Secara rasminya, hari ni aku berusia 30 tahun 2 hari =) Tarikh lahir aku adalah pada 28 Oktober, Jumaat lepas. Tahun ni, aku tak boleh ambil cuti pada hari lahir sebab tak cukup staf di pejabat seperti tahun lepas. Aku suka ambil cuti masa hari lahir sebab aku nak ketenangan dan boleh menyambut hari lahir dengan melakukan apa yang aku suka. Aku suka pada hari lahir aku tidak perlu memikirkan hal kerja. Rasa tak seronok je tambah lagi kalau ada isu di pejabat.
Alhamdullilah. Umur berganjak ke 3 series. Perubahan besar bagi aku. Membuatkan aku berfikir dengan lebih mendalam akan kehidupan aku sekarang dan apa yang aku nak capai dalam masa 10 tahun sebelum berganjak ke 4 series.
Kita merancang dan berusaha. Dengan izin Allah, akan tercapai apa yang dihajati. Cuma masa terlaksana yang aku tak pasti. Siapa boleh pasti dan yakin apa yang akan terjadi dalam masa akan datang kan? =)
Semalam, fe-feeling nak sambut belated birthday di Skybridge Level 41 Petronas Twin Tower tapi sayangnya tiket sudah habis dijual untuk hari Sabtu. Sedih betul. Disebabkan itu, keinginan ke sana akan ditunda sehingga bulan depan memandangkan kakak aku nak follow jugak. Pergi ramai-ramai lagi seronok.
![]() |
My Husband and Me =) |
Hubs tetap menjadi orang pertama yang wish birthday tahun ni. Hubs balik kerja lambat selepas jam 12 am semestinya. Dikejutnya aku dari tidur hanya kerana nak wish birthday. Nak jugak berlumba jadi orang pertama. You’ll always be the first, Hubs =)
A friend gave this picture to me on Facebook =) Terima kasih kepada yang wish birthday aku dan segala doa kalian. Really appreciate it =)
Setiap kali tiba hari lahir, setiap kali itu juga aku rindu sangat arwah Mak. Dulu semasa arwah Mak masih ada, dia sentiasa menjadi orang pertama yang wish birthday. I miss that moment =( Al Fatihah untuk arwah Mak.