.
- Membiarkan nasi melekat pada penyepit.
- Menulis nama dengan pen merah.
- Menerima sesuatu dengan sebelah tangan.
- Makan tanpa menghiraukan orang yang lebih tua.
- Tidak membawa buah tangan jika dijemput ke rumah orang Korea.
- Tiket. Rajin-rajinlah tengok tiket untuk mendapatkan tiket yang murah dan berbaloi.
- Wang. Perlu dibawa lebih sedikit untuk kecemasan. Kalau boleh tukar siap-siap dengan mata wang Korea dan selebihnya tukar kepada USD dollar. Nilai USD dollar agak tinggi di Korea. Jangan sesekali bawa mata wang Ringgit Malaysia ke Korea. Susah nak jumpa Money Exchange di Korea untuk RM dan kalau ada pun, nilainya rendah.
- Rumah penginapan. Boleh book awal agar dapat guesthouse yang memenuhi budget dan citarasa kita.
![]() |
Nung Maru Guest House – tempat penginapan kami #GengMakan semasa ke Korea tahun lepas. Recommended! |
- Susun perjalanan dengan baik.
- Pakaian yang dibawa perlu bergantung kepada musim. Boleh guna vacuum pack untuk menjimatkan ruang dalam beg. Beli je di Daiso.
- Ubat-ubatan perlu dibawa.
- Peta untuk memudahkan perjalanan.
- Jangan risau pasal WiFI. Boleh sewa Pocket Wifi Egg di airport atau rumah penginapan. Kami hanya sewa Pocket Wifi Egg dari rumah penginapan saja.
![]() |
Geng Makan ke Korea |
![]() |
Musim bunga yang menawan =) |
24. Jangan memuji Jepun di hadapan orang Korea. Mereka masih menganggap Jepun sebagai penjajah. Jepun juga telah membakar dan memusnahkan Istana Gyeongbok dan tamannya dan masih mengingati kezaliman penjajahan Jepun terutama kepada para wanita.
Aku seronok baca kisah pengembaraan orang. Berjalan melihat tanda kebesaran Allah, melihat keindahan bumi Allah. Allah menjadikan manusia dengan pelbagai bangsa. Kalau ada rezeki lebih, semestinya rasa nak melawat dunia luar. Tidak mahu hanya terperangkap di Malaysia saja. Insyallah.
Jika berjalan, tidak salah jika kita mengutip budaya baik dari negara bukan Islam. Dijadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa agar kita boleh mengenali budaya masing-masing.
Impian aku untuk melihat keindahan dan kecantikan alam ciptaan Allah semasa musim luruh. Autumn in my heart =)