Hello semua =)
Pelukis Jalanan oleh Teme Abdullah

Aku baru beli buku ini semalam dan hanya mengambil masa selama 3 jam saja untuk habiskan buku ni. Serius, buku bertajuk Pelukis Jalanan ini sangat menarik hati aku. Sangat best!
Aku teruskan pembacaan tanpa henti sehingga ke akhirnya. Seronok baca kisah benar kehidupan seorang insan bernama Teme. Seorang yang kini popular di Instagram. Tidak sangka bahawa beliau pernah mengalami saat-saat getir dalam kehidupan sehingga hampir putus asa.
Seorang insan yang percaya bahawa perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan seorang hamba. Seorang insan yang percaya bahawa Allah berikan ujian kepada dirinya bukan untuk musnahkannya. Allah tahu bahawa dia bukan orang “biasa-biasa” yang akan mudah putus asa. Semua ujian untuk mematangkan dia supaya menjadi insan yang berguna.
Seorang insan yang percaya bahawa kadangkala kita perlu keluar dari “zon selesa” untuk belajar bersyukur dan bercita-cita.
Seorang insan yang percaya dan yakin bahawa kita takkan dapat benda yang sama dengan orang lain. Sentiasa percaya bahawa itu adalah rezeki masing-masing.
Seorang insan yang percaya bahawa jika dia jaga urusan dia dengan Allah, Allah akan jaga urusan dia di dunia. Sangat menitikberatkan mengenai apa yang dilukis agar membawa manfaat dan tidak mendatangkan ‘free dosa’ kepadanya.
“Sekarang ni memanglah kita boleh kata ‘lukisan je pun’. Tapi ada kemungkinan dengan ‘lukisan je pun’ kita boleh ke neraka.” “Allah yang bagi aku tangan dan mata ni. Takkan aku nak gunakan untuk khianati kurniaan Dia balik.” – Teme Abdullah.
Kisah Si Pelukis Jalanan

Aku suka ayat di bawah kulit belakang buku ini. Kalau aku, rasa tak mampu nak buat keputusan seperti Teme.
Jika diberi peluang untuk hidup selesa, Teme akan memilih untuk tidak melakukannya. Kerana sesungguhnya pengalaman adalah anugerah bernilai Allah buat Teme. Bersyukurlah, tak semua orang rasa apa yang kita rasa.
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahaya sesungguhnya kesulitan itu disertai kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai ( daripada sesuatu amal soleh ), maka bersungguh-sungguhlah kamu berusaha ( mengerjakan amalan soleh yang lain ). Dan hanya kepada Tuhanmu sahaja hendaklah kamu berharap. ” – Surab Al-Insyirah, ayat 5 -8.
Lukisan Teme yang bagaikan tumbuh sayap dan terbang dengan sendirinya.
His Instagram @itsteme

Sehingga sekarang, identiti Teme dirahsiakan.
Bagi mereka yang tiada IG, aku screenshot sedikit hasil kerja beliau sebagai tatapan korang.



Beautiful sketch!
Bagi beliau, lukisan dia hanya “biasa-biasa”, tapi bagi aku, ianya sangat cantik. Kagum dengan mereka yang dikurniakan kelebihan untuk melukis dengan indah.
Love words from him below:
Jika terlihat kecantikan,
Ingatlah Penciptanya.
Serius. A great book. Please help yourself to read this book. Kisah sebenar hidup Teme yang boleh dijadikan motivasi untuk kita semua terutama pada pelajar agar mereka tahu mengenal erti susah demi menuntut ilmu.
Korang tak akan menyesal beli dan baca buku ni. Serius.
Happy reading, all ~