Let’s ROCK!
Haha. Tak memasal nak jadi rockers pulak! 1 Oktober 2016, Sabtu lepas, syarikat aku bekerja ada annual dinner company bertemakan ROCKSTAR!
Bila tahu tema rock, aku jadi blur tak tahu nak pakai apa. Biasanya setiap kali dinner, aku lemah kalau bab fashion. Yang aku tahu mengenai rock hanyalah jeans, tshirt, dan jaket.
But still I don’t want to spend more on my outfit. Aku hanya beli t-shirt dan jaket jeans yang berharga kurang daripada RM100 di Berjaya Times Square. Ohh I love BTS cuma nak pergi sana yang malas. Kali ni, encik suami mencemar duli nak tolong bawa ke BTS π
Flatlay #ootd

Aku padankan t-shirt dan jaket jeans dengan jeans biru Uniqlo, beg tangan Charles & Keith, shoes from Vincci, grey KL Duck City shawl from Duckscarves, dan rantai gelang merah. Itu semua yang aku dalam wardrobe. Guna jela apa adanya. Hee.
Dan.. dan.. buat pertama kalinya datang dinner kali ni nak mekap! Hehe. Aku ambil mekap daripada MUA Fatin Alwani. Aku suka hasil seni tangan Fatin on my face.
Hasil seni tangan MUA


I love my eyeshadows so much! Kawan-kawan pun tegur pasal mata aku yang blink-blink. Hee.
Kalau korang berminat, boleh dapatkan khidmat daripada MUA Fatin Alwani okay. Her IG as below π

Outfit done! Mekap done! Mari bercerita mengenai event pulak π
Annual dinner ini diadakan di MIECC. Sama tempat seperti tahun lepas. Dewan MIECC sangat besar dan mampu menampung sehingga 2000 pax. Tempat parking pun banyak. Jadi tak perlu risau.
The Admission + Lucky Draw Ticket

Semangat tiap tahun datang dinner hanya kerana lucky draw. Cuma aku tak pernah bertuah π Sempena tema Rockstar tahun ni, tiga hadiah utama lucky draw adalah pakej percutian dan penginapan di Hardrock Hotel di Ibiza, Pattaya, dan Bali. Menarik sangat terutama Ibiza. Tapi sayangnya, semua hadiah lucky draw, tidak menjadi hak milik aku. Macam biasalah. Hihi.
The Doorgift

Suka gelang tangan yang diberi. Boleh pakai lagi lepas ni sebab tiada nama company tertulis di situ. Hee
Menu

Makanan biasa je. Dessert jela yang okay sikit.
Dessert

Aku makan yang dalam bekas kaca itu saja. Maklumlah orang kampung, tak reti makan yang pelik.
Jom layan gambar pulak. Biarlah gambar berbicara π
Entrance


#siqahootd π *tak tahu nak pose camne*
Geng Makan in rock mood


Geng Makan band. Haha!


Tak sempat ambil gambar kat sini. Ramai orang.

Selain daripada lucky draw, hehe, Jaclyn Victor is the highlight for the night! Best gila performance dia. Suara dia usah katalah. Sama macam kaset. Serius mantap! Yang paling best bila Jaclyn menyanyikan lagu Gemilang dan kami menyanyi bersama. Macam dalam konsert pulak : D
Lastly,
Love this picture so much!
Our Wefie!

Sekian saja cerita mengenai Rockstar Dinner! Yeayyy!
Thank you for the organizer. You guys did a great job! I love everything especially your grand stage!
Till we meet again next year q^βΏ^q