Hello semua π

Entri kali ni, aku nak berkongsi mengenai Time Freeze Video Hari Raya yang telah kami, ITT team buat sempena Aidilfitri tahun ini.
Al kisah, kami sebenarnya ada majlis berbuka puasa dan alang-alang semua sudah sekali bersama, Nadiah bagi idea apa kata kalau kita buat video hari raya? Haa kami semua melayan je. Memang sukalah kalau bab-bab masuk dalam video ni. Hehe.
Idea yang Nadiah berikan adalah Time Freeze video setelah dia baca artikel mengenai Time Freeze video di TheVocket >>> Boleh baca artikel itu DI SINI
Menarik kan? Sebenarnya, time freeze video sudah lama popular di luar negara cuma baru popular di Malaysia selepas ada satu video majlis perkahwinan yang dibuat oleh KAIO STUDIO yang telah menjadi viral di laman sosial.
>>>> Boleh tengok video itu DI SINI
Kami pun cuba nak buat video time freeze. Paling susah bab nak kena freeze. Jenuh weii!!
Cara Buat Time Freeze Video
Shot Video
Shot video guna iPhone. Masa ni, orang yang berada dalam video kena freeze ( statik ), tak boleh bergerak, kelip mata pun tak boleh. Kira jadi patung! Part ni paling susah! Serius susah! Tapi best lah bila tengok hasilnya. Hehe. Sabar ye dalam proses shot video ini berlangsung.
Mereka dalam video sangat memainkan peranan. Kalau semua bekerjasama, semua statik jadi anak patung, video boleh diambil dengan sekali shot je. Senang.
ITT team sangat best! Patung terbaik! Hihi.
Edit video
Edit video menggunakan aplikasi iMovie dalam iPhone. Cuma perlu fast forward dan slow motion mana-mana part yang nak dan bila dah siap, boleh add filter ( kalau suka ).
Videographer kami adalah Shafiq. Dan editor video adalah Hanis. Bila video dah siap, bukan main lagi semua. Hari-hari tengok video je. Suka! Suka! Suka!
Tak sangka ITT team berbakat dalam lakonan. Haha! Video yang Hanis buat guna lagu raya daripada Rahimah Rahim bertajuk Selamat Berhari Raya. Sayangnya video itu kena remove bila letak dalam laman sosial sebab copyright lagu π
Aku minta tolong suami untuk edit video time freeze. Dan kali ni nak guna lagu remix yang aku suka! Hehe. Lagu itu akan digunakan dalam video raya keluarga tahun ini cuma aku nak guna sikit untuk video ITT team. Nak tunggu video raya keluarga lambat lagi, jadi tak sabar nak guna lagu remix song, terus suruh suami edit dalam video time freeze ITT team. Dia layankan je. Hihi.
Best buat time freeze video. Lain daripada lain. Suami dan cakap untuk tahun ini, video raya keluarga akan buat tema time freeze. Suami cakap sebab aku baru tahu kewujudan benda ni. Sedangkan suami dah guna teknik time freeze masa buat video korporat raya untuk team kerja dia tahun lepas. Aku lah yang lambat tahu kewujudan video time freeze rupanya? Haha.
Jom layan video time freeze kami, ITT team π
Selamat menonton π
Till then,
Love,