Assalamualaikum dan hello semua π

Walaupun rasa dah ramai orang tahu, masih aku nak share di sini. Hehe. Al kisahnya aku adalah penguna iPhone yang tegar. Dan setelah bertahun guna, baru beberapa minggu lepas aku belajar cara untuk..
How To Transfer Music From PC to iPhone
Sebab utama aku belajar adalah..
Nak guna lagu hardstyle remix song bertajuk Suasana Di Hari Raya di YouTube dalam video raya kami tahun ni. Semestinya lagu tu tiada jual di iTunes. Makanya, suami aku download lagu daripada Youtube dan tukar kepada mp3 format. Dan tugas aku adalah untuk transfer lagu tu daripada PC ke iPhone.
Itu yang aku gigih belajar bagaimanakah caranya. Selama ni dengar orang cakap susah. Banyak kerjalah kena buat kan. Tapi bila aku belajar, senang je sebenarnya. Simple je caranya.
Aku rujuk video bawah ni untuk belajar cara nak transfer music daripada PC ke iPhone. Terima kasih pada yang berkongsi video tutorial ni. Sangat membantu π
Bila dah tahu caranya, bukan setakat lagu hardstyle remix song, lagu-lagu lain yang aku ada dalam PC pun aku dah transfer masuk dalam iPhone. Seronok rasanya bila tak payah beli lagu. Hehe.
Lagu hardstyle remix song itu hanya digunakan untuk video raya ” Time Freeze ” ITT team, boleh baca dan tengok dalam >>> ENTRI INI.
Tak jadi guna lagu tu untuk video raya keluarga. Tiba-tiba suami aku nak guna lagu Korea pulak. Suka sangat dia dengan lagu Mamacita by Super Junior. Korang boleh tengok video raya ” Time Freeze ” Keluarga dalam >>>> ENTRI INI.
Kalau tak keberatan, selepas tengok video, bolehlah tinggalkan komen untuk feedback kepada video ” Time Freeze “. Suka untuk mendengar pendapat korang π
Have a nice day, all..
Till then,
Love,