As salam dan hello semua =)

Aku selalu dengan phone dan masih belum sampai tahap anti sosial. Yeke? Hee. Kali ni, aku nak share mengenai aplikasi phone kegemaran aku. Tinggalkan Instagram, Facebook, dan Twitter okay.
Let’s start!
POCKET

Top favourite! Selalu guna Pocket untuk menyimpan apa saja laman web yang aku suka dan yang aku nak rujuk di masa akan datang. Segala petua, resepi, tips blogging, restoran dan tempat menarik, pendek kata semualah, aku akan save to pocket.
Pocket buat kerja kita mudah sebab boleh add tags. Dan boleh view list yang aku save ikut tags tertentu. Jadi tak serabut nak tengok semua sekali. Jenuh pulak nak scroll.
Dan bila aku rasa dah tak perlu lagi artikel yang dah di-save, boleh move the article to Archive atau simply delete. Senang.
Aku sangat suka aplikasi ni. Sebab tu juga aku suka online guna phone. Senang nak save mana-mana website yang berkenan.
SPENDING MONEY

Duit! Duit! Duit! Aplikasi ni aku guna untuk track duit masuk ( income ) dan duit keluar ( expense ) setiap bulan. Boleh add categories contohnya fuel, shopping, bil, home, food, travel, dan sebagainya.
Budget Mode. Maksudnya kita set jumlah duit untuk setiap kategori yang ada atau mana-mana kategori. Contohnya shopping. Jadi aplikasi ni akan remind kita jika penggunaan duit makin hampir atau dah melebihi jumlah yang kita dah set. Senang kan? Boleh track agar kita tidak terlebih belanja. Tambah lagi bab shopping. Hehe.
Passcode. Jangan risau takut orang lain boleh tengok budget bulanan kita sebab aplikasi ni ada passcode. Kalau kita tak berkongsi passcode, makanya takdelah orang lain boleh buka aplikasi ni kan. Never share your passcode! π
BLOGTOUCH PRO

Untuk blogger yang update blog guna phone, aku sangat syorkan aplikasi ni. Sangat bagus. Boleh baca selanjutnya dalam ENTRI INI >> Smartphone App | Update Blog using BlogTouch Pro.
PERIOD DIARY

Aplikasi ini adalah wajib ada untuk setiap wanita. Walaupun aku rasa kurang berkesan sebab period aku tak tetap, aku masih download aplikasi ni untuk track my period. At least aku tahu purata kitaran haid dan sebagainya. Pelbagai jenis ada untuk track period kita. Install mana-mana pun sama je.
DAY ONE

My personal diary. Orang yang suka tulis diari, ini adalah aplikasi terbaik untuk korang! Aku suka tulis diari. Dulu diari aku bertulis. Tapi sekarang aku malas menulis, tambah lagi bila dah lama tak menulis. Rasa tulisan dah jadi cakar ayam. Lagi lawa tulisan doktor daripada tulisan aku. Haha.
Di sini, aku tulis segalanya. Boleh letak gambar ( paling penting ), letak lokasi, masa, jam, cuaca, dan sebagainya. Aku mungkin tidak ada di blog tiap hari tapi aku akan tetap menaip sesuatu dalam Day One setiap hari.
I love to write about my personal life. Kalau personal sangat, can’t share to public, Day One tempat dicurahkan segalanya.
Kalau marah orang tak puas hati dengan orang ke, Day One juga jadi tempat nak lepas marah dan geram. Lagi baik kan, daripada membebel di laman sosial π
App ini pun ada passcode. Boleh guna Touch ID juga sebagai passcode. Diari kan, mana boleh orang lain baca. Rahsia tau! π
PINTEREST

Nak cari gambar, idea, quote, segalanya boleh search di sini. Serius, macam-macam gambar ada. Semua cantik weii! Boleh buat akaun agar senang nak like dan save gambar ke dalam board sendiri. Board boleh pilih sama ada mahu private atau public. Board aku semuanya private. Hehe. Segan nak share dengan orang (β©_β©)
Ini saja aplikasi phone terbaik kegemaran aku yang aku nak share kali ni. Mungkin dalam entri lain, aku akan share aplikasi untuk edit gambar pula (^-^)
Cuma tak tahu bila. Haha. Entri ini berada dalam draft sejak 31 May 2016 dan baru hari ni aku siapkan entri. Lambat kan? Hee. Apa pun, nanti aku share lagi ye.
Thanks reading, all ~
Have a nice day q^βΏ^q