Assalamualaikum dan hello semua!
Gambar! Gambar! Pergi mana-mana mesti ambil gambar. Mesti punya walaupun gambar gegar. Haha.
Selain video, aku suka gambar. Keduanya berguna untuk disimpan agar menjadi kenangan di masa akan datang. Kadang-kadang bila kita tengok balik gambar / video lama mesti terasa rindu pada saat itu.
Al kisahnya, aku dan suami baru je tengok gambar kami dalam CD kahwin. Ada 3 CD dan semua tak tengok lagi. Hanya tengok album kahwin saja. Hehe.
Pemalas sungguh kan? Haha. Upah photoG beriya lepas tu semua gambar tak tengok. Bukan tak nak tengok, banyak sangat gambar raw. Pening kepala.
Sempena Aidilfitri tahun ini, kami memilih untuk letak gambar hitam putih di dinding rumah. Kami suka gambar hitam putih. Nampak sama je walaupun bila-bila ditengok. Akan sentiasa nampak baru dan segar di mata π
Tahun lepas, hanya satu gambar dipotong empat saja. Tahun ini, disebabkan kami beli banyak frame, makanya gambar hitam putih pun banyaklah π
Antara gambar kami daripada majlis perkahwinan yang menjadi pilihan untuk diletak dalam frame:
#SiqahAliff

Suka gambar ni! Baru tahu gambar ni wujud selepas hampir dua tahun kahwin. Hehe.
Rindunya! Teringat kembali perasaan berdebar ketika dinikahkan π

Love π
Close-Up
Suami

Me

Family
Family aku. Not in frame: Mama dan Anjang

Family Suami

Bila tengok kembali semua gambar ni, rasa seronok! Rasa gembira! Terima kasih keluarga ( tanpa keluarga siapalah kami berdua ), kawan-kawan, dan semua yang hadir dalam majlis pernikahan dan perkahwinan kami.
Cerita mengenai gambar hitam putih dan perkahwinan nampaknya dalam entri ini. Hehe. Walaupun sudah lama berlalu, masih ianya menjadi kenangan paling indah dalam hidup.
Masih tak buat entri mengenai perkahwinan kami walaupun itu yang aku katakan dalam ENTRI INI. Tak sempat nak menilik semua gambar dalam CD. Nanti ada masa aku buat juga. Walaupun tak tahu masa tu sambut ulangtahun perkahwinan yang entah keberapa. Hehe.
Akhir kata,
“Black and White Photography will Never Fade Over Time”
Till then,
Love,