
Aku bukan jenis yang sentiasa dengar lagu. Biasa hanya dengar lagu semasa dalam kereta dan lagu tema mana-mana drama atau filem.
Kali ni, aku nak berkongsi lagu yang sedang aku dengar sekarang. Sampai tahap beli di iTunes =D
Selamanya Cinta
By Alif Satar ft Shila Amzah. Suara mereka berdua sangat padan untuk lagu ni. Aku bertambah suka lagu ni apabila lagu ni dijadikan lagu tema drama Suri Hati Mr Pilot. Lagi seronok rasanya bila dengar lagu ni masa drama tu nak iklan. Hehe.
Mengenai drama tu, aku hanya tengok pada mulanya je. Bila dah asyik gaduh, aku malas nak tengok. Walaupun minat Neelofa dan Fattah, masih tak berjaya buat aku follow drama tu. Mungkin tengok episod akhir je kot. Atau mungkin nanti aku marathon tengok drama ni. Mana tahu kan? Hee.
Boleh dengar lagu Selamanya Cinta DI SINI.
Secret Love Song
By Little Mix ft Jason Derulo. Ohhh jatuh cinta dengan lagu ni masa first time dengar di radio. Aku suka suara penyanyi masa chorus. Sedapnya suara dia. Lirik lagu berkisar kepada percintaan terlarang. Secret affair lah senang cerita. Membuatkan aku teringat drama Korea bertajuk On The Way To The Airport. Lorr. Berterusan aku tengok drama tu sebab nak tahu kesudahan kisah mereka.
Boleh dengar lagu Secret Love Song DI SINI.
Polaroid
By Sakura Band. Lagu ni catchy. First time dengar dah rasa nak menari walaupun tengah drive masa tu. Cuma tak lah pergi Damansara. Haha. Sakura Band adalah salah satu band yang aku suka. Dari Melepaskanmu ke Polaroid. Both lagu aku suka. Comel je rasa masa dengar lagu Sakura Band. Secomel mereka =)
Boleh dengar lagu Polaroid DI SINI.
Eternal Love
By Michael Learns To Rock. Ini adalah lagu tema drama Korea bertajuk Healer. Boyfriend baru aku berlakon, Ji Chang Wook. Haha. Lagu ni romantik teruk dengan lirik dan melodi yang indah. Terbuai-buai ketika mendengar lagu ni tambah lagi kalau tengok muka Ji Chang Wook. Eh? Melampau sangat rasanya. Haha.
Aku cari lagu ni di iTunes tapi sayangnya tiada. Tak tahulah kenapa. Sedangkan MLTR nyanyi. International singer tu. Makanya, aku akan dengar lagu ni di You Tube atau Spotify. Cuma cepatlah habis data internet.
Boleh dengar lagu Eternal Love DI SINI.
Setakat entri ini ditulis, hanya empat lagu ni saja aku suka putarkan di phone selain daripada dengar di radio. Tak tahu berapa lama aku bertahan dengar lagu-lagu ni. Dengar sampai bosan lah kot. Hee.
Apa lagu korang suka dengar sekarang? Cuba kongsi sikit 。^‿^。