As salam semua ~
Aku baru menonton filem ini semalam bersama suami. Keterujaan kami untuk menonton filem ini berlaku selepas kami menonton tayangan perdana di Astro. Macam menarik! Terus encik suami suruh beli tiket wayang! Tak sabar nak tengok.

SINOPSIS
Aliff ( lakonan Izzue Islam ) adalah pelajar universiti yang telah menerima saka daripada arwah ayahnya. Itu peyebab Aliff mempunyai kelebihan luar biasa iaitu dapat melihat dan berlawan dengan entiti paranormal.
Anna ( lakonan Juliana Evans ) dan Naim ( lakonan Aliff Satar ) adalah rakan-rakan Aliff yang suka melakukan aktiviti menjejaki entiti paranormal pada waktu malam. Semuanya kerana thesis yang ditulis oleh Anna. Aliff menyertai mereka selepas tertarik dengan The String Theory yang diterangkan Anna.

Mereka berjaya membuktikan bahawa entiti paranormal itu wujud. Aliff berlawan dengan segala hantu yang menyeramkan. Sehingga pada satu malam, Anna diganggu dan dirasuk.
Kenapa Anna dirasuk? Berjayakah Aliff membuang saka itu daripadanya? Apakah kesudahan filem ini?
Boleh tonton filem ini untuk mengetahui cerita lebih lanjut ye 🙂 Kalau aku cerita details, tak gempak lah. Hehe.
REVIEW
Filem yang boleh diiktiraf sebagai satu filem yang luar biasa. Luar biasa daripada kebiasaan genre filem yang dikeluarkan di Malaysia.
Iya. Cerita hantu paranormal. Dah banyak kan filem hantu di Malaysia, cuma filem ini membawa kisah dan kesan yang berlainan kepada penonton. Serius.

Aku suka pada lakonan Izzue Islam! Sangat menjadi lakonannya. Pandai dia berlakon. Bawa dua watak sekaligus. Watak Aliff baik dan Aliff jahat. Hee. Juliana Evans seperti biasa. Cantik dan pandai berlakon juga. Aku suka masa dia dirasuk. Menjadi betul!
Aliff Satar! Hehe! Yes. Aku suka dia! Aku rasa tahun ini adalah tahun Aliff Satar. Banyak dia berlakon dan jadi pengacara. Suka lakonan dan pengacaraan dia. Pendek kata aku peminat Aliff Satar! Hehe. Kelakar dia dalam filem ni. Penakut yang akhirnya menjadi berani dan bertemu cinta dengan Izreen ( lakonan Kaka ).
Lakonan Kaka juga patut diberi pujian tambah lagi masa satu babak dia jadi hantu. Seram melihatnya!
Pengajaran dalam filem ini ada satu yang aku akan ingat sampai bila-bila. Haha. Memang buat tapi kadang-kadang terlupa jugak nanye. Tambah lagi kalau tengah lapar sangat. Apakah? Hehe. Baca doa makan sebelum makan. Kalau tak baca, nanti ada toyol kecil yang comel akan makan sekali dengan kita. Nak tengok toyol comel? Tengoklah filem ni. Pasti korang akan tersenyum dan ketawa melihatnya.
Aku bagi 4 bintang untuk filem ni. Keseluruhan filem adalah menarik dan paling penting, aku tak boring tengok sehingga babak terakhir.
Kepada sesiapa yang berminat, boleh terjah ke pawagam berdekatan. Jom sokong industri filem tempatan =)
Ohh ya. Filem ini juga ada diadaptasi dalam bentuk komik. Boleh baca komik juga pada yang berminat.
The String Theory mengatakan bahawa dunia kita ada 11 dimensi. Manusia boleh nampak 3 dimensi, dimensi keempat adalah masa, dan 7 dimensi yang lain adalah perkara yang kita tidak tahu. Teori Anna adalah 7 dimensi itu merupakan dunia paranormal. Haa itulah yang aku faham daripada filem ni. Tak tahulah betul ke tak. Hehe. Di penghujung entri baru aku nak terangkan mengenai teori ni. Pertama kali dengar nanye 😀
Selamat menonton 。^‿^。