Hari nie, aku ambil cuti untuk menghadirkan diri ke Majlis Konvokesyen Kak Long (kakak ipar) di UPM. Kak Long ambil Master of Education, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama.
Dah kata Bahasa Melayu, sememangnya Kak Long bijak Bahasa Melayu. Kalau dia tanya grammar BM pun aku salah. Haha.
Layan gambar terus lah ye. Cerita berdasarkan gambar =)

#siqahootd bersama bunga dan belon yang dibeli untuk Kak Long yang dirai. Semangat beli bunga ros warna merah. Sebab aku suka dan Kak Long pun suka.

Sebenarnya, ini gambar pertama yang diambil. Bila perhati betul-betul, background tak lawa. Jenuhlah pusing sekitar dewan nak cari tempat menarik untuk ambil gambar yang takde orang. Bawah pokok jela jadinya.

Atas permintaan Kak Long yang mahukan bunga segar, kami bertiga beli tiga jenis bunga segar iaitu Carnation, Red Roses, dan Orchid. Orchid siap bagi pasu haa. Harap hidup dengan subur bunga orkid itu.

Love red roses =)

Bunga orkid yang diharap segar sentiasa. Hee.
Sementara menantikan majlis konvokesyen tamat, kami berjalan di sekitar dewan. Masa nie lah orang tak ramai sangat di luar. Masa kita bergambar tanpa gangguan.

U.P.M

Uda bersama UPM
Encik suami tanya, “Kenapa tak nak ambil gambar sorang-sorang dengan lambang UPM? Sebab setia dengan USM ke?”. Haha. Tidaklah begitu. Malas je. Hee.

Sarang-hae
Masa menghampiri pukul 11.30 pagi, dan akhirnya majlis di dalam dewan selesai. Dari jauh bila kami dah nampak Kak Long, sepakat melaungkan nama “Kak Long” sampai Kak Long sampai ke tempat kami berdiri. Haha. Semangat gila!
Seronok sambut Kak Long yang dah habis belajar. Bersusah payah untuk menghabiskan pelajaran. Macam Kak Long, jadi cikgu sepenuh masa dan belajar cara PJJ. Haih, tengok pun tak sanggup. Besar pengorbanan untuk belajar dan bekerja dalam masa yang sama. Dan aku tak mampu untuk menghadapinya.

Tahniah Kak Long! =)
Kami menunggu masa untuk ambil gambar di studio pengambaran. Masa aku konvo dulu, aku takde ambik pun pakej gambar ni. Punyalah malas nak tunggu. Fikir nak balik je. Boleh? Sekarang, rasa rugi sebab tiada gambar proper masa konvo. Hanya ada gambar masa terima ijazah saja.

Kak Long yang comel =)
Family Photo


Selepas habis pengambaran di dalam studio, kami meneruskan pengambaran di padang depan dewan pulak. Hee.


Gambar empat beradik

Angah (encik suami). Kcut. Kak Long. Uda.



Nice =)
Sekian saja kisah konvokesyen Kak Long. Bila pergi majlis konvo, teringat pula akan kisah majlis konvokesyen aku. Kisah aku terlupa bawa baju untuk dipakai semasa konvo. Masa sampai R&R Tapah baru teringat baju yang aku dah iron dan gantung dalam bilik.
Sudahnya sampai Penang, terus pergi mencari baju kurung untuk aku. Beli baju kurung je, pinjam shawl kat Along. Baju itu sampai sekarang masih aku simpan cuma dah tak muat pakai. Hahaha.
Bila tengok orang konvo, rasa macam nak ulang majlis itu. Tapi tak nak belajar, terus konvo je, boleh? Hehe.
p/s: ada gambar diambil menggunakan DSLR encik suami, tapi nak tunggu dapat gambar dari DSLR mungkin lambat lagi, aku hanya gunakan gambar dalam phone saja (^-^)
Again,
Congrats Kak Long 。^‿^。