Minggu lepas, aku berkesempatan untuk pergi sendiri melawat kucing-kucing di Johanandhiscats yang terletak di Setia Alam. Dulu, Johan buka studio di kediaman sendiri (aku pergi sini pada mulanya), dan sekarang dia dah buka studio kucing di tempat yang lebih selesa.
Kami tiba di sana jam 2 petang dan datang kembali pada jam 4 petang selepas dinasihatkan oleh orang yang menjaga barisan di sana. Studio nie berehat dari jam 3 hingga 4 petang. Korang kalau nak datang, boleh booking dulu di laman web rasmi Johanandhiscats. Lagi mudah dan korang tak payah beratur beriya sangat. Kalau korang walk-in pun boleh, cuma mereka lebih mengutamakan pelanggan yang booking terlebih dahulu. Macam aku hari tue, datang as walk-in customer, so lambat mereka attend kita sebab habiskan yang mana booking dulu. So it’s better to book before come okay!
Suasana dalam studio kucing. Ramai orang. Boleh memuatkan dalam 30 orang untuk satu masa. Tak payah risau kalau tiada kucing untuk bermain. Ada je kucing. Kucing banyak dan mostly active. Pasti korang puas punya bermain dengan mereka π
Pendek kata, tempat nie adalah wajib dikunjungi oleh mereka yang sukakan kucing. Yang tak suka kucing pun boleh datang. Pasti akan jatuh cinta dengan kucing-kucing yang gebu dan comel di sini. Dan ingat, sebelum datang, sila buat booking dulu π
Alamat: No 16, Jalan Setia Dagang AK U13/AK, Setia Alam (berdekatan dengan Setia City Mall)
Masa: 11 am – 10 pm
Instagram: @Johanandhiscats
Laman web rasmi: http://johanandhiscats.com.my/
Sehingga bertemu lagi,
Love,
SiQaH