Assalamualaikum dan hello semua π
Bagaimana persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma dalam beberapa hari lagi? Sudah siap kah semuanya? Dah packing barang nak balik kampung? Atau korang semua dah balik kampung sebenarnya ni? Hihi. Bestnya dah balik kampung! π
Aku masih kerja hari ini dan esok. Esok selepas kerja baru bergerak balik Muar, kampung sebelah suami. Raya di sana dulu tahun ini. Sebab tahun lepas dah raya kampung sebelah aku dulu. Ikut giliran lerr. Hii.
Aku nak cakap siap-siap sebab takut tak sempat dah ni. Hari ni dan esok dah sibuk buat persiapan raya. Rasa tak boleh nak curi masa untuk update blog. Bila berada di kampung, phone kena letak tepi. Boleh digunakan untuk ambil gambar dan video saja. Hehe.
Usah dipanjangkan lagi cerita,
Dengan ini, saya sebagai tuan blog, Nurulsiqah Hussin ingin memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, menyibuk kat blog korang, tak sempat singgah blog korang pun ada dan sebagainya. Terima kasih atas ukhuwah yang diberi. Moga semuanya berkekalan hendaknya π
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin
Memandu berhati-hati. Semoga perjalanan dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi.
Salam Terbang

Gambar diatas diambil semasa raya tahun lepas. Boleh baca kisah raya kami dalam ENTRI INI >>> Aidilfitri 2015: Kali Pertama

Selamat Hari Raya semua!
Ikhlas daripada,
Siqah dan suami, Aliff π
Till then,
Love,