Siapa yang tengok Korean Drama ni? Angkat tangan! Hihi. Demam Descendants of the Sun sedang merebak ke seluruh dunia. Wahhh! Dunia haa! Haha! Serius, drama ni best sangat! Sampai buat julung kalinya aku buat review pasal Korean Drama. Hihi. Korang boleh baca sinopsis drama ni di AsianWiki atau Wikipedia. Aku nak bagi gambar je. Kot-kot ada yang berkenan bila tengok gambar. Hihi.
Song Joong Ki ( watak Yoo Si Jin ) is the captain of the special forces in Korea military. Song Hye Kyo ( watak Kang Mo Yeon ) is a doctor, lebih tepat lagi, a surgeon. Gambar ni masa babak mereka bertemu pertama kali. Si Jin jatuh cinta pandang pertama dan mula mengayat di sini. Romantik habis. Muka Si Jin handsome gila! Hahahaha!
Padan kan mereka berdua? Hii. Song Hye Kyo dari zaman Full House sampai sekarang, maintain cantik je dia (*^_^*)
Manis-manis gula π
Plan nak dating tapi sayangnya tak jadi. Tiba-tiba Si Jin dapat call untuk pergi operasi. Ditinggalkan sendirian Mo Yeon. Ala kasihan dia ~
In love (*^o^*)
Uish! Bergaya dan kacak sungguh masa Si Jin turun kapal terbang dan berjalan menuju ke arah sekumpulan doktor dengan kaca mata hitamnya. Hihi.
Ahhhh!!!
Kiss scene paling romantik dan paling aku suka! Ketika di pam minyak. Hahaha! Jangan lepas ni, ada yang kiss di pam minyak sudah. Cari pasal namanya. Hihihi.
Empat watak utama dalam drama Descendant of the Sun. Pasangan kedua adalah Jin Goo dan Myeong Joo. Aku pun suka juga mereka berdua. Kasihan tengok Jin Goo. Bersungguh menahan perasaan cinta pada Myeong Joo disebabkan oleh ayah Myeong Joo yang tidak restu mereka bersama. Haih, masalah jugak! Walaupun ada masalah, masih manis je babak mereka berdua. FYI, Jin Goo dah kahwin ye in real life. Ohh janganlah kecewa! Hihi.
Nampak tak button repeat di bawah tu? Maknanya aku ulang lagu Everytime by Chen & Punch sepanjang perjalanan aku dari rumah ke tempat kerja. Entah berapa kali ulang pun tak tahu. Haha! Banyak lagu OST Descendants of the Sun. Cuma aku paling suka lagu ni. Berbunga-bunga hati bila dengar. Terbayang-bayang babak romantik dan manis π
Tak boleh bagi link kepada lagu dan sinopsis drama sebab aku update blog guna phone je. Akan aku edit entri ni later with the link. Senang, korang klik je kan π
Pagi hari dah bercerita mengenai drama Korea. Memang buat julung kalinya. Hihi. Drama ni bersiaran di Korea pada hari Rabu dan Khamis! Yeayyy! Hari ni episod baru. Tunggu ada english subs, baru tengok. Nanti aku faham lain, rupanya lain yang jadi. Hihi.
Thank you for reading and hope you all watch this drama too π Lets’ share the good drama here. Siapa tengok drama ni? Siapa ada nak cadangkan Korean drama yang mesti ditonton? Aku tengok drama Korea based on recommendation je. Banyak sangat drama Korea, tak tahu nak tengok mana. Hihi.
Edit:
Link untuk tengok drama ni secara online:
Sehingga bertemu lagi,
Love,