Seronok rasanya apabila diri kita dihargai. Betul tak? Pasti semua akan berasa indah dan gembira je. Tak kisah sama ada perkara itu terjadi dalam hubungan cinta, keluarga, rakan, dan kawan sekerja. Asalkan kita rasa kita dihargai dengan tindakan seseorang π
Baru-baru ni, kami, ITT Asian KL team dapat hadiah sebagai tanda penghargaan daripada ketua kami, AM, Sheima. Sorang satu dapat sebiji belon dan sekeping kad π
Thank you for your effort!
Berapa banyak TQ daaa ~ π
Al kisahnya belon ni dah kuncup sebenarnya sebelum aku ambil gambar. Bersungguh encik suami bukakan ikatan, tiup belon, dan pasang sekali lagi pada pemegang belon. Semata-mata untuk melayan si isteri yang nak ambil gambar. Hihi. Tq Suami π
OMG! Thank You!
Terima kasih Sheima untuk penghargaan ini. Walaupun hanya belon dan kad sudah membuatkan kami rasa diri dihargai. Sebagai pesanan, please don’t leave us. Kalau nak berhenti kerja, sama-sama kita berhenti eh (*^_^*)
Kisah lain pula..
Alhamdullilah. Selepas 4 tahun menjadi Senior Officer, hari ni bermula my new job title as ‘Team Leader’. Agak seram sebenarnya. Bila naik pangkat, maknanya kerja makin bertambah. Percaya pada diri sendiri. Insyallah, aku boleh lakukan dengan baik. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada diri ini. Harap bersabar menghadapi soalan bertubi-tubi daripada aku. Hihi.
Thank you for reading dan selamat berhujung minggu, semua π
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH